TAWAU: Tawau sudah bersedia menerima keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di bandar ketiga terbesar di Sabah itu petang esok bersempena dengan Program Kembara Kenali Borneo.
Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Joseph Pang berkata pihaknya juga sudah bersedia untuk majlis pelancaran kembara itu pada malam esok, dan acara flag off atau pelepasan kembara berkenaan yang dijadualkan pada Isnin depan (4 Sept).
"Hanya ada sedikit touch up lagi (persediaan), serta raptai penuh (majlis pelancaran) akan dilakukan pada malam ini di Dewan Masyarakat Tawau bagi memastikan perjalanan program teratur serta lancar. Kita sudah bersedia, harap semua berjalan lancar," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berharap masyarakat Tawau dapat hadir beramai-ramai ke acara yang diadakan bersempena dengan kembara itu bagi menyambut sendiri keberangkatan tiba Seri Paduka berdua yang berkenan untuk beramah mesra dengan rakyat.
Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati persiapan bagi majlis pelancaran Kembara Kenali Borneo dan santapan makan malam Seri Paduka berdua bersama rakyat di Dewan Masyarakat Tawau telah selesai dilakukan.
Pihak MPT juga sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di lokasi majlis flag off program Kembara Kenali Borneo di Bulatan 0 KM berhampiran Padang Bandaran Tawau.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan memulakan jelajah Kembara Kenali Borneo di Sabah bermula 3 Sept di Tawau diikuti Lahad Datu, Sandakan, Telupid, Ranau, Kota Kinabalu, Penampang dan berakhir di Sipitang pada 7 Sept ini sebelum meneruskan perjalanan ke Sarawak.
Sementara itu, orang ramai yang ditemui Bernama di bandar Tawau melahirkan perasaan teruja dan tidak mahu melepaskan peluang untuk bertemu dengan baginda berdua pada majlis yang diatur nanti.
Penduduk dari Kampung Kalabakan yang terletak kira-kira 160 kilometer dari bandar Tawau, Muhamad Abdul Latip, 70, berkata beliau yakin seluruh penduduk Sabah berbesar hati menerima kunjungan Seri Paduka berdua ke Negeri Di Bawah Bayu itu.
"Ini kali pertama Seri Paduka berdua menjelajah Sabah dan berjumpa rakyat, saya juga tidak akan melepaskan peluang untuk bertemu Seri Paduka berdua pada flag off konvoi nanti. Saya berdoa semoga Malaysia kekal aman di bawah naungan Seri Paduka berdua," kata pesara kerajaan itu.
Pekerja kedai kain Asfarani Hamka, 27, berkata beliau akan ke Padang Bandaran Tawau sebelum memulakan tugas pada Isnin nanti untuk menyaksikan sendiri program bersejarah itu dengan pelepasan kembara Seri Paduka berdua.
Senada dengan Asfarani, pekerja kedai kecantikan Karmila Kamal, 27, tidak sabar untuk ke padang itu nanti dan berharap dapat bertemu Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong kerana selama ini hanya dapat melihat keramahan Seri Paduka berdua di kaca televisyen.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 02 2023
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan memulakan jelajah Kembara Kenali Borneo di Sabah bermula 3 Sept di Tawau. - Gambar Twitter@bernamadotcom
Google Search kini ada permainan mini 'Block Breaker'
Buka sahaja Google Search dan cari Block Breaker, akan ada kad memaparkan permainan ini bersama-sama dengan koleksi permainan yang lain.
Banjir Sarawak terus meningkat, Sabah catat peningkatan kecil jumlah mangsa
Banjir Sarawak semakin memburuk dengan mangsa meningkat kepada 12,486 daripada 3,648 keluarga di 62 PPS, setakat 8 pagi ini.
Persoal usaha bangunkan semula Gaza hujah kurang cerdik, cermin kejahilan moral
Malaysia tidak akan berhenti untuk terus menghulurkan bantuan hanya kerana ada segelintir gerombolan berasa "terlalu jauh" untuk peduli.
Serangan tapak nuklear akan jadi kesilapan besar AS – Iran
Iran akan bertindak balas serta-merta dengan tegas jika tapak nuklearnya diserang kerana tindakan itu boleh sar yang boleh dilakukan oleh Amerika Syarikat.
Pemimpin tertinggi Iran semakin bimbang bahawa Presiden Amerika ketika itu, Donald Trump, dalam penggal keduanya mungkin memberi kuasa kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk menyerang tapak nuklear Iran sambil memperketatkan sekatan terhadap industri minyak negara itu.
Pemimpin tertinggi Iran semakin bimbang bahawa Presiden Amerika ketika itu, Donald Trump, dalam penggal keduanya mungkin memberi kuasa kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk menyerang tapak nuklear Iran sambil memperketatkan sekatan terhadap industri minyak negara itu.
Pesawat kecil terhempas di Philadelphia, mangsa belum dikenal pasti
Sebuah pesawat kecil yang membawa sekurang-kurangnya dua orang terhempas berhampiran sebuah pusat beli-belah di Philadelphia.
Kejadian ini mengakibatkan beberapa mangsa tercedera, menurut laporan media tempatan pada hari Jumaat.
Kejadian ini mengakibatkan beberapa mangsa tercedera, menurut laporan media tempatan pada hari Jumaat.
Dakwaan salah laku Afdlin Shauki: Laporan siasatan dalaman siap minggu depan - Dr Zaliha
"Tidak apa kalau saudara Afdlin mahu menolak dan menafikan tuduhan tersebut, itu hak beliau."
Pembukaan Parlimen Isnin ini, titah Agong tumpuan utama
Seri Paduka Baginda dijadual menyampaikan titah ucapan diraja itu bagi perasmian kedua-dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Kerajaan kaji impak teknologi ke atas pekerjaan
Kementerian Digital sedang bekerjasama erat dengan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) untuk mengkaji impak teknologi terhadap pekerjaan dan mengenal pasti pekerjaan masa depan.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata Pejabat Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan (NAIO) akan memainkan peranan dalam kajian tersebut dan mengemukakan cadangan bagi memastikan rakyat Malaysia kekal dalam tenaga kerja.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata Pejabat Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan (NAIO) akan memainkan peranan dalam kajian tersebut dan mengemukakan cadangan bagi memastikan rakyat Malaysia kekal dalam tenaga kerja.
Kanak-kanak lapan tahun ditemukan lemas
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas di Pantai Kampung Kandis berdekatan Villa Danialla Beach Resort, Bachok, 7.30 malam pada Jumaat.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II KUP Yusri Mat Ghani dalam kenyataan berkata Ahmad Ammar Rafaeil Ahmad Ridtauden sedang mandi di pantai itu bersama tiga rakan yang lain sebelum dihanyutkan ombak dan arus deras pada kira-kira 6.15 petang.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II KUP Yusri Mat Ghani dalam kenyataan berkata Ahmad Ammar Rafaeil Ahmad Ridtauden sedang mandi di pantai itu bersama tiga rakan yang lain sebelum dihanyutkan ombak dan arus deras pada kira-kira 6.15 petang.
Mangsa banjir 'degil' diseru berpindah segera - Uggah
Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ini kerana masih ada segelintir individu yang belum bersedia untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang terdekat.
Pembukaan Parlimen Isnin ini, titah Agong tumpuan utama
Seri Paduka Baginda dijadual menyampaikan titah ucapan diraja itu bagi perasmian kedua-dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Agong perkenan pindaan akta atasi isu keselamatan dalam talian
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, selepas diwartakan, kerajaan akan berupaya menangani beberapa masalah dalam talian.
Prabowo junjung kasih kepada Sultan Ibrahim atas pengurniaan darjah
Prabowo berkata pengurniaan darjah tersebut menjadi lambang keakraban hubungan antara dirinya dengan Sultan Ibrahim serta kerabat Kesultanan Johor.
Lawatan Negara Prabowo ke Malaysia penting bagi hubungan dua hala, ASEAN
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto berkunjung ke Malaysia minggu depan atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Agong santap pagi nasi lemak bersama Perdana Menteri
Seri Paduka Baginda bersama Perdana Menteri menikmati menu nasi lemak, di Nasi Lemak Burung Hantu, cawangan Semua House.
Kuasa pengampunan Agong tiada had - Haniff Khatri
Kuasa mutlak pengampunan sudah wujud di tangan Sultan dan Raja-Raja Melayu, sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan lagi, kata peguam Haniff Khatri.
YDP Agong santuni mangsa banjir di Kota Tinggi
Seri Paduka Baginda berkenan melawat PPS di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota dan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Kota Tinggi.
Tahanan rumah timbulkan isu hak kesamarataan banduan - Peguam
Membenarkan Najib Razak menjalani tahanan rumah akan menimbulkan pertikaian mengenai hak layanan undang-undang sama-rata.
Adakah Titah Adendum mengikat kerajaan jika tidak dibawa ke mesyuarat Lembaga Pengampunan? Ini pandangan peguam...
Titah Adendum tidak wajar mengikat kerajaan untuk dilaksanakan sekiranya ia tidak dibawa dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan untuk dipertimbangkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Bicara 1MDB: "Saya bukan 'bapa' TIA, itu cetusan idea Sultan Mizan" - Najib
Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan bekas pegawai khasnya, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin kononnya penubuhan syarikat Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) dikatakan idea dan 'baby' beliau.