KEPALA BATAS:Kerja pengubahsuaian hotel di sebuah tapak binaan di Persiaran Bertam, Kepala Batas Pulau Pinang dihentikan sementara selepas kontraktor utama gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Notis pemberhentian kerja selama empat hari mulai hari ini dikeluarkan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Pulau Pinang hari ini.
Pengarah CIDB Negeri, Zahidi Hashim berkata, pemeriksaan pihaknya mendapati kontraktor utama turut gagal mengemukakan dokumen dan permit berkaitan pembinaan rumah kongsi di dalam tapak pengubahsuaian hotel terbabit.
Selain itu, mereka juga didapati gagal menunjukkan keputusan ujian saringan COVID-19 yang dijalankan terhadap pekerja warga asing tersebut.
"Memang dari segi pematuhan, pihak kontraktor utama gagal dari sudut SOP yang ditetapkan MKN, dan pihak kami telah keluarkan notis perintah henti kerja dan minta kontraktor tunjukkan maklumat yang diperlukan.
"Dalam tempoh masa itu mereka tidak dibenarkan buat apa-apa aktiviti di tapak bina ini. Kita tak nak aktiviti sepanjang notis ni berlangsung," ujarnya.
Zahidi berkata semasa pemeriksaan di bilik kongsi itu juga pihaknya mendapati ruang yang menempatkan pekerja asing itu tidak selamat dari segi pengudaraan dan persekitaran.
"Tadi kita dah periksa dalam rumah kongsi. Keadaan dalam bilik itu mendukacitakan. Saya rasa dalam bilik mungkin seluas 8x5 kaki, mereka tempatkan sejumlah empat hingga lima orang. Tengok sistem pengaliran udara rasanya memang teruklah.
"Itu antara penyebab boleh berlakunya penyebaran COVID-19 dengan lebih cepat. KKM akan arahkan kontraktor di sini jalankan saringan COVID-19," ujarnya.
Zahidi berkata demikian selepas menyertai Op Khas Pemantauan SOP bersama beberapa agensi penguatkuasaan yang lain di Kepala Batas, Pulau Pinang pada Isnin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata dalam operasi itu, seramai 40 pekerja binaan warga asing ditahan untuk pemeriksaan.
Daripada jumlah itu, 11 orang pekerja didapati tidak mempunyai permit kerja yang sah dan mereka diserahkan kepada pihak Imigresen untuk tindakan selanjutnya.
Noorzainy berkata, jumlah keseluruhan pekerja asing di itu dianggarkan melebihi 100 orang namun kira-kira 60 daripada mereka berjaya melarikan diri ketika serbuan dijalankan.
"Kita menahan 40 orang, terdapat 11 orang yang tiada permit. Kita dapati 50 hingga 60 org telah larikan diri apabila polis dan pihak CIDB datang.
"Secara keseluruhannya kami dapati tapak pembinaan ini tidak mematuhi SOP yang ditetapkan MKN dan tindakan KKM setakat ini adalah mengeluarkan notis amaran kepada majikan kerana gagal pastikan pekerja menjalani saringan COVID-19," kata Noorzainy.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Feb 08 2021

Op Khas Pemantauan SOP telah dijalankan bersama beberapa agensi penguatkuasaan yang lain di Kepala Batas, Pulau Pinang pada Isnin. - PDRM

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Saman sekolah selepas alami tekanan mental
Ortiz menyaman sekolah itu atas dakwaan pengabaian pendidikan yang menyebabkan tekanan emosi.

SPRM tahan 16 individu disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran kelahiran
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Lima video 'deepfake' janaan AI berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan AI dan diviralkan di media sosial.
AWANI Ringkas: JDT gagal ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Prestasi S&P 500: Sehingga 12 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.

Bom Perang Dunia Kedua ditemukan di Kinarut
Bom berkenaan ditemukan oleh pekerja yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan pada pukul 1.30 tengah hari.

6 maut, 7 cedera dalam kebakaran tapak pembinaan di Busan
Enam pekerja maut dan tujuh lagi cedera dalam kebakaran di tapak pembinaan sebuah hotel di bandar pelabuhan di tenggara Busan pada Jumaat.

13 hilang tapak projek kereta api runtuh di China
Biro pengurusan kecemasan daerah Baoan melaporkan tanah di bawah tapak rel Shenzhen-Jiangmen runtuh secara tiba-tiba pada Khamis malam.

Pekerja Bangladesh maut jatuh dari ketinggian 18 meter
Notis pemberhentian serta-merta ke atas kerja-kerja melibatkan semua struktur aliran udara pada bangunan di kawasan kejadian dikeluarkan.

Pekerja asing maut terjatuh dari tingkat lapan
Mangsa terjatuh dari tingkat lapan semasa sedang melompat keluar dari gondola ke tingkap di tingkat yang sama.

Dua pekerja maut tertimbus runtuhan tanah
Mangsa tertimbus dalam runtuhan tanah dan konkrit culvert u box dengan kedalaman 0.3 meter ketika melakukan kerja-kerja pembinaan longkang.

Ceroboh tapak pembinaan, warga Myanmar dipenjara tiga bulan
Seorang lelaki warga Myanmar dipenjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menceroboh kawasan tapak pembinaan perumahan pada Jumaat lepas.

Majikan upah tonto jaga rumah kongsi pendatang tanpa izin
Operasi di projek perumahan Taman Bandar Putra Bertam menghadapi kesulitan apabila pergerakan pasukan dihidu kumpulan tonto.

Bom seberat 125kg ditemukan di tapak pembinaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra
Menurut polis, bom itu ditemukan pada 9.41 pagi ketika kerja-kerja penggalian longkang oleh pekerja di tapak pembinaan tersebut.

Kren terjatuh di Bangkok, seorang pekerja maut
Ketika kejadian operator sedang menaikkan kedua-dua mangsa yang berada dalam bakul untuk menukar cecair penyerap hentak jenis hidraulik.