KUALA LUMPUR: Syarikat pengimejan, Fujifilm Business Innovation baru-baru ini mengumumkan pelancaran dua penyelesaian dan penawaran perkhidmatan baharu yang direka khas untuk membantu transformasi digital (DX) perniagaan tempatan.
Pengurus Besar Fujifilm Business Innovation Malaysia berkata, John Won berkata, perkhidmatan berkenaan dikhususkan untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ke arah transformasi digital.
Beliau menjelaskan, antara tawaran yang dikongsikan dalam satu acara khas ‘Memimpin Dunia dengan Perniagaan DX’ adalah Fujifilm IWpro atau ruang kerja berstruktur awan dan Perkhidmatan Pakar IT.
"Aliran kerja digital adalah penting untuk sesebuah landskap perniagaan berkembang maju.
"Dengan pelancaran FUJIFILM IWpro dan Perkhidmatan Pakar IT, kami komited untuk memperkasakan PKS Malaysia dalam menerima DX.
"Kami berharap teknologi itu dapat membantu perniagaan dalam mengubah gaya kerja mereka dan mengoptimumkan operasi melalui perkhidmatan kami," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
John Won menambah, sebagai ruang kerja bersepadu, Fujifilm IWpro memudahkan kerjasama dengan menyambung kepada pelbagai sistem sedia ada, membolehkan perkongsian data mudah dengan pihak berkepentingan dalaman dan luaran.
Menurutnya, pelbagai pengguna akan dapat mengakses dan melaksanakan pelbagai tugas data pada Fujifilm IWpro, yang menyediakan pengoptimuman aliran kerja, pengurusan dokumen yang cekap dan keupayaan pencetakan berasaskan awan yang serba boleh.
"Melalui Perkhidmatan Pakar IT, PKS akan mempunyai akses kepada pasukan IT mahir yang bukan sahaja memantau sistem IT tetapi juga mengenal pasti dan menangani isu berkaitan dengan tepat pada masanya melalui meja sokongan (help desk) dengan pemantauan dan pengurusan jarak jauh.
"Daripada penyelenggaraan harian kepada kerosakan utama dan juga sokongan di tapak, pasukan perkhidmatan pakar IT melengkapkan pasukan IT dalaman dengan lancar untuk meningkatkan kecekapan, mengurangkan perbelanjaan dan keselamatan yang dipertingkatkan.
FUJIFILM Business Innovation komited untuk mencipta Customer Happy eXperience” (CHX) dengan pendekatan yang mengutamakan pelanggan bagi menyokong semua inovasi dan teknologi memacu produk, penyelesaian dan
perkhidmatan.
Untuk maklumat lanjut boleh melayari www.fujifilm.com/fbmy atau www.facebook.com/FUJIFILMBIMalaysia.
Astro Awani
Mon May 20 2024

John Won berkata, perkhidmatan berkenaan dikhususkan untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ke arah transformasi digital. - Foto FUJIFILM

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Fujifilm tekad bantu perkasa PKS dalam perjalanan transformasi digital
Perkhidmatan berkenaan dikhususkan untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ke arah transformasi digital.