KUALA LUMPUR: Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) telah mencadangkan kepada kerajaan untuk mempertimbangkan melaksanakan Fasa Kawalan Pergerakan di dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) secara bersasar untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
Presidennya Datuk Soh Thian Lai berkata FMM bimbang lebih banyak lagi perniagaan sama ada gulung tikar atau memberhentikan pekerja kerana kebanyakan syarikat terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana menghadapi masalah kewangan berikutan aktiviti perniagaan tidak dibenarkan.
"Untuk meminimumkan kesan terhadap industri dan ekonomi, negeri/kawasan yang mencatatkan kes rendah atau terkawal harus dibenarkan beroperasi tanpa membezakan antara sektor penting dan tidak penting.
"Langkah-langkah kawalan pergerakan sepatutnya disasarkan kepada kawasan yang mencatatkan kes tinggi jangkitan COVID-19 supaya rantaian pandemik itu dapat diputuskan," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam.
Terdahulu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Fasa Pertama Kawalan Pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dijadual berakhir hari ini (28 Jun) tidak akan ditamatkan, malah diteruskan mungkin hingga pertengahan Julai depan.
Fasa pertama itu dilanjutkan kerana jumlah kes COVID-19 di negara ini belum mencapai nilai ambang di bawah 4,000 kes seperti yang ditetapkan sebelum dapat beralih ke fasa seterusnya.
Justeru, Soh berkata keputusan kerajaan untuk melanjutkan Fasa Pertama Kawalan Pergerakan itu adalah mengecewakan bagi komuniti perniagaan khususnya dalam sektor pembuatan.
Kawalan pergerakan yang berlanjutan itu memberi kesan negatif kepada daya saing negara kerana Malaysia adalah hab pembuatan utama di peringkat serantau bagi industri yang merupakan sebahagian daripada rantaian bekalan, katanya.
Sementara itu, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) dalam satu kenyataaan berasingan berkata MEF meluahkan kebimbangan terhadap kawalan pergerakan yang berpanjangan tersebut kerana ia akan memberi kesan lebih buruk kepada ekonomi dan masyarakat.
Presidennya Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berharap supaya kerajaan dapat memperkenalkan langkah-langkah baharu dengan membenarkan majikan yang dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk membuka semula perniagaan mereka sepenuhnya.
"Perlu ada sedikit kelonggaran untuk membolehkan orang ramai menjalankan perniagaan dan ini perlu dilakukan. Kita perlu sedar bahawa memerangi pandemik COVID-19 bukan hanya untuk melaksanakan kawalan pergerakan," katanya.
Kawalan pergerakan itu telah memberi kesan kepada majikan, pekerja, rakyat dan negara, kata Syed Hussain.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 27 2021

Soh bimbang lebih banyak lagi perniagaan sama ada gulung tikar atau memberhentikan pekerja. - Bernama

PRN Sabah: Warisan akan bergerak solo, tanpa gabungan dan kerjasama
Sejarah pernah membuktikan parti politik seperti Berjaya dan Parti Bersatu Sabah (PBS) pernah memerintah Sabah tanpa sebarang gabungan.

AS hanya mahu mendominasi Iran, guna alasan 'rundingan' - Ali Khamenei
Khamenei menyatakan tawaran Wwashington untuk berunding bertujuan mendominasi Iran dan bukan menyelesaikan masalah.
Dua wanita termasuk pelancong warga Israel dirogol di India
Seorang lelaki maut manakala seorang pelancong wanita Israel dan seorang wanita India dirogol secara beramai-ramai oleh tiga lelaki baru-baru ini berhampiran sebuah tapak warisan dunia UNESCO yang popular di Selatan India.
AS hanya mahu mendominasi Iran, guna alasan 'rundingan' - Ayatollah Ali Khamenei
Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, pada Sabtu mendakwa Amerika Syarikat menggunakan taktik 'membuli' bagi memastikan republik Islam itu tunduk kepadanya.
Kenyataan itu menyusul sehari selepas Presiden Donald Trump mendakwa beliau telah menghantar surat kepada pemimpin tertinggi negara itu bagi merundingkan perjanjian nuklear.
Kenyataan itu menyusul sehari selepas Presiden Donald Trump mendakwa beliau telah menghantar surat kepada pemimpin tertinggi negara itu bagi merundingkan perjanjian nuklear.
Ribuan wanita berkumpul dan berarak di Dataran Taksim
Ribuan wanita berkumpul berhampiran Dataran Taksim Istanbul pada Sabtu bagi menyertai perhimpunan Hari Wanita, walaupun diharamkan oleh pihak berkuasa tempatan
Peniaga bazar diingatkan pamer tanda harga dengan jelas
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (kpdn) Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, pihaknya menerima banyak aduan tahun lepas bahawa ada peniaga di Bazar Aidilfitri yang tidak meletakkan tanda harga dengan jelas sehingga mengelirukan pengguna.

Perancis, Jerman, Itali, Britain sokong pelan Arab untuk pembinaan semula Gaza
Keempat-empat negara Eropah itu menyatakan komitmen untuk bekerjasama dengan inisiatif Arab dan menghargai "isyarat penting" pembangunan pelan tersebut.
Zelenskyy gesa sekatan lebih tegas ke atas Rusia
Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy pada Sabtu memperbaharui gesaan untuk sekatan yang lebih tegas terhadap Rusia, menekankan keperluan untuk melindungi nyawa dan meningkatkan pertahanan udara sebagai tindak balas kepada serangan berterusan.
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dibebaskan dari tahanan
Presiden Korea Selatan yang didakwa, Yoon Suk Yeol, dibebaskan dari tahanan pada Sabtu, sehari selepas keputusan mahkamah membenarkannya dibicarakan tanpa penahanan fizikal berhubung percubaannya untuk mengisytiharkan pemerintahan tentera pada Disember lalu.
Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden tembakan, letupan bom di Sungai Golok
Polis mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan dan letupan bom di Sungai Golok, Thailand pada Sabtu malam.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.