KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) akan mengadakan persidangan agung tahunan pertama parti itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kota Kinabalu (SICC) pada 13 Nov ini.
Presidennya Datuk Seri Hajiji Noor berkata persidangan sehari itu akan dihadiri oleh perwakilan serta pemerhati dari 73 bahagian Gagasan Rakyat serta wakil dari Labuan.
"Kita anggarkan lebih daripada 2,000 perwakilan akan menghadiri (persidangan agung tahunan), mungkin lebih ramai lagi kalau ada pemerhati lain yang datang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat di sini, pada Jumaat.
Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Ketua Menteri berkata persidangan itu melibatkan perwakilan daripada sayap Wanita, Pemuda dan Beliawanis.
Menurut Hajiji antara perkara yang akan dibahaskan sepanjang persidangan itu termasuk ucapan dasar presiden serta usul pindaan perlembagaan parti berkenaan.
Sementara itu, Hajiji berkata setakat ini Gagasan Rakyat mempunyai lebih 200,000 ahli dan menyasarkan keahlian parti itu mencecah 300,000 orang menjelang Disember ini.
Pada 5 Feb lepas, dalam Mesyuarat Agung Khas (EGM) parti itu, Hajiji dipilih secara rasmi sebagai Presiden Gagasan Rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 03 2023

Menurut Hajiji antara perkara yang akan dibahaskan sepanjang persidangan itu termasuk ucapan dasar presiden serta usul pindaan perlembagaan parti berkenaan. - Gambar fail

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Persidangan Agung Tahunan Bersatu pada 12 -13 November depan
Persidangan Agung Tahunan (PAT) Parti Bersatu akan diadakan dari 12 hingga 13 Nov depan, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Persidangan Agung Tahunan Bersatu 18-19 Disember
Persidangan peringkat cawangan akan diadakan 9 hingga 30 Okt, peringkat bahagian 12-14 Nov.