Penggabungan universiti sentiasa akan membuahkan hasil yang baik selain menghasilkan sinergi yang bagus dan melonjakkan mutu institusi-institusi yang terlibat.
Menurut Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Profesor Ir R. Badlishah Ahmad, sebarang usaha bagi mengabungkan universiti tidak akan menghilangkan identiti, nama atau mengganggu visi universiti itu, malah akan melonjakkan ia ke arah yang lebih baik.
Katanya, ramai lebih mementingkan nama serta identiti universiti tanpa fikir kebaikan yang akan didapati dari usaha penggabungan itu.
"Bagi saya kita perlu lihat bahawa gabungan banyak beri impak positif, kadang-kadang kita terlalu sensitif dengan nama yang akan hilang serta identiti akan hilang.
“Saya kecewa beberapa dakwaan di dalam Facebook yang mengatakan penggabungan ini akan menyebabkan ramai dibuang kerja, yang akan dibuang mungkin pengurusan tertinggi, seperti Naib Canselor yang dulunya ada dua selepas itu mungkin tinggal satu,” katanya dalam program AWANI Pagi di sini, pada Khamis.
Badlishah hadir ke AWANI Pagi dalam membicarakan mengenai kejayaan UniMAP yang tersenarai antara sembilan buah universiti awam dalam negara yang menerima penarafan dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings 2020.
Terdahulu, Khamis lalu, lebih 1,000 pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berhimpun untuk menyatakan bantahan terhadap cadangan penggabungan universiti itu dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza).
Jemaah menteri pada 4 September lalu bersetuju secara prinsip dengan cadangan penggabungan UMT dan Unisza.
Azyyati Ahmad
Thu Sep 19 2019

Penggabungan universiti sentiasa akan membuahkan hasil yang baik selain menghasilkan sinergi yang bagus. - Foto Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Gabung universiti sentiasa bawa impak positif - Naib Canselor UniMAP
Penggabungan universiti sentiasa akan membuahkan hasil yang baik selain menghasilkan sinergi yang bagus.

Penggabungan universiti sukar, setiap universiti ada visi, misi masing-masing
Sekiranya universiti-universiti ini digabungkan, bagaimana mereka hendak menentukan bidang pengajian yang hendak ditawarkan kelak kepada para pelajar?

KPM jamin tiada pensyarah diberhentikan kerja akibat gabung UMT dan UniSZA
Dengan penggabungan berkenaan, pensyarah akan menjadi lebih dinamik, berdaya saing dan para pelajar akan menjadi lebih berdaya saing di dalam merebut peluang pekerjaan.

Mahasiswa bantah gabung UMT, UniSZA
Himpunan anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama Kesatuan Alumni MPP UMT itu berlangsung selama lebih satu jam bermula jam 5.30 petang Khamis.

Lembaga Pengarah UMT akan bincang cadangan penggabungan dengan UniSZA
Lembaga akan membincangkan keputusan Kabinet mengenai perkara ini dan bagaimana penggabungan itu akan dilaksanakan.