ISTANBUL: Delegasi Malaysia dijadual menghadiri latihan tanpa kekerasan (non violence training) pada Sabtu ini.
Turut bersama-sama Malaysia menyertai sesi latihan berkenaan ialah beberapa delegasi antarabangsa lain antaranya dari Kanada, Algeria, Belanda, Jerman, New Zealand dan Scotland.
Perkara itu dimaklumkan wakil dari Freedom Flotilla Coalition (FFC) sewaktu penyampaian taklimat kepada semua delegasi terlibat di sini, pada petang Khamis.
Kesemua delegasi Malaysia tiba di sini sekitar pukul 2.47 petang Khamis (waktu tempatan) bagi menyertai misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla.
Non violence training yang dianjurkan selama dua hari (Jumaat dan Sabtu) perlu disertai semua delegasi kerana ia merupakan syarat utama untuk menyertai Freedom Flotilla to Gaza untuk edisi ini.
Latihan berkenaan diberikan dengan tujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi oleh pihak berkuasa Israel sepanjang misi berlangsung.
Seperti yang diumumkan sebelum ini, sebuah kapal kargo 5,000 tan dan dua buah kapal penumpang yang boleh memuatkan lebih 1,000 orang dijadual belayar pada 21 April ini (Ahad) sekiranya segala yang dirancang berjalan lancar..
Kapal-kapal ini akan membawa bantuan kemanusiaan yang mendesak seperti bantuan perubatan, pek makanan, pakaian, khemah perlindungan dan beberapa buah kenderaan termasuk lapan buah ambulans.
Antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa yang terlibat dalam misi kali ini ialah Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Insani Yardim Vakfi (IHH), Ship to Gaza Norway, Rumbo A Gaza dan US Ship to Gaza.
Tidak ketinggalan Sweeden Ship to Gaza, Canadia Boat to Gaza, Freedom Flotilla Italia, Kia Ora to Gaza, Palestine Solidarity Alliance, Mavi Marmara Freedom and Solidarity Association, Miles of Smiles dan Free Gaza Australia.
Delegasi Malaysia yang menyertai misi Freedom Flotilla to Gaza termasuk Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Datuk Seri Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha dan Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Kamarul Zaman Shaharul Anwar.
Tidak ketinggalan dua Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Dr Fauziah Mohd Hasan dan Norsham Abu Bakar.
Sementara dua wakil media Malaysia yang menyertai misi kali ini pula ialah dua petugas dari Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan dua wakil dari Astro AWANI.
Bernama diwakili Muhammad Hafizuddin Mohd Yusof dan Mohammad Nulhakim Jailan manakala Astro AWANI diwakili Syafik Shukri Abdul Jalil dan Ab Uzza Ab Latiff.
Syafik Shukri Jalil
Thu Apr 18 2024

Delegasi Malaysia tiba di Istanbul sekitar pukul 2.47 petang Khamis (waktu tempatan) bagi menyertai misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kapal Handala milik FFC ke Eropah Utara, anjur protes tentang kekejaman Israel di Gaza
Kapal Handala milik Freedom Flotilla Coalition (FFC) akan belayar ke beberapa negara di utara Eropah sebelum meneruskan pelayaran ke Gaza.

Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.

Freedom Flotilla to Gaza: AS terus beri tekanan kepada Turki
AS yang merupakan rakan sekutu Israel dilaporkan terus memberi tekanan yang hebat kepada Turki untuk tidak memberi kebenaran pelayaran misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza.

Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.

Gaza Freedom Flotilla: Setiap peserta akan diwakili peguam dilantik FFC
Ia sebagai persediaan bagi membantu setiap peserta sekiranya mereka ditahan oleh tentera rejim dan dipenjarakan.

Gaza Freedom Flotilla: Keselamatan peserta misi diberi keutamaan - FFC
Sebelum memulakan pelayaran, FFC akan memberi taklimat keselamatan khusus buat peserta mengenai aspek keselamatan lain dengan lebih terperinci.

Gaza Freedom Flotilla: Tarikh akhir pelayaran tiga kapal akan dinilai semula - FFC
Tarikh akhir pelayaran tiga kapal terlibat yang dijadual pada 21 April ini hanya akan ditentukan melihat kepada situasi dan keadaan semasa.

Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.

Freedom Flotilla ke Gaza: Aktivis Malaysia berlepas ke Istanbul
Kesemua 19 anggota rombongan itu terdiri daripada doktor, aktivis kemanusiaan dan pengamal media.

Misi Freedom Flotilla ke Gaza berlepas Khamis ini
Tiga buah kapal termasuk sebuah kapal kargo 5,000 tan dan dua kapal penumpang yang boleh memuatkan lebih 1,000 orang akan terlibat dalam misi ini.