JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberi amaran kepada segelintir pihak supaya tidak menjadikan kenyataan baginda mengenai keadaan flat kos rendah di negeri ini sebagai isu politik.
"Ini bukan perkara baharu. Kerajaan-kerajaan sebelum ini mengetahui mengenai keadaan flat kos rendah di Johor.
“Tetapi mereka tidak berbuat apa-apa. Sekarang, Kerajaan Perpaduan yang baharu terpaksa menguruskan masalah-masalah sampah ini," titah baginda menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi pada Rabu.
Sultan Ibrahim bertitah, baginda terpaksa bersuara dan mengemukakan masalah itu kepada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming kerana rakyat kini menyalahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri.
Baginda bertitah, mutu kerja SWM Environment Sdn Bhd (SWM) sebagai syarikat yang bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pungutan sampah tidak memuaskan terutama di flat-flat kos rendah.
“Tidak ada elemen politik dalam perkara ini. Jangan jadikan ini sebagai isu politik.
“Kerajaan-kerajaan sebelum ini tidak mengambil peduli akan permasalahan ini, adalah sangat malang Kerajaan Perpaduan kini terpaksa menanggung permasalahan ini,” tegas baginda sambil menghargai komitmen Kor Ming yang datang menghadap baginda pada Isnin.
Sultan Ibrahim turut menzahirkan perasaan kecewa terhadap keadaan bangunan, penyelenggaraan serta tahap kebersihan flat-flat kos rendah di negeri ini.
Baginda bertitah kebanyakan flat kos rendah di Johor berada dalam keadaan daif serta dipenuhi pelbagai sampah sarap dan seolah-olah rakyat baginda hidup dalam ‘reban ayam’. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Wed May 17 2023

Baginda terpaksa bersuara kepada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming kerana rakyat kini menyalahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri. - Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Tujuh pemain warisan dikenal pasti untuk Harimau Malaya - Tunku Ismail
Skuad Harimau Malaya berkemungkinan besar diperkuatkan dengan beberapa muka baharu ketika kempen Kelayakan Piala Asia 2027 bermula Mac ini.

Hamidin buat keputusan tepat tidak pertahan jawatan Presiden FAM - Kamarul Ariffin
Keputusan Tan Sri Hamidin Mohd Amin untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan adalah tepat.

'Lawatan Sultan Ibrahim pemangkin hubungan lebih kukuh' - Speaker Parlimen Singapura
Kehadiran YDP Agong bakal menjadi pemangkin hubungan yang lebih kukuh di antara dua negara, kata Speaker Singapura Seah Kian Peng

Tunku Mahkota Ismail berangkat ke majlis penutup Tilawah Al-Quran Kali Ke-68
Majlis berlangsung di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang.

Kenali Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah
Biografi Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah.

Kenali Yang di-Pertuan Agong ke-17
Biografi Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Permaisuri Johor berangkat ke Kuala Lumpur
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan berangkat ke Istana Negara bagi Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada Rabu depan.

Tunku Ismail dimasyhur Pemangku Sultan Johor bermula hari ini
Jumaah Majlis Diraja mengumumkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Pemangku Sultan Johor, mulai Ahad.

Sultan Ibrahim titah tidak terima permohonan menghadap hingga 31 Jan
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah tidak akan menerima apa-apa permohonan menghadap baginda mulai hari ini sehingga 31 Jan ini.

Sultan Johor terima menghadap Mohamed Khaled
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Menteri Pertahanan yang baharu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.