MELAKA: Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) menafikan penutupan selama dua hari sebuah ladang ternakan ayam di Melaka, adalah tanda protes kepada kerajaan yang didakwa lambat menyalurkan bayaran subsidi harga ayam sebanyak 60 sen.
Penasihatnya, Datuk Jeffrey Ng sebaliknya berkata, penghentian operasi sesebuah premis sedemikian adalah perkara biasa disebabkan faktor tertentu dan keputusan penutupan itu juga tidak mengganggu rantaian bekalan.
“Kita tidak mahu salahkan sesiapa. Jika pihak syarikat ternakan itu ada isu persendirian dan berehat dua hari untuk selesaikan isu-isu mereka, kita kena beri peluang kepada mereka.
“Kami tidak mahu isu itu dijadikan sebagai isu besar sehingga menyebabkan semua pihak khususnya kerajaan kena turun padang membuat semakan di peringkat rantaian dan persatuan juga tidak pernah membuat galakan atau minta mana-mana ahli membuat protes.
“Kita tidak pernah nampak isu itu (protes) terjadi, tetapi jika ada seorang dua mahu buat apa jua bentuk protes, persatuan tidak boleh halang kerana kami tidak terlibat dan isu berkenaan juga tidak wajar dibesarkan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan sebuah akhbar tempatan yang mendedahkan sekumpulan kartel industri ternakan ayam dikatakan merancang menutup ladang ternakan pada Sabtu dan Ahad ini sebagai protes kepada kerajaan yang dikatakan lambat melakukan bayaran subsidi harga ayam.
Ia susulan satu memo yang dikeluarkan semalam oleh sebuah ladang ternakan di Merlimau, Jasin kepada pembekal memaklumkan bekalan ayam akan dihentikan pada 21 dan 22 Mei ini atas alasan ayam hidup di ladang mengalami pertumbuhan yang lambat dan berat badan tidak mencapai kadar yang sepatutnya.
Menyangkal dakwaan itu, Jeffrey berkata, persatuan tidak pernah menerima aduan mahupun laporan daripada 2,400 ahli di seluruh Semenanjung berhubung perkara berkenaan.
Katanya, hubungan mereka dengan agensi kerajaan dan kementerian juga amat baik dan setiap permasalahan boleh dibangkitkan secara terus.
Jelasnya, dakwaan kononnya penutupan ladang ternakan ayam itu akan menyebabkan pasaran tidak lagi dapat menampung permintaan pengguna juga disifatkan sebagai tidak berasas.
“Selama ini persatuan memang bersefahaman dengan kerajaan dan biasa berhubung terus dengan agensi terlibat termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI),” tambahnya.
Shuhada Abdul Kadir
Wed May 18 2022

Jeffrey berkata, penghentian operasi sesebuah premis sedemikian adalah perkara biasa disebabkan faktor tertentu dan keputusan penutupan itu juga tidak mengganggu rantaian bekalan. - Gambar/ Astro AWANI

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Larangan eksport ayam tidak beri impak ketara kepada penggiat industri - Ahli ekonomi
Larangan eksport ayam terhadap penggiat industri dilihat tidak memberi impak yang ketara berikutan eksport hanya menyumbang peratusan kecil daripada jualan mereka, menurut ahli ekonomi.

FLFAM nafi ladang ternakan ayam ditutup tanda protes
Penghentian operasi sesebuah premis sedemikian adalah perkara biasa disebabkan faktor tertentu.