KOTA BHARU: Bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan Bawah 23 (B-23), Frank Bernhardt dilantik sebagai Pengarah Teknikal TRW Kelantan FC bagi memacu pasukan itu ke arah lebih baik sepanjang saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Kelantan FC dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan Bernhardt itu bagi menggantikan pengarah teknikal sebelum ini Nasir Yusuf.
"Beliau (Frank Bernhardt) mempunyai pengalaman sebagai ketua jurulatih bersama Skuad B-23 Malaysia dan UiTM FC yang beraksi pada saingan Liga-M.
"Jurulatih berasal dari Kiel, Jerman ini juga memiliki sijil kejurulatihan UEFA Pro daripada German Sport University di Cologne, selain pernah menjadi Pengarah Teknikal Estonia FA (2007-2012 ) dan Azerbaijan FA (2014-2017)," menurut kenyataan itu,
Menurut Kelantan FC, perlantikan pengarah teknikal adalah antara syarat wajib dalam perlesenan kelab di bawah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL),
Bernhardt, yang pernah bermain untuk kelab Werder Bremen, akan bertanggungjawab sepenuhnya memantau dan menilai unit kejurulatihan serta hal-hal berkaitan teknikal pasukan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 25 2023

Bernhardt menggantikan pengarah teknikal sebelum ini Nasir Yusuf. - Fail/BERNAMA

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Frank Bernhardt ketua jurulatih Kelantan FC baharu
Perkara itu diumumkan oleh Kelantan FC menerusi satu hantaran ringkas yang dimuat naik menerusi entri laman sosial Facebook rasmi pasukan sebentar tadi.

Frank Bernhardt dilantik Pengarah Teknikal Kelantan FC
Frank Bernhardt dilantik Pengarah Teknikal TRW Kelantan FC bagi memacu pasukan itu ke arah lebih baik sepanjang saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Bernhardt tinggalkan Davies, Shamie
Menurut Bernhardt, kedua-dua pemain berkenaan mengalami kecederaan selepas beraksi bersama pasukan masing-masing dalam perlawanan Liga Super, pada Sabtu.

Bernhardt akur anak buah gagal pamer aksi baik
Kepahitan yang terpaksa ditelan skuad B-22 negara yang tewas 2-1 di tangan Bahrain pada aksi persahabatan kedua di Stadium UiTM, Shah Alam.

Skuad Bernhardt mampu raih emas Sukan SEA 2017 - FAM
Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, beliau yakin fokus pengendali kelahiran Jerman itu tidak terjejas dalam mempersiapkan skuad B-23.