KUALA LUMPUR:Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 tidak perlu gusar kerana format peperiksaan awam SPM kekal sama dan tidak boleh diubah sewenang-wenangnya.
Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali berkata ini kerana standard sijil SPM yang dikeluarkan telah diiktiraf pakar tempatan dan antarabangsa.
"Kurikulum dan standard soalan masih sama justeru tidak akan berlaku perubahan format dan jika berlaku sekalipun, ia perlu mengambil masa yang lama iaitu minimum tiga tahun dan boleh mencecah sehingga lima tahun kerana perlukan kajian.
"Sijil SPM ini bertaraf antarabangsa kerana itu ia tidak boleh diubah sewenang-wenangnya... jika tidak, sijil kita tidak laku, anak-anak tidak boleh sambung belajar di luar negara dan tidak boleh mendapatkan biasiswa termasuk sukar untuk mendapat pekerjaan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Ruang Bicara bertajuk 'Peperiksaan Awam Tahun 2020 Dalam Norma Baharu' terbitan Bernama TV di sini malam tadi.
Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) sebelum ini menegaskan format peperiksaan SPM 2020 kekal seperti sedia ada sekali gus menafikan laporan sebuah akhbar berkaitan perubahan format peperiksaan itu pada masa akan datang.
Pkharuddin juga berkata sekiranya terdapat calon yang didapati positif COVID-19 atau yang diarahkan menjalani kuarantin kerana merupakan kontak rapat, mereka tidak akan dibenar menduduki peperiksaan.
"Dalam garis panduan kita jelas menyatakan dua kumpulan calon ini tidak boleh menduduki peperiksaan namun selepas mereka disahkan berada dalam keadaan sihat oleh doktor yang merawat dengan surat pengesahan doktor, maka mereka layak untuk menduduki kertas peperiksaan yang dijadualkan semula," katanya.
Peperiksaan utama iaitu SPM dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dijadualkan bermula pada 22 Feb ini diikuti Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020, serta peperiksaan antarabangsa yang setara tahun lepas.
Peperiksaan awam ini akan berlangsung sehingga 25 Mac melibatkan 401,105 calon.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 15 2021

Peperiksaan awam dijadual berlangsung dari 22 Feb hingga 25 Mac, bermula dengan SPM dan SVM, diikuti STPM, SKM, STAM dan DVM, melibatkan 401,105 calon. - Gambar fail
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

APM bantu 14 calon SPM berpindah dari kampung terjejas banjir
Operasi memindahkan kesemua calon yang terdiri daripada tiga pelajar lelaki dan 11 perempuan itu dijalankan pada 8.49 pagi ini.

Banjir: Bomba bantu pindah calon SPM ke asrama
JBPM Sarawak membantu memindahkan calon peperiksaan SPM dari kediamannya di rumah panjang ke asrama sekolah.

Dua calon umur lebih 60 tahun duduki SPM di Negeri Sembilan
Dua calon persendirian berusia lebih 60 tahun antara 16,929 yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di Negeri Sembilan tahun ini.

Lebih 400,000 calon SPM duduki peperiksaan bertulis hari ini
Cuaca cerah pagi ini di kebanyakan negeri membantu melancarkan perjalanan calon untuk menghadiri ujian penting itu.

Peperiksaan SPM di Johor tetap ikut jadual 6 Januari depan
Seramai 49,980 calon di Johor akan duduki kertas peperiksaan Bahasa Inggeris kertas satu dan dua serta Tasawwur Islam pada Isnin depan.

Calon SPM berdepan masalah, maklum segera kepada sekolah, JPN
Wong berkata, pihaknya bersedia membantu calon-calon SPM dalam memastikan mereka tidak tercicir untuk mengambil peperiksaan.

Calon SPM tidak pulang, ibu rayu orang ramai cari Jaffan Al Qharezme
Mohamad Jaffan Al Qharezme Mohamad Jalil yang merupakan calon SPM kali terakhir dilihat oleh rakannya di sebuah stesen minyak di Segambut.

Banjir: JPNT aktifkan Ops Payung hadapi SPM esok
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu mengaktifkan Ops Payung untuk memastikan calon SPM dapat menduduki peperiksaan dengan lancar esok.

12 calon SPM terkandas banjir diselamatkan PDRM
Polis Daerah Tanah Merah melakukan operasi menyelamat pelajar SMU Arab Darul Ulum Jedok yang terkandas selepas pulang dari asrama.

Intervensi bukan kaedah baharu, mampu kurangkan keciciran calon SPM - Wong
Langkah itu lebih bersifat pemujukan dan memberi kesedaran kepada setiap calon berkaitan kepentingan menduduki peperiksaan tersebut.