KOTA BHARU: Kegagalan mendapatkan rawatan awal kerana lebih percaya kepada perubatan tradisional menyebabkan hanya 70 hingga 80 peratus pesakit mental dapat dipulihkan setelah dirawat di hospital.
Ketua Jabatan Psikiatri Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Dr Fariza Yahya berkata kebanyakan pesakit mental tampil mendapatkan rawatan di hospital setelah lebih dua tahun mengalami masalah tersebut.
"Ramai pesakit yang kita jumpa menyatakan bahawa keluarga mereka mendapatkan rawatan bomoh terlebih dahulu, tetapi apabila melihat keadaan pesakit semakin teruk barulah mereka datang ke hospital.
"Kelewatan mendapatkan rawatan awal menyebabkan ramai pesakit tidak dapat sembuh 100 peratus berikutan keadaan tahap pemikiran mereka (pesakit) telah merosot," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Projek Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI) di Klinik Kesihatan Ketereh di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob dan Ketua Cawangan Program 'Return To Work' Perkeso Rosmawati Mat.
Dr Fariza berkata rawatan awal penting bagi memastikan pesakit sembuh dan dapat menjalani kehidupan normal termasuk boleh bekerja, namun mereka masih perlu mengambil ubat seperti yang disarankan doktor.
Menurutnya bagi program MENTARI, pesakit dalam pemulihan akan diberi kemahiran dalam bidang yang mereka minat seperti berniaga, membuat ais krim, burger dan bekerja dengan majikan.
"Pada masa sama, lebih 2,000 kes baharu setahun melibatkan pesakit mental direkodkan termasuk dari segi kelakuan, yang berdaftar untuk mendapatkan rawatan di Jabatan Psikiatri HRPZ II.
"Dalam tempoh sebulan, kita terima 200 hingga 300 kes baharu termasuk individu yang berusia belasan tahun dan paling muda adalah 13 tahun. Remaja dalam kalangan ibu bapa bercerai juga didapati ramai mengalami masalah mental," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 08 2023

Kebanyakan pesakit mental tampil mendapatkan rawatan di hospital setelah lebih dua tahun mengalami masalah tersebut. - Gambar hiasan

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Nahas lima kenderaan di Kajang: Van langgar ambulans berhenti rawat mangsa kemalangan
Naazron berkata sebelum itu, terdapat kemalangan lain berlaku di lokasi berkenaan yang membabitkan sebuah kereta dan sebuah motosikal.

KKM siasat punca tiga sekeluarga dijangkiti pertussis - Dr Zaliha
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menyiasat punca tiga sekeluarga di Kampung Bahagia, Rompin, Pahang yang dijangkiti wabak pertussis (batuk kokol), kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Gagal dapatkan rawatan awal, hanya 70-80 peratus pesakit mental pulih
Kebanyakan pesakit mental tampil mendapatkan rawatan di hospital setelah lebih dua tahun mengalami masalah tersebut.

Banjir: Terengganu sediakan hospital sementara di setiap daerah
Ia bagi memudahkan mangsa banjir di PPS yang mengalami masalah kesihatan mendapatkan rawatan awal.

Cuka rawatan awal sengatan ubur-ubur
Orang ramai boleh menggunakan cuka sebagai rawatan awal untuk sengatan ubur-ubur, kata Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Wan Muhammad Aznan Abdullah.

Tujuh penumpang nyaris maut dalam nahas bas ekspres, lori
Apabila jentera tiba di lokasi, didapati tujuh mangsa mengalami kecederaan tetapi tiada yang tersepit.

Kanser payudara: Amalan 'lihat, rasa dan respon' mampu selamatkan nyawa
Rawatan kanser payudara tidak perlu melibatkan pembedahan membuang keseluruhan payudara jika ia dapat dikesan lebih awal sekaligus menyelamatkan nyawa.

9 nyaris maut 4WD terbabas lalu terbalik di Sandakan
Kenderaan dinaiki mangsa yang sedang dalam perjalanan ke arah Tanah Merah, dekat sini, terbabas ke bahu jalan lalu terbalik.

Masalah mental: Rawatan awal dapat elakkan penyakit lebih serius
Orang ramai yang mempunyai anggota keluarga mengalami masalah kesihatan mental terutama pada peringkat awal perlu menghantar mereka untuk menerima rawatan bagi mengelakkan penyakit itu semakin serius.

Lewat dapatkan rawatan leptospirosis punca pesakit maut - KP Kesihatan
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata simptom penyakit itu akan mula dirasai selepas beberapa hari mengunjungi pusat perkelahan yang tercemar dengan bakteria leptospira itu.