SUNGAI PETANI: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Kedah malam tadi melancarkan manifesto gabungan itu yang mengandungi empat teras utama sebagai tawaran kepada rakyat Kedah sekiranya berjaya merampas negeri ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.
Empat teras itu adalah reformasi politik dan urus tadbir yang telus; pembangunan dan pengurusan ekonomi yang progresif; pembangunan sosial yang harmoni; serta pengurusan sumber hasil yang mampan.
Pengerusi Bersama Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata manifesto yang ditawarkan itu adalah hasil himpunan pemikiran bersama pimpinan BN dan PH bertujuan memastikan masa depan lebih baik untuk rakyat negeri ini.
Dalam ucapannya, Mahdzir yang juga Pengerusi BN Kedah turut mengingatkan para pengundi terutama golongan pengundi muda untuk memilih secara rasional dan bukannya berasaskan emosi yang didorong fitnah dan dijadikan modal pihak tertentu.
"Maknanya (jadi kerajaan) kita kena kreatif barulah boleh jaga golongan belia. Bagi kami jadi kerajaan, kami tahu apa nak buat," katanya pada Majlis Pengumuman dan Pengenalan Calon serta Pelancaran Manifesto Perpaduan Negeri Kedah, di sini, semalam.
Turut hadir Ketua Setiausaha Sekretariat Perpaduan Nasional Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi PH Kedah Datuk Mahfuz Omar.
PRN di enam negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Kedah akan diadakan 12 Ogos ini, manakala penamaan calon pada Sabtu ini.
Di bawah teras reformasi politik dan urus tadbir yang telus, antara lain gabungan itu mahu menyusun semula dan memperkemaskan agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) agar lebih kompeten dan berdaya-saing serta memberi pulangan kepada kerajaan negeri.
Gabungan itu juga mahu pengisytiharan harta Menteri Besar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilakukan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap dua tahun.
Di bawah teras pembangunan dan pengurusan ekonomi yang progresif, antara perkara yang ditawarkan adalah mewujudkan Tabung Bantuan Bencana Petani, Penternak dan Nelayan secara lebih khusus bagi meringankan beban kerugian akibat bencana.
Menerusi teras pembangunan sosial yang harmoni pula, gabungan itu akan bekerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan dalam mencari kaedah penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah pembekalan air bersih di seluruh Negeri Kedah dengan lebih efektif.
Bagi teras pengurusan sumber hasil yang mampan pula, antara perkara yang digariskan ialah memastikan sifar pencerobohan hutan simpan kekal ke arah menjadikan Kedah, Negeri Lestari Pertama di Malaysia.
Gabungan itu juga mahu menoktahkan pembalakan dan perlombongan haram bagi memastikan aset dan sumber bumi negeri sentiasa terpelihara dan mengelak daripada terus berlakunya banjir kepala air, pencemaran sungai dan malapetaka yang akan mengancam nyawa rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 27 2023

Saifuddin hadir pada Majlis Pengumuman dan Pengenalan Calon Serta Pelancaran Manifesto Perpaduan Negeri Kedah di Bandar Laguna, Merbok, Sungai Petani, 27 Julai 2023. -- fotoBERNAMA

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Kesediaan hadir program di negeri pembangkang perlihat PM utamakan rakyat
Keterbukaan itu memperlihatkan sikap Perdana Menteri lebih mementingkan soal pembangunan dan kebajikan rakyat.

Bekas Speaker DUN Kedah meninggal dunia
Kesihatan bapanya merosot sejak dua minggu lepas dan dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta sebelum dipindahkan ke HSB.

Azraai Khor berdedikasi, utamakan kebajikan pemain - Mahdzir
Allahyarham Mohd Azraai Khor Abdullah yang membimbing pasukan bola sepak Kedah antara 2004 hingga 2009 disifatkan sebagai seorang yang berdedikasi.

PRN: BN Kedah akui kekalahan, terima keputusan rakyat - Mahdzir
Barisan Nasional (BN) Kedah akur dengan keputusan yang diperoleh pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) kali ini.

Mahdzir Khalid kalah di Pedu
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah hari ini.

PRN: Pedu akan jadi hab pengeluaran getah asli, tarik minat pelabur - Tok Det
Mahdzir berhasrat untuk menjadikan Pedu sebagai lubuk pengeluaran hasil getah.

Rakyat digesa pilih pemimpin mampu tadbir - Mahdzir
Kemajuan negeri bergantung kepada hubungan yang baik antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

PRN: Gelombang penolakan terhadap BN di Kedah sudah reda - Mahdzir
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata gelombang penolakan terhadap BN sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas dilihat kini telah reda.

PRN: Mahdzir anggap diri calon 'underdog', mahu rampas kerusi Pedu
Situasinya kini hampir menyamai tahun 2004 apabila kembali bertanding di DUN Pedu dan berjaya merampas kerusi daripada wakil rakyat Pas.

Gabungan PH, BN lancar Manifesto Perpaduan Negeri Kedah
Manifesto itu adalah hasil himpunan pemikiran bersama pimpinan BN dan PH bertujuan memastikan masa depan lebih baik untuk rakyat Kedah.