Ibu bapa boleh dianggap sebagai mengabaikan kesihatan kanak-kanak sekiranya mereka memilih untuk tidak memberi imunisasi kepada anak-anak mereka, menurut Immunise4life, inisiatif pendidikan komuniti bagi menggalakkan imunisasi untuk semua peringkat umur.
Pengerusi Immunise4life Prof Datuk Dr Zulkifli Ismail hari ini berkata isu pengabaian telah termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001.
"Sekiranya tidak melakukan sesuatu untuk melindungi kanak-kanak (menjaga kesihatan mereka), dan kanak-kanak itu terjejas, (dengan penyakit berbahaya) kita boleh mengambil tindakan terhadap ibu bapa," katanya kepada Bernama semasa ditemui pada Persidangan Halal Antarabangsa Pulau Pinang 2019, di sini.
Dr Zulkifli berkata kanak-kanak yang tidak menerima imunisasi mempunyai risiko yang tinggi dijangkiti penyakit berbahaya seperti difteria dan campak tetapi mereka tidak boleh dihalang daripada menghadiri sesi persekolahan.
"Jika kita menghalang kanak-kanak daripada ke sekolah, itu terlalu keterlaluan. Ini kerana telah termaktub dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak bahawa kerajaan perlu memberi pendidikan kepada kanak-kanak sekurang-kurangnya sehingga peringkat sekolah rendah," katanya.
Sehingga kini, kerajaan tidak mewajibkan tadika dan sekolah-sekolah meminta dokumentasi imunisasi kanak-kanak.
Dr Zulkifli berkata inisiatif perlu diambil sekurang-kurangnya mengetahui status imunisasi kanak-kanak.
Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pembangunan Luar Bandar Negeri Dr Afif Bahardin dalam ucapan perasmian persidangan itu berkata penekanan orang Islam terhadap aspek halal dari segi makanan dan penggunaan perubatan memberi impak yang besar kepada pasaran halal global.
Beliau berkata kajian yang dijalankan Sekretariat Halal Sedunia menunjukkan pasaran halal global pada 2010 bernilai US$2.3 trilion (RM9.37 trilion) dengan 67 peratus daripadanya mewakili industri makanan, 22 peratus industri farmaseutikal manakala selebihnya bidang potensi lain.
Persidangan itu yang dianjurkan oleh kerajaan negeri dan Hab Halal Antarabangsa Pulau Pinang (PIHH) akan membincangkan isu halal berkaitan farmaseutikal, pelancongan perubatan dan hospitaliti, penyelidikan dan bahan produk, vaksinasi dan imunisasi serta industri penjagaan kesihatan secara keseluruhan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 02 2019

Status imunisasi kanak-kanak bukan suatu perkara yang boleh dipandang remeh. - Gambar hiasan

Estonia umum bantuan ketenteraan AS$104 juta untuk Ukraine
Kerajaan Estonia membuat keputusan untuk membeli 10,000 peluru artileri dan menghantarnya ke Ukraine secepat mungkin.
AWANI Ringkas: Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 Februari 2025
1️⃣ Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
2️⃣ Dipenjara dua bulan curi baju, tudung dan selipar
3️⃣ Ismail Sabri perlukan pemantauan rapi
#awaniringkas
1️⃣ Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
2️⃣ Dipenjara dua bulan curi baju, tudung dan selipar
3️⃣ Ismail Sabri perlukan pemantauan rapi
#awaniringkas
AWANI Global: Siapa pemenang persaingan global AI
Siapakah yang menguasai dan menerajui perlumbaan AI masa kini? Apakah impak perkembangan AI genaratif dan cabaran mengoptimumkan kapasiti model AI?
Diskusi dan analisis bersama TS Dr Aznul Qalid mengenai persaingan AI pasca ChatGPT dan Deepseek dalam AWANI Global 9 malam ini.
Diskusi dan analisis bersama TS Dr Aznul Qalid mengenai persaingan AI pasca ChatGPT dan Deepseek dalam AWANI Global 9 malam ini.

Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi, seperti yang tular di media sosial.

Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima.
[TERKINI] Dua platform jualan dalam talian turunkan iklan `gummy'
KKM mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy', sebelum ini dilaporkan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
KUSKOP peruntuk RM12 juta tahun ini - Ewon
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memperuntukkan RM12 juta bagi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) tahun ini.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.
Dipenjara 2 bulan, denda RM1,000, curi baju, tudung, selipar
Seorang suri rumah dipenjara dua bulan dan didenda RM1,000 kerana mencuri beberapa barangan, termasuk pembersih muka di sebuah pasar raya.

Bekas suami isteri didakwa dedah, aniaya anak perempuan
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Wanita diarah jalani khidmat masyarakat 240 jam kerana tinggal anak tanpa jagaan
Seorang ibu hari ini diperintah melaksanakan khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh enam bulan, kerana mengabaikan tiga anaknya.

Tindakan tegas terhadap individu zalimi kanak-kanak - MB Johor
Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap mana-mana individu yang menzalimi kanak-kanak, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Ibu, bapa tiri dilepaskan tuduhan cuai cederakan anak
Suami isteri dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas pertuduhan bertindak cuai terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, dua bulan lalu.

Wujudkan jabatan khas tangani isu kanak-kanak didera, buli - Permaisuri Johor
Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bertitah agar kerajaan melihat kepada kemungkinan mewujudkan sebuah jabatan khas untuk menangani isu kanak-kanak termasuk penderaan dan buli.

Pasangan kekasih mengaku tak bersalah dedah kanak-kanak kepada bahaya
Sepasang kekasih mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan mendedahkan seorang kanak-kanak kepada bahaya sehingga mendatangkan kecederaan fizikal.

Wanita didakwa abai bayi hingga meninggal dunia
Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan mengabaikan seorang bayi perempuan berusia tiga bulan hingga menyebabkan kematian, awal bulan ini.

Kanak-kanak tertelan dadah sudah dipindahkan, namun masih lemah
Menurut ibu kepada kanak-kanak itu, anaknya sudah mulai senyum dan menyapa apabila dipanggil namanya.

Tiada kompromi terhadap pelaku kes dera kanak-kanak - Ras Adiba
Ras Adiba sarankan Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 dipinda segera bagi membolehkan pelaku dikenakan hukuman lebih berat dan setimpal.

Wanita ditahan bantu siasatan bayi diasuh mati lemas
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung seorang bayi perempuan berusia 18 bulan yang dijaganya meninggal dunia dipercayai kerana lemas.