KUALA LUMPUR:Pekerja barisan hadapan lebih memerlukan bantuan dari aspek kesihatan mental berbanding orang lain ketika negara masih belum berhenti memerangi COVID-19.
Maklumat itu diperolehi daripada dapatan kajian Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) yang menunjukkan 73 peratus daripada 3,500 responden berasakan sedemikian.
Timbalan Ketua Delegasi ICRC, Zurab Burduli berkata, pekerja barisan hadapan lebih memerlukan bantuan mengatasi masalah mental agar mereka dapat terus berkhidmat dengan efisien kepada masyarakat.
“Daripada tinjauan itu, kebanyakan responden, sekitar 73 peratus setuju bahawa pekerja kesihatan barisan depan lebih memerlukan sokongan mental daripada orang biasa.
“Kita harus ingat garis depan ini mulai dari pekerja kesihatan, pekerja masyarakat dan sosial, banyak lagi yang terdedah secara langsung kepada COVID-19.
“Mereka bekerja berjam-jam, mereka harus berdepan dengan situasi tertekan ini, dan kadang-kadang dengan stigma dalam masyarakat,” katanya kepada Astro AWANI.
Tambahnya, dalam memastikan kesihatan mental sentiasa dalam keadaan terbaik dalam tempoh pandemik sekarang, beliau menasihatkan agar setiap individu harus mengambil berat setiap maklumat yang diedarkan.
“Akses kepada maklumat sangat penting. Akses kepada maklumat mengurangkan kegelisahan dan perasaan tidak yakin.
“Penyediaan maklumat yang tepat pada masanya, memastikan orang mengetahui tentang apa yang ada sekarang mengenai wabak itu sangat penting.
“Tidak ada kesihatan tanpa kesihatan mental dan ia harus menjadi sebahagian daripada tindak balas kesihatan awam pada COVID-19 sejak hari pertama,” ujar beliau lagi.
Astro Awani
Sat Oct 10 2020

Pekerja barisan hadapan lebih memerlukan bantuan mengatasi masalah mental agar mereka dapat terus berkhidmat dengan efisien kepada masyarakat.

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.

ICRC seru salur bantuan kemanusiaan ke Gaza
Lebih 400,000 orang masih terperangkap di utara Gaza untuk hari ke-10 ketika tentera Israel meneruskan pencerobohan darat ke atas kem Jabalia dan Beit Lahia.

Ulang Tahun Konvensyen Geneva ke-75 disambut dengan kebimbangan
Undang-undang kemanusiaan antarabangsa berada di bawah tekanan, diabaikan dan diperkecilkan, kata Presiden ICRC, Mirjana Spoljaric.

Sejumlah 56 tebusan dibebaskan pada hari kedua
Hamas menyerahkan kesemua 17 tebusan kepada Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).

Menteri Kesihatan Palestin minta ICRC desak Israel hentikan serangan ke atas Gaza
Beliau berkata demikian ketika mengadakan mesyuarat tergempar dengan perwakilan ICRC di Baitulmaqdis dan penyelaras hal ehwal kesihatan.

Palang Merah sedia beri bantuan kepada Gaza
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) bersedia memberikan bantuan kesihatan kepada Israel dan Semenanjung Gaza apabila diperlukan.

ICRC bimbang keadaan loji nuklear Ukraine, akses kepada tawanan perang
Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan di loji kuasa nuklear Zaporizhzhia dikuasai Rusia dan nasib tahanan perang (POW) dalam konflik Ukraine-Rusia.

Saifuddin cadang ICRC dimasukkan dalam pasukan petugas bantuan kemanusiaan Myanmar
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah mencadangkan supaya Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) di masukkan dalam Pasukan Petugas Myanmar.

Serangan siber terhadap ICRC, data peribadi 515,000 orang terjejas
Serangan siber yang canggih terhadap pelayan komputer milik ICRC telah dikesan minggu ini.

Krisis Afghanistan: ICRC gesa Bank Dunia henti sekat dana
Menurut Peter Maurer, sekatan berkenaan hanya akan menjejaskan sistem kesihatan Afghanistan.

Misi kemanusiaan: ICRC gesa operasi menyelamat mangsa di Gaza
Kesepakatan keputusan tersebut boleh dijayakan walaupun belum ada pengesahan antara kedua-dua pihak.