Lebih 500 tan barang bantuan yang dibawa Misi Food Flotilla for Myanmar selamat tiba di Pelabuhan Antarabangsa Thilawa, di sini kira-kira pukul 5:30 petang waktu Malaysia hari ini.
Ketua Misi, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, beliau yakin Duta Besar Malaysia ke Myanmar, Mohd Haniff Abdul Rahman akan terus memantau bagi memastikan barangan bantuan sampai kepada pelarian di Rakhine.
"Kami akan tunggu juga arahan seterusnya sama ada boleh atau tidak untuk singgah di Sittwe, dan yang pasti fasa pertama misi ini selesai," katanya dalam sidang media di sini pada Khamis.
Pada sidang media yang sama, Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pihaknya kini bekerjasama erat dengan kerajaan Myanmar bagi memastikan misi ini berjaya.
"Keterbukaan kerajaan Myanmar untuk terima bantuan ini menunjukkan ia sesuatu yang amat baik.
"Mereka turut akui wilayah Rakhine dan Sittwe antara yang amat memerlukan bantuan," katanya dalam sidang media sama.
Barangan seperti 300 tan beras serta 200 tan kit kesihatan, selimut dan makanan segera disampaikan Ketua Misi, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Presiden Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM) kepada Menteri Kebajikan Masyarakat, Bantuan dan Penempatan Semula Myanmar, Dr Win Myat Aye sambil disaksikan oleh Duta Besar Malaysia, Mohd Hanif Abd Rahman, Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Wilayah Rakhine dan Sittwe merupakan kawasan kritikal yang menempatkan hampir 200,000 pelarian Rohingya setakat ini.
Hilal Azmi
Thu Feb 09 2017
Ketua Misi, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (kanan) berkata, dia yakin Duta Besar Malaysia ke Myanmar, Mohd Haniff Abdul Rahman akan terus memantau bagi memastikan barangan bantuan sampai kepada pelarian di Rakhine. - Foto Astro AWANI / Hilal Azmi
Pengasuh didakwa aniaya bayi lelaki sehingga meninggal dunia
Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menganiaya bayi lelaki asuhannya berusia sembilan bulan sehingga meninggal dunia.
Indonesia wajibkan pengeksport mendepositkan keseluruhan keuntungan eksport selama setahun
Ketetapan itu menggantikan peraturan semasa yang hanya mewajibkan deposit 30 peratus untuk tempoh minimum tiga bulan.
Suami reda pemergian isteri, sempat buat panggilan video sebelum lemas
Wanita yang lemas bersama anak saudaranya di Pantai Bayu Impian, Kota Tinggi semalam sempat membuat panggilan video bersama suaminya sebelum tragedi.
Sebahagian rangkaian jalur lebar 5G boleh dimanfaat pihak berkuasa - Fahmi
Rangkaian 5G mempunyai keupayaan menyediakan jalur lebar khusus untuk komunikasi tersulit diwujudkan demi manfaat organisasi agensi penguatkuasaan.
Angka korban meningkat kepada 19 susulan banjir kilat dan tanah runtuh di Jawa Tengah
Tujuh lagi mangsa masih hilang, dan pasukan SAR terus berusaha mengesan mereka selepas tragedi itu melanda Kampung Kasimpar di Petungkriyono pada Isnin.
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$115.5 bilion pada 15 Januari 2025
Paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.9 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Ibu tergamak pukul, cubit, tampar anak 6 tahun hingga maut
Seorang ibu yang tergamak memukul, mencubit dan menampar anak kandung lelakinya berusia enam tahun sehingga maut dihukum penjara tiga tahun.
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kebakaran hotel di Turkiye - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkorban dalam kebakaran di Hotel Grand Kartal, Pusat Peranginan Ski di Kartalkaya, Turkiye.
KOM perlu beri alasan kukuh tambah jurulatih - Jefri
MSN tidak boleh bertindak semberono meluluskan permohonan itu sekiranya tiada kepentingan untuk skuad olahraga negara.
Inflasi Malaysia sederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 - Jabatan Perangkaan
Kadar inflasi Malaysia menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024.
Nautical Aliya dijangka tiba di Pelabuhan Klang Khamis
Selepas selesai menghantar 2,300 tan makanan dan barang keperluan untuk etnik Rohingya, kapal misi kemanusiaan 'Nautical Aliya' dijangka tiba pulang di Pelabuhan Klang pada Khamis.
Hanya 25 sukarelawan Food Flotilla For Myanmar dibenar turun ke lapangan - Abdul Azeez
Selepas dua jam pertemuan dengan wakil kerajaan Bangladesh, hanya 25 wakil misi -Food Flotilla For Myanmar dibenarkan turun ke lapangan.
Nautical Aliya dibenar berlabuh di Chittagong - Azeez
Selepas diarahkan berlabuh di perairan Cox's Bazar, Bangladesh pada Isnin, kapal misi kemanusiaan 'Nautical Aliya' kini meneruskan pelayaran selepas dibenarkan berlabuh di Chittagong.
Nautical Aliya diberi amaran mengenai risiko rompakan di perairan Chittagong
Biro Maritim Antarabangsa (IMB) telah memberi amaran kepada Nautical Aliya mengenai risiko rompakan di perairan Chittagong, Bangladesh.
Food Flotilla for Myanmar: "Saya tak sabar untuk sampai ke Rakhine" - Sukarelawan
Semangat sukarelawan Food Flotilla for Myanmar berkobar-kobar untuk turun ke lapangan bagi membantu pelarian Rohingya.
Sukarelawan Food Flotilla for Myanmar tunggu kelulusan mendarat di Bangladesh
Sekretariat Misi Food Flotilla for Myanmar optimis sukarelawan akan dibenarkan turun ke Bangladesh Isnin ini.
Nautical Aliya teruskan pelayaran ke Chittagong
Selepas sahaja fasa pertama misi kemanusiaan 'Food Flotilla for Myanmar' di negara ini selesai , kapal 'Nautical Aliya' meneruskan pelayaran ke Chittagong, Bangladesh hari ini.
Food Flotilla for Myanmar: Barang bantuan selamat tiba di pelabuhan Myanmar
Sejumlah 500 tan barang bantuan yang dibawa Misi Food Flotilla for Myanmar selamat tiba di Pelabuhan Antarabangsa Thilawa, di sini 5:30 petang waktu Malaysia pada Khamis.
#FoodFlotillaForMyanmar: Kapal tidak dibenarkan masuk Teknaf, Bangladesh
Kapal 'Nautical Aliya' yang membawa 195 sukarelawan dalam misi kemanusiaan 'Food Flotilla for Myanmar' tidak dibenarkan memasuki Teknaf, Bangladesh.
Flotilla belayar ke wilayah Rakhine selewat-lewatnya 3 Feb
Misi 'Food Flotilla for Myanmar' yang membawa bantuan kemanusiaan kepada kelompok terjejas di wilayah utara Rakhine, Myanmar, akan belayar dari Pelabuhan Klang di sini, selewatnya-lewatnya 3 Feb.