Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mewajibkan flat kos rendah mempunyai Taska, kata Menterinya Tan Sri Noh Omar.
Beliau berkata dasar cadangan itu akan dikemukakan kepada Kabinet dalam kadar segera selepas pihak kementerian berbincang secara terperinci mengenainya.
"Saya akan cadangkan polisi berkenaan kepada Kabinet dan ia bakal dilaksanakan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke flat kos rendah Desa Mentari di sini hari ini.
Mengulas mengenai lawatan itu, Noh berkata kementerian telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.1 juta untuk memberi kemudahan dua lif baharu kepada Blok 6 flat berkenaan manakala lif di Blok 4 akan dibaiki.
Katanya kemudahan lif yang diberikan kementerian itu bakal memberi keselesaan kepada penduduk selepas lif sedia ada mengalami kerosakan dan tidak dibaiki sejak sekian lama.
"Blok 4 ada 11 tingkat dan 480 buah rumah manakala Blok 6 ada 17 tingkat dan 484 buah rumah. Lif di Blok 4 ada dua tetapi yang beroperasi hanya satu dan lif yang berfungsi itu selalu rosak. Blok 6 pula ada dua lif tetapi dua-dua sudah lima tahun rosak," katanya.
Tambahnya, kemudahan di Blok 6 itu dijangka akan siap sepenuhnya dalam masa 48 minggu dari bulan hadapan kerana lif berkenaan perlu diganti baharu dan bukan dibaiki.
"Kementerian juga akan memperbaiki jeriji tangga yang rosak teruk selain memperkenalkan sistem kad akses kepada penduduk yang mahu menggunakan kemudahan lif ini, gril dan sistem kamera litar tertutup untuk tujuan pemantauan," katanya.
Menyambut baik keprihatinan kementerian itu, Pengerusi Badan Pengurusan Bersama Blok 6, Norizan Harun berkata penambahbaikan itu memberi kelegaan kepada penduduk yang sekian lama berdepan masalah tersebut.
"Saya sangat berterima kasih kepada kementerian kerana sudi mendengar rintihan kami. Kedua-dua lif di blok saya ini telah lama rosak. Memang kami mempunyai masalah terutama ketika musim tiada air dan terpaksa mengangkut bekas berat berisi air naik-turun tangga," katanya kepada Bernama.
Beliau yang telah menetap di Blok 6 sejak flat itu dibina kira-kira 15 tahun lalu berkata kemudahan kad akses pada lif tersebut akan mengelakkan segelintir penduduk daripada terus tidak membayar fi penyelenggaraan.
"Bagi saya kalau ada kemudahan kad akses ini amat bagus kerana ada penduduk yang tak bayar yuran. Selepas ini, kalau mereka tidak bayar, mereka tidak akan dapat naik lif menggunakan kad akses," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Apr 10 2017
, Noh berkata kementerian telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.1 juta untuk memberi kemudahan dua lif baharu kepada Blok 6 flat berkenaan manakala lif di Blok 4 akan dibaiki. - Gambar fail
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Flat kos rendah diwajib ada taska - Noh Omar
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mewajibkan flat kos rendah mempunyai Taska, kata Menterinya Tan Sri Noh Omar.
Tanah runtuh Serendah: Kerajaan sedia beri bantuan kepada 64 keluarga - Noh
Dua bentuk bantuan perumahan akan diberikan iaitu Projek Perumahan Rakyat (PPR) atau rumah kos rendah yang dibina di atas tanah mangsa tanah runtuh sendiri.
Kos sampingan PBT antara faktor harga rumah tinggi - Halimah
KPKT mendapati kos sampingan dikenakan PBT antara faktor menyebabkan harga rumah di pasaran tinggi.
Perak harap 2,000 unit PPR dibina tahun depan
Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) akan diminta untuk menggerakkan usaha agar kementerian dapat membina rumah tersebut di Perak.
KPKT harus buat kajian tentang kualiti bahan binaan PPR - Jazlan
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini diminta mengkaji semula kualiti bahan binaan yang digunakan kontraktor dalam memajukan Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Isu Sungai Kilim: Kebocoran di tapak pembuangan sampah punca pencemaran
Bagaimanapun, menurut beliau, kerja pembaikan sedang giat dijalankan ditapak berkenaan.
Langkah kawal harga rumah beri impak positif
Langkah-langkah yang diambil kerajaan dalam mengawal harga rumah dan mengelakkan spekulasi harga rumah telah menunjukkan kesan positif.
Kerajaan negeri Sabah dicadang kenakan syarat pemaju bina 50 peratus rumah mampu milik
Syarat seperti itu penting untuk berlaku adil kepada ramai rakyat Sabah yang ingin memiliki rumah namun tidak berupaya berbuat demikian.
Asingkan kuasa JPM sebagai agensi penguatkuasa dan pembangun hartanah - Rahman
Datuk Abdul Rahman berkata satu agensi perlu diwujudkan bagi membantu JPM lebih produktif dan berdaya saing dalam industri hartanah serta perumahan negara.