BEIJING: Simposium antarabangsa 'Forum Hak Asasi Manusia Asia-Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Hak Asasi Manusia' selama dua hari melabuhkan tirainya di sini, pada Ahad.
Forum anjuran Universiti Renmin China (RUC) itu merumuskan tentang pengalaman serta pencapaian negara-negara Asia dalam bidang perlindungan alam sekitar dan hak asasi manusia sepanjang 10 tahun lalu, selain turut membincangkan isu-isu berkaitan perubahan iklim global.
Presiden RUC, Prof. Lin Shangli ketika menyampaikan ucapan pada simposium itu berkata China bukan sahaja akan memperkasakan kemajuan hak asasi manusia dan memperkukuh jaminan sistem rakyat sebagai 'tuan negara', malah turut berusaha menyumbang kebijaksanaan dan pelan China kepada usaha hak asasi manusia antarabangsa.
Beliau berkata RUC akan mempergiat penyelidikan tentang pengembangan demokrasi dalam segenap proses dan jaminan rakyat sebagai 'tuan negara', berdedikasi kepada usaha mencerminkan suara hati rakyat, menjamin hak dan kepentingan rakyat serta mendorong kedinamikan inovasi rakyat.
Tambah Lin, RUC menyokong pengajian tentang teori hak asasi manusia dan komunikasi antarabangsa dalam bidang itu, bersedia meningkatkan kerjasama dengan pertubuhan antarabangsa termasuk Program Wanita Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Women) dan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), serta institut pengajian tinggi (IPT) dan institusi pengajian dari Asia.
Wakil UNESCO ke Asia Timur Laut, Prof. Shahbaz Khan dalam ucapannya pula turut memperincikan langkah pertubuhan itu khususnya di rantau Asia Timur Laut, di samping menegaskan tanggungjawab PBB terhadap hak manusia.
Beliau berkata usaha harus difokuskan untuk mengembangkan alam sekitar dan tenaga bersih berasaskan Matlamat Pembangunan Mampan dan Perlembagaan Pembangunan PBB.
Shahbaz turut menzahirkan penghargaan terhadap usaha dan pencapaian China dalam perlindungan sumber air, sistem ekologi, sumber geologi dan alam sekitar.
Difahamkan, forum kali ini berjaya menarik penyertaan pakar dari lebih 20 negara dan wilayah Asia secara dalam dan luar talian.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 28 2022
Forum kali ini berjaya menarik penyertaan pakar dari lebih 20 negara dan wilayah Asia secara dalam dan luar talian. - Gambar hiasan
Operasi memburu penyerang Saif Ali Khan masuk hari ketiga
Rakaman CCTV memaparkan kelibat suspek , sedang membeli sebuah telefon bimbit sekitar jam 9 pagi, kira-kira enam jam selepas kejadian.
Malaysia sasar daftar 5,000 syarikat permula tahun ini - Chang
Malaysia menyasarkan untuk mendaftar 5,000 syarikat permula baharu menjelang pada tahun ini, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
Skuad hoki dalam dewan berdepan kumpulan maut di Piala Dunia
Skuad hoki dalam dewan lelaki berdepan tugas getir pada penampilan sulung Piala Dunia 2025 di Porec, Croatia, dari 3 hingga 9 Februari depan.
Nigeria sertai BRICS sebagai negara rakan - Kementerian Luar Brazil
Nigeria kini secara rasmi menjadi negara kesembilan yang menyertai BRICS sebagai negara rakan, menurut kenyataan Kementerian Luar Brazil.
Fokus Minggu Depan: ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau
Bersama Siti Nuraqila Omar membincangkan tentang ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau.
ASEAN 2025: Malaysia, Thailand dan Brunei kongsi kebimbangan situasi di Myanmar
Kementerian Luar Negeri berkata situasi di Myanmar menjadi antara isu yang berbangkit dalam kedua-dua mesyuarat bilateral melibatkan Malaysia hari ini.
JIM Terengganu tahan 15 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 15 pendatang tanpa izin dalam Operasi Sapu dan Selera di sekitar tapak pembinaan kawasan industri Kertih, Kemaman semalam.
Jurulatih selam wanita rugi lebih RM300,000 terperdaya pelaburan saham di Facebook
Seorang jurulatih selam di sini kerugian RM304,422 setelah terperdaya dengan pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.
Suspek lari dari IPD Tangkak ditahan semula
Polis menahan semula penjenayah yang melarikan diri dari tahanan IPD Tangkak, di sebuah rumah di Kluang pagi tadi.
Putin yakin inisiatif forum BRICS akan tingkat kedudukan ekonomi global ahli
Setiap negara akan membentangkan laporan kebangsaan, berkongsi pengalaman dan inisiatif mereka untuk menyatukan kesatuan sekerja.
Naikkan nilai martabat manusia cara tangani krisis global
Martabat manusia boleh berfungsi dalam mencari pendekatan yang lebih berkesan dan berperikemanusiaan untuk menyelesaikan pelbagai masalah.
Forum hak asasi manusia tumpu isu alam, perubahan iklim
Forum kali ini berjaya menarik penyertaan pakar dari lebih 20 negara dan wilayah Asia secara dalam dan luar talian.
Tiada permit, forum tampil empat calon Kuala Selangor batal
Penganjur memohon maaf atas pembatalan forum itu yang sepatutnya diadakan di One Plaza pada jam 8 malam.
Kerajaan Kelantan laksana sesi libat urus untuk gubal lima dasar
Dasar ini bertujuan menegakkan keadilan tanpa meminggirkan kemajuan di segenap bidang.
Malaysia anjur Forum Menteri-menteri Gas IEF-IGU ke-7
Kerajaan Malaysia akan diwakili oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri.
Forum bincang pengalaman wanita buka tudung disiasat JAIS - Mujahid
Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dalam satu kenyataan berkata, perkara itu diambil maklum dan dipandang serius.
Persediaan mula dilaksanakan sempena APEC 2020 - Rebecca
Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik merupakan forum ekonomi serantau yang dibentuk pada 1989 bertujuan memanfaatkan peningkatan kesalingbergantungan rantau Asia-Pasifik.
Dr Mahathir tolak pelawaan forum dengan Abdul Hadi
Bagaimanapun, Perdana Menteri tidak menolak kemungkinan untuk berforum dengan Abdul Hadi pada waktu lain.
Pihak berkuasa Thai hentikan forum kontroversi mengenai Jeneral Myanmar
Pihak berkuasa tidak memberikan penjelasan berhubung pembatalan forum "Will Myanmar's General Ever Face Justice For International Crimes" itu.