Sikap kontraktor yang kurang mementingkan aspek keselamatan di tapak pembinaan merupakan punca utama kerapnya berlaku kemalangan di kawasan itu.
Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH) Datuk Mohtar Musri berkata meskipun pemeriksaan dilakukan namun mereka gagal mematuhi prosedur keselamatan yang telah ditetapkan.
"Penguatkuasaan yang ada sudah mencukupi, cuma pelaksanaan daripada majikan (kontraktor) itu tidak efektif. Misalnya bila diperiksa, topi keselamatan tidak dipakai dan jaring keselamatan yang berkoyak tidak diganti.
"Selain itu ia juga membabitkan masalah reka bentuk, bahan yang tidak menepati spesifikasi dan pemasangan yang tidak sesuai," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Pada 25 Ogos lepas, seorang wanita maut selepas kereta yang sedang dipandunya tiba-tiba dihempap besi penyangkut kren yang terjatuh di Jalan Raja Chulan, Bukit Bintang di sini.
Kemudian pada 17 Okt, seorang pegawai Pertubuhan Berita Nasional Malaysia(Bernama) nyaris maut apabila besi pembinaan kondominium bersebelahan Wisma Bernama menghempap keretanya ketika hendak keluar dari Wisma Bernama.
Selepas itu, pada 5 Nov pula, sepasang suami isteri maut apabila kereta dinaiki mereka dihempap sebuah mesin pencerucuk besi yang tumbang ketika melalui kawasan tapak pembinaan di Bandar Baru Bukit Raja, Klang, Selangor.
Terbaharu pada Rabu, sebuah jejambat pejalan kaki dalam pembinaan berhampiran Pangsapuri Abdullah Hukum di Jalan Bangsar di sini runtuh, menyebabkan seorang maut manakala lima lagi cedera.
Mohtar berkata kontraktor sepatutnya mengambil langkah lebih ketat dan tegas kerana mereka sudah mempunyai penyelia keselamatan dan jurutera yang melakukan pengawasan keselamatan dan menggalakkan tatakerja yang selamat di tapak pembinaan.
"Di dalam negara terdapat 16,800 tapak pembinaan dan jumlah itu adalah tinggi jika dibandingkan dengan jumlah pegawai penguat kuasa yang terhad. Namun pemeriksaan sudah dilakukan dari semasa ke semasa.
"Justeru, setiap kontraktor yang mempunyai penyelia keselamatan seharusnya melakukan kerja-kerja pemeriksaan sama ada langkah keselamatan sudah mencukupi atau sebaliknya," katanya.
Mohtar berkata dari segi penguatkuasaan, agensi lain yang turut terlibat selain DOSH ialah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Beliau menjelaskan peranan DOSH hanya memantau dari segi keselamatan mereka yang sedang bekerja sementara aspek reka bentuk dan bahan yang digunakan melibatkan CIDB manakala kelulusan adalah di pihak PBT.
Mohtar berkata sepanjang tahun lepas, kompaun sebanyak RM600,000 dikeluarkan atas lebih 20 pelbagai kesalahan, antaranya pekerja bekerja di tempat tinggi dan terbuka yang tiada hadangan, jentera berat tidak diselenggara serta pekerja tidak disediakan peralatan keselamatan yang mencukupi.
Bernama
Sat Dec 03 2016
Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH) Datuk Mohtar Musri berkata meskipun pemeriksaan dilakukan namun mereka gagal mematuhi prosedur keselamatan yang telah ditetapkan. - Gambar hiasan
[TERKINI] Pasangan suami isteri ditahan, anak tujuh tahun maut disyaki didera
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun meninggal dunia disyaki akibat didera di Kajang, Selangor.
Banjir Sarawak: Bot terbalik, empat mangsa hanyut dibawa arus
Kesemua mangsa berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba setelah menerima video tular tersebut.
AWANI Ringkas: Libatkan kerugian RM95,180
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
DeepSeek memecah ilusi di sebalik pembangunan teknologi kecerdasan buatan
DeepSeek R1 dilihat menakluki pasaran aplikasi AI di Android dan iOS, mengatasi ChatGPT sebagai aplikasi chatbot AI yang paling popular sekarang.
Jet bertembung helikopter berhampiran Lapangan Terbang Reagan Washington
Sebuah jet PSA Airlines bertembung di udara dengan helikopter Sikorsky H-60 pada Rabu.
UEL: Amorim anggap Manchester United 'paling istimewa'
Amorim masih bergelut untuk menawan hati penyokong dan kini sedang menduduki tangga ke-12 Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini.
Populasi harimau di Thailand meningkat tiga kali ganda
Tanah seluas 18,730 km persegi yang membentang di sepanjang sempadan Thailand dengan Myanmar kini mempunyai 143 ekor harimau.
Anwar serah sumbangan kepada pesakit kanser payudara sempena Tahun Baharu Cina
Sumbangan berupa wang tunai, limau mandarin dan bakul makanan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi.
Kanak-kanak tujuh tahun maut disyaki didera ibu bapa sendiri
Ibu bapa mangsa yang berusia 30 hingga 40an telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan.
Laos terima lebih empat juta pelancong pada 2024
Laos menerima lebih empat juta pelancong pada tahun lalu dengan peningkatan hampir satu juta pelawat berbanding tahun 2023.
Tingkatkan kualiti keselamatan pekerja dalam industri kelapa sawit
Polisi syarikat perlu diteliti dan dikemaskini dalam memastikan keselamatan serta kesihatan pekerja terjamin sepanjang menjalankan tugas.
JKKP keluar notis henti kerja susulan pekerja maut jatuh dari bumbung
JKKP Selangor keluarkan notis larangan bagi menghentikan aktiviti kerja membaik pulih bumbung kilang besi di Taman Perindustrian Bukit Raja, Klang, berikutan pekerja maut jatuh dari bumbung.
Insiden kren Lebuh Raya SUKE: Mayat terakhir dijangka dibawa turun menjelang tengah malam
Mayat seorang lelaki yang masih tersepit dalam insiden komponen kren runtuh di projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dijangka diturunkan pada jam 9 malam ini.
Peraturan keselamatan dan kesihatan pekerja di tapak binaan diperluas
M Kula Segaran berkata, mengikut peraturan sedia ada keselamatan dan kesihatan pekerja, dibebankan sepenuhnya kepada pihak kontraktor.
Laporan forensik lif jatuh di PPR Kerinchi siap Jumaat ini
Laporan penuh siasatan forensik kejadian lif terhempas di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di Kuala Lumpur akan diserahkan pada Jumaat ini, kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad.
Lif perlu diselenggara syarikat kompeten sebelum diaudit - JKKP
Lif perlu diselenggara syarikat penyelengara yang kompeten sebelum diaudit - JKKP
Tragedi Bukit Kukus: Laporan siasatan diumum selepas Cuti Tahun Baharu Cina
Kerajaan Negeri oleh satu panel yang dipimpin oleh Timbalan Ketua Menteri 1, dan akan diumumkan selepas cuti Tahun Baharu Cina ini.
Ketua Menteri yakin projek Lebuhraya Bukit Kukus dibina dengan selamat
Jurutera akan melihat semula reka bentuk projek itu dan membuat pembetulan sekiranya diperlukan, selepas arahan memberhentikan kerja oleh DOSH ditarik balik.
Tiada kerja pembinaan dilakukan ketika kejadian tanah runtuh - Chow
DOSH keluarkan arahan berhentikan kerja projek lebuh raya itu susulan beberapa rasuk konkrit terjatuh di lereng Jalan Tun Sardon Khamis lepas.
Tragedi pelantar kren tumbang: Syarikat berdepan tindakan jika terbukti cuai - Fadillah
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini mengesahkan pegawai dari agensi CIDB akan "turun padang" bagi menyiasat kes kren tumbang, hingga mengorbankan dua nyawa di Samarahan pada Jumaat.