KUALA LUMPUR: Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) menyatakan kebimbangan mengenai pelan kerajaan untuk menghantar pekerja mahir Malaysia ke Jepun, berpendapat bahawa tumpuan perlu diberikan kepada usaha untuk meningkatkan bekalan tempatan yang mencukupi.
Presidennya, Tan Sri Soh Thian Lai berkata memandangkan tiada rundingan atau butiran awal disediakan mengenai potensi eksport kemahiran ke Jepun, persekutuan berharap lebih banyak maklumat mengenai Memorandum Kerjasama (MoC) oleh Kementerian Sumber Manusia dapat dikongsi supaya industri jelas mengenai bagaimana kerjasama itu berfungsi.
"Malaysia kini menghadapi kekurangan tenaga kerja yang kritikal, terutamanya pekerja mahir, yang menjejaskan pemulihan ekonomi negara kita. Kekurangan buruh telah menyebabkan kerja terhenti dan kurang pengeluaran di seluruh industri.
"Pengeluaran telah mengalami kekangan yang teruk, menyebabkan kegagalan untuk memenuhi pesanan sedia ada dan menerima yang baharu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Baru-baru ini, kerajaan berkata ia merancang untuk menghantar siswazah mahir tempatan dan/atau pekerja mahir yang layak untuk bekerja di Jepun di bawah MoC antara Malaysia dan Jepun.
Soh berkata kekangan bekalan barangan untuk memenuhi permintaan yang diperlukan akan menambah lagi tekanan inflasi walaupun kenaikan kadar faedah penanda aras baru-baru ini oleh Bank Negara Malaysia bertujuan untuk mengurangkan inflasi.
Pada masa ini, katanya Malaysia masih membuat persediaan untuk mendapatkan lebih ramai pekerja mahir melalui pelbagai program seperti Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (TVET) serta promosi kursus Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di pelbagai peringkat sistem pendidikan.
Beliau berkata institusi dan industri awam tempatan sedang meningkatkan inisiatif kerjasama dalam mempromosikan TVET dan STEM sebagai cara untuk meningkatkan minat dan penyertaan belia Malaysia yang lebih besar dalam pendidikan TVET dan STEM.
"Ini juga merupakan inisiatif untuk menyokong transformasi teknologi industri kita dan pada masa sama untuk mengurangkan pengambilan ekspatriat mahir.
"MoC dengan Jepun dilihat akan menjejaskan inisiatif itu dan kerja keras daripada semua pihak yang terlibat yang telah dijalankan sejak beberapa tahun lepas.
"Pandemik COVID-19 telah mempercepatkan transformasi industri dan teknologi, justeru, kekurangan pekerja mahir yang kritikal dijangka berterusan untuk tempoh beberapa tahun akan datang berikutan kita menghadapi perubahan transformasi dan peningkatan permintaan untuk tenaga kerja mahir," katanya.
Selain itu, katanya Malaysia telah mengalami masalah penghijrahan tenaga mahir sejak beberapa tahun ini berikutan ramai rakyat Malaysia telah berhijrah ke luar negara untuk mencari pekerjaan yang lebih baik.
Malaysia telah berusaha keras untuk membawa pulang diaspora ini melalui pelbagai inisiatif, kata Soh, sambil menambah justeru, Malaysia perlu meneruskan program mampan dan melaksanakan semua yang perlu untuk memastikan industri tidak menghadapi kekurangan pekerja mahir.
"Negara perlu lebih prihatin dengan isu penghijrahan tenaga mahir dan memikirkan mengenai membawa pulang pendapatan dari luar negara melalui program pertukaran.
"Mendapat peluang peningkatan kemahiran di negara maju boleh menjadi sesuatu yang boleh dipertimbangkan oleh majikan Malaysia selepas atau sebagai sebahagian daripada latihan semasa bekerja.
"Daripada menghantar pekerja mahir, Malaysia perlu mempertimbangkan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan syarikat di Malaysia untuk program perantisan formal dan peningkatan kemahiran yang akan dijalankan oleh syarikat induk global.
"Ini akan membantu mengurangkan kekurangan kemahiran yang dihadapi oleh industri kita," katanya.
Dengan keadaan pekerjaan semasa iaitu nisbah 80:20 untuk pekerja tempatan kepada pekerja asing yang dikenakan oleh kerajaan, Soh berkata MoC akan menjejaskan keupayaan industri Malaysia untuk mendapatkan tenaga kerja mahir.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 31 2022
![FMM nyatakan kebimbangan mengenai pelan kerajaan hantar pekerja mahir Malaysia ke Jepun FMM nyatakan kebimbangan mengenai pelan kerajaan hantar pekerja mahir Malaysia ke Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649176089_TanSriSohThianLa.jpg)
Menurut Tan Sri Soh Thian Lai, Malaysia kini menghadapi kekurangan tenaga kerja yang kritikal, terutamanya pekerja mahir, yang menjejaskan pemulihan ekonomi negara. - Gambar fail/Bernama
![Zaquan Adha cuba tenangkan anak-anak, menangis tanya adik ke mana? Zaquan Adha cuba tenangkan anak-anak, menangis tanya adik ke mana?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739343632_TBZAQUANjpg.jpg)
Zaquan Adha cuba tenangkan anak-anak, menangis tanya adik ke mana?
Zaquan Adha berkongsi bahawa anak-anaknya masih terkejut dengan berita pemergian adik bongsu mereka, Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees.
![22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang 22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739343500_tbCEOGISBDatukNa.jpg)
22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang
Seramai 22 individu dikaitkan dengan GISB termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya Nasiruddin Mohd Ali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
![KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738734281_KWSPEPFAkaunSim.jpg)
KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB
KWSP menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
![Dihukum penjara 13 tahun, mahkamah putuskan ahli perniagaan Indonesia bukan Paiman Shakimon Dihukum penjara 13 tahun, mahkamah putuskan ahli perniagaan Indonesia bukan Paiman Shakimon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739340247_TBCourtHammer.jpg)
Dihukum penjara 13 tahun, mahkamah putuskan ahli perniagaan Indonesia bukan Paiman Shakimon
Mahkamah Tinggi memutuskan seorang lelaki yang didakwa sebagai Datuk Paiman Shakimon yang dihukum penjara 13 tahun kerana menipu dan memalsukan dokumen adalah bukan ahli perniagaan itu.
![Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739340326_TBBUNUHEMAK.jpg)
Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua
Seorang lelaki dituduh membunuh ibu mentuanya yang juga seorang warga emas di sebuah rumah di Taman Sri Skudai pada awal bulan ini.
![Wanita Brunei maut ketika konvoi '2,000 Selekoh Malaysia' Wanita Brunei maut ketika konvoi '2,000 Selekoh Malaysia'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739340661_tbKonvoiwargabrun.jpg)
Wanita Brunei maut ketika konvoi '2,000 Selekoh Malaysia'
Seorang peserta wanita konvoi '2,000 Selekoh Malaysia' maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan sebuah lori di KM 17 Jalan Bera-Mayam, Bera semalam.
![KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731596380_AaronAgoDagang.jpg)
KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago
Kementerian Perpaduan Negara mengambil pendekatan melalui pelaksanaan program berasaskan tema untuk merapatkan jurang sosial antara rakyat Malaysia.
![EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739333086_UkrainianArmedForc.jpg)
EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine
Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) membelanjakan sejumlah EUR134 bilion (US$138.8 bilion) bagi menyokong serta membekalkan senjata kepada Ukraine.
AWANI Ringkas: Penyeragaman agensi kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738661163_WongKahWoh.jpg)
KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI
SiPKPM bertujuan untuk mengesan pergerakan murid secara komprehensif, termasuk murid yang berisiko cicir, diperkukuhkan dengan AI
![Malaysia Airlines Bhd perlu ambil langkah drastik tarik minat pekerja mahir baharu - Anthony Malaysia Airlines Bhd perlu ambil langkah drastik tarik minat pekerja mahir baharu - Anthony](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725530213_TBANTHONYMOT.jpg)
Malaysia Airlines Bhd perlu ambil langkah drastik tarik minat pekerja mahir baharu - Anthony
Malaysia Airlines Bhd (MAB) perlu memastikan anak syarikatnya MAB Engineering Services mengambil langkah drastik untuk menarik minat pekerja mahir baharu.
![APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716048436_FBCHINTONG.jpg)
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
![Kerajaan perlu libatkan semua lapisan masyarakat tangani isu kekurangan tenaga kerja mahir - Pakar Kerajaan perlu libatkan semua lapisan masyarakat tangani isu kekurangan tenaga kerja mahir - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694797039_TBorangramai.jpg)
Kerajaan perlu libatkan semua lapisan masyarakat tangani isu kekurangan tenaga kerja mahir - Pakar
Kurangnya penglibatan golongan muda dalam mengisi tenaga kerja mahir adalah salah satu kelompangan yang perlu dilihat secara serius.
![Gaji progresif perlu seiring gaji minimum, pelengkap sistem gaji di Malaysia - Pakar Gaji progresif perlu seiring gaji minimum, pelengkap sistem gaji di Malaysia - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51632211131_MohdYusof.jpg)
Gaji progresif perlu seiring gaji minimum, pelengkap sistem gaji di Malaysia - Pakar
Isu utama berkaitan gaji di Malaysia adalah majikan cenderung untuk menggunakan gaji minimum sahaja untuk menetapkan gaji pekerja.
![Komunikasi antara pemain industri jamin tenaga kerja masa depan - MEF Komunikasi antara pemain industri jamin tenaga kerja masa depan - MEF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41639532752_syedhussainsyedhu.jpg)
Komunikasi antara pemain industri jamin tenaga kerja masa depan - MEF
Usaha meningkatkan kemahiran pekerja yang dilengkapi dengan pengetahuan dan kecekapan bagi menghadapi gelombang teknologi yang semakin pesat memerlukan rangka strategi dan komunikasi yang jelas.
![Kerajaan sasar lahir 100,000 pekerja mahir menerusi akademi Kerajaan sasar lahir 100,000 pekerja mahir menerusi akademi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678086694_TBrafizi.jpg)
Kerajaan sasar lahir 100,000 pekerja mahir menerusi akademi
Perkara itu diputuskan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) setelah berbincang dengan pemain industri.
![Belanjawan 2023: Majikan wajar tawar gaji setimpal, elak pekerja 'berhijrah' - Sivakumar Belanjawan 2023: Majikan wajar tawar gaji setimpal, elak pekerja 'berhijrah' - Sivakumar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51672123816_TBSivakumar.jpg)
Belanjawan 2023: Majikan wajar tawar gaji setimpal, elak pekerja 'berhijrah' - Sivakumar
Majikan perlu menawarkan gaji yang setimpal dengan kemahiran serta pendidikan graduan berkemahiran tinggi bagi mengelakkan bakat tempatan berhijrah ke luar negara.
![FMM nyatakan kebimbangan mengenai pelan kerajaan hantar pekerja mahir Malaysia ke Jepun FMM nyatakan kebimbangan mengenai pelan kerajaan hantar pekerja mahir Malaysia ke Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649176089_TanSriSohThianLa.jpg)
FMM nyatakan kebimbangan mengenai pelan kerajaan hantar pekerja mahir Malaysia ke Jepun
Malaysia kini menghadapi kekurangan tenaga kerja yang kritikal, terutamanya pekerja mahir, yang menjejaskan pemulihan ekonomi negara.
![Jawatankuasa bersama diwujudkan laksana MoC penghantaran pekerja mahir Malaysia ke Jepun Jawatankuasa bersama diwujudkan laksana MoC penghantaran pekerja mahir Malaysia ke Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41653713382_TBISMAILSABRI.jpg)
Jawatankuasa bersama diwujudkan laksana MoC penghantaran pekerja mahir Malaysia ke Jepun
Satu jawatankuasa bersama akan diwujudkan untuk melaksanakan Memorandum Kerjasama (MoC) bagi penghantaran pekerja mahir Malaysia untuk bekerja di Jepun.
![Malaysia, Jepun bakal muktamad MoC penghantaran pekerja mahir - Saravanan Malaysia, Jepun bakal muktamad MoC penghantaran pekerja mahir - Saravanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61650461081_TBSARAVANAN.jpg)
Malaysia, Jepun bakal muktamad MoC penghantaran pekerja mahir - Saravanan
Memorandum Kerjasama (MoC) berhubung penghantaran pekerja mahir Malaysia dan sektor tertentu untuk bekerja di Jepun akan dimuktamadkan oleh kedua-dua negara.