KUALA LUMPUR: Beberapa firma dari Amerika Syarikat (AS) menunjukkan minat mendalam untuk meneroka kemasukan operasi perniagaan baharu ke Malaysia selain pengembangan operasi selanjutnya secara tempatan oleh komuniti perniagaan AS yang telah menubuhkan pangkalan di sini.
Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong berkata perkara itu dimaklumkan dalam mesyuarat bersama Dewan Perniagaan Amerika Malaysia (AMCHAM) yang dipengerusikannya pada 6 Julai bagi membincangkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk pelaburan berteknologi dan berkualiti tinggi dalam kalangan pelabur AS.
"Kementerian Kewangan (MOF) dan AMCHAM bersetuju bahawa penting untuk terus memupuk persekitaran perniagaan yang kondusif di Malaysia bagi entiti tempatan dan asing di samping menyemak prosedur kawal selia dan pencukaian semasa untuk memudahkan operasi perniagaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata AMCHAM juga menekankan kepentingan kesinambungan kawal selia untuk membantu memudahkan menjalankan perniagaan.
"Dewan perniagaan itu memuji usaha Kerajaan Perpaduan untuk memudahkan operasi perniagaan, dan berkongsi maklum balas daripada komuniti perniagaan mengenai aspek penambahbaikan seperti mengurangkan birokrasi terhadap syarikat yang ingin menubuhkan dan mengoperasikan perniagaan mereka.
"AMCHAM juga menarik perhatian khusus mengenai komitmen Malaysia untuk menggalakkan komuniti perniagaan mengutamakan kelestarian alam sekitar," katanya.
Sim berkata memandangkan Malaysia kini berada di kedudukan antara destinasi pelancongan perubatan utama di Asia, AMCHAM menggesa Malaysia supaya memanfaatkan infrastruktur yang kukuh bagi menyampaikan penjagaan kesihatan bertaraf dunia.
"Dari segi peranti perubatan, Malaysia adalah hab untuk eksport peranti perubatan di Asia Tenggara, dengan eksport mencecah RM31.2 bilion pada 2022.," katanya.
"Ahli AMCHAM juga menggalakkan Malaysia meneruskan dasar pasaran bebas untuk lebih banyak ubat inovatif memasuki Malaysia, menyokong pelancongan perubatan dengan rawatan perubatan lanjutan untuk rakyat Malaysia dan pesakit di seluruh rantau ini," katanya.
Timbalan menteri juga mengulangi komitmen MOF untuk mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif yang membolehkan syarikat mengekalkan dan mengembangkan pelaburan mereka.
Beliau berkata kementerian akan terus menumpukan langkah untuk memangkinkan dan menarik pelaburan berkualiti tinggi yang akan mewujudkan hubungan dengan perniagaan tempatan dan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.
"Kementerian juga akan meneliti tindakan untuk mengurangkan halangan birokrasi dan menggalakkan penyebaran dan pemindahan teknologi melalui pelaburan langsung asing (FDI) kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan dan seterusnya pelaburan langsung dalam negara (DDI) sebagai strategi utama untuk merangsang pertumbuhan ekonomi domestik.
"Memandangkan kementerian bersedia untuk Belanjawan 2024, yang akan bermula minggu ini melalui perundingan belanjawan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 14 Julai, saya menjemput AMCHAM dan lain-lain dalam komuniti perniagaan itu untuk terus berkongsi maklum balas mereka dengan kerajaan," katanya.
Sim berkata maklum balas itu akan membantu kerajaan merangka belanjawan tahunan yang memenuhi keperluan rakyat dan juga sejajar dengan dasar pembangunan sosio-ekonomi negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 10 2023
Steven Sim juga mengulangi komitmen MOF untuk mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif yang membolehkan syarikat mengekalkan dan mengembangkan pelaburan mereka. - Foto fail/BERNAMA
Nelayan hilang mungkin hanyut ke Indonesia - Maritim Malaysia
Operasi mencari dan menyelamat dua nelayan yang hilang di perairan Pulau Undan Melaka diperluaskan kepada 1,372 kilometer persegi.
Strategi pelaburan Malaysia, depani ketidaktentuan global
Misi Malaysia untuk meneroka peluang ekonomi baharu diteruskan dengan lawatan selama 5 hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke London, United Kingdom.
AWANI Ringkas: SPRM tahan empat lagi pegawai bank
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Calon tunggal jawatan Presiden bukti keyakinan FAM - Joehari
Joehari percaya perkhabaran positif menjadi calon tunggal menggantikan tempat Hamidin sebagai Presiden sebagai tanda keyakinan FAM kepada dirinya.
Parlimen Lembah Pantai kumpul dana RM5 juta bantu rakyat tampung kenaikan caj PPUM - Fahmi
Parlimen Lembah Pantai akan mengumpulkan dana RM5 juta tahun ini bagi menampung kenaikan kadar caj perkhidmatan Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk golongan memerlukan.
Satu kegagalan jika kita gagal kerjasama depani cabaran global - Mohamad
Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, itu menjadi nada utama yang ditekankan Malaysia sepanjang kepengerusiannya tahun ini.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, itu menjadi nada utama yang ditekankan Malaysia sepanjang kepengerusiannya tahun ini.
Op Sky: Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM
Empat lagi pegawai bank ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat berhubung sindiket pinjaman membabitkan mangsa penjawat awam.
[KOLUMNIS] Melihat dari mata burung; perspektif filem dalam ASEAN
Kementerian Luar melalui Pusat Diplomasi Bahasa & Budaya berpotensi besar untuk menjalankan kerangka yang berstruktur dalam melestari filem dan sinema dalam sebarang usaha diplomasi.
Imigresen Johor tahan 72 warga asing, tiga majikan dalam operasi di dua daerah
Jabatan Imigresen menahan 72 warga asing dan tiga majikan warga tempatan dalam serbuan di 13 buah premis sekitar daerah Muar dan Batu Pahat.
Peneraju baharu FAM mampu bawa Harimau Malaya ke peringkat lebih tinggi - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh optimis sekiranya Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayob dipilih peneraju baharu FAM.
Di UK, PM Anwar ulangi Malaysia amal pendekatan terbuka dengan AS, China
Malaysia akan terus mengamalkan pendekatan terbuka dan pragmatik dalam menjalin hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) dan China, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Israel tangguh kelulusan gencatan senjata, AS kata perjanjian di landasan betul
Mesyuarat Kabinet Israel pada Khamis mengundi perjanjian tersebut ditangguhkan, dengan Israel menyalahkan Hamas atas kelewatan itu.
AS yakin gencatan senjata di Gaza akan bermula Ahad ini - John Kirby
Amerika juga sedang berusaha menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Amerika mahu haramkan jualan kereta keluaran China, Rusia
JOE Biden menghabiskan hari-hari terakhir beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat dengan meluluskan beberapa lagi arahan pengharaman teknologi ke atas China dan Rusia.
Donald Trump pertimbang tangguh pengharaman TikTok hingga 90 hari
Menurut laporan Washington Post, Trump sedang mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh jualan TikTok yang dikeluarkan oleh pentadbiran Biden pada Mac tahun lalu.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Ringgit stabil pada paras 4.50 berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok sedikit kepada 4.5035/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5080/5120 pada penutup Isnin.
Sekatan eksport cip AI oleh AS: Ini fakta anda perlu tahu
Peraturan ini mengawal aliran cip AI dan teknologi AS yang diperlukan untuk aplikasi AI yang paling canggih.
Biden anugerahkan pingat kebebasan berprestij kepada Paus Francis
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Sabtu menganugerahkan Pingat Kebebasan Presiden dengan penghormatan khas kepada Paus Francis.
Menteri Luar Jepun wakili Tokyo ke upacara angkat sumpah Presiden AS
Lawatan itu menekankan usaha Jepun untuk mengukuhkan hubungan dengan sekutu utamanya di bawah pentadbiran baharu.