KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara sehari serta denda RM100,000 terhadap Pengarah CTB Solutions Sdn Bhd Amirruddin Nin kerana gagal hadir di hadapan Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk diperiksa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram, enam tahun lepas.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin yang menolak rayuan Amirruddin, 53, berkata mahkamah mendapati sabitan oleh hakim Mahkamah Sesyen bagi pertuduhan pertama adalah selamat kerana terdapat keterangan kukuh untuk mensabitkan perayu.
"Pada pandangan saya, hakim bicara telah menggunakan budi bicaranya dengan betul dan tiada alasan untuk saya mengganggu dapatan hakim bicara yang mendapati perayu bersalah atas pertuduhan pertama dan mensabitkannya.
"Mahkamah mendapati kesalahan bagi pertuduhan pertama berjaya dibuktikan pendakwaan melampaui keraguan munasabah. Oleh itu, sabitan hakim bicara bagi pertuduhan pertama dikekalkan," katanya.
Bagaimanapun, hakim itu mengetepikan sabitan dan hukuman bagi pertuduhan kedua dan ketiga terhadap Amirruddin selepas mendapati perayu tidak perlu dituduh dengan kedua-dua tuduhan itu kerana ia berkaitan siasatan sama selain memerintahkan denda bagi kedua-dua pertuduhan yang dibayar dikembalikan semula kepada perayu.
Sementara itu, Muhammad Jamil membenarkan rayuan Amirruddin untuk mengetepikan sabitan dan hukuman denda RM1,958,000 (denda harian RM2,000) bagi kesalahan berterusan gagal mematuhi arahan SC untuk hadir pemeriksaan selama 979 hari.
Mahkamah Sesyen sebelum ini membenarkan Amirruddin menangguhkan pelaksanaan hukuman denda RM1,958,000 itu sehingga rayuan hari ini diputuskan. Dia sudah menjalani hukuman penjara sehari dan membayar denda berjumlah RM300,000 untuk hukuman bagi ketiga-tiga tuduhan.
Pada 14 Julai 2022, Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda berjumlah RM300,000 terhadap Amirruddin selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan gagal hadir di hadapan Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Persiaran Bukit Kiara di sini pada 14 Jun dan 28 Ogos 2017 dan 18 April 2018.
Ia bagi tujuan pemeriksaan sebagaimana dikehendaki oleh perenggan 32(3)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasaan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Akta 613).
Pertuduhan dikemukakan mengikut perenggan 32(8)(a) Aka 613 dan boleh dihukum di bawah subseksyen 32(8) akta sama membawa hukuman denda maksimum RM3 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya dan dalam hal kesalahan berterusan, hendaklah sebagai tambahan didenda tidak melebihi RM3,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya yang kesalahan itu terus dilakukan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aaron Abhilash Paul Chelliah manakala peguam Joshua Tay mewakili Amirruddin.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 28 2023

Mahkamah mendapati sabitan oleh hakim Mahkamah Sesyen bagi pertuduhan pertama adalah selamat kerana terdapat keterangan kukuh untuk mensabitkan perayu. - Gambar hiasan
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

Gagal hadir siasatan SC: Hukuman penjara sehari, denda terhadap pengarah syarikat kekal
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengekalkan hukuman penjara sehari serta denda RM100,000 terhadap Pengarah CTB Solutions Sdn Bhd Amirruddin Nin.