Seekor gajah jantan liar berumur lebih 30 tahun yang ditangkap anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak Rabu lepas, dipindahkan ke Hutan Simpan Royal Belum hari ini.
Gajah yang dinamakan 'Awang Perah' itu dipindahkan selepas diberi ubat pelali dan diapit keluar dari Kampung Perah di sini bersama dua ekor gajah denak betina dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Temerloh.
Kala dan Rambai menjinakkan gajah jantan itu dengan aksi tersendiri, sebelum haiwan liar itu berjaya dinaikkan ke atas lori khas dari kawasan kampung itu.
Operasi yang diketuai Ketua Unit Gajah PKGK Nasharuddin Othman itu, melibatkan 25 anggota Perhilitan Perak dan PKGK.
Nasharuddin berkata pihaknya menerima laporan daripada penduduk kampung bahawa gajah ini telah berkeliaran hampir ke hentian Perah iaitu kawasan tumpuan orang ramai.
"Gajah jantan liar ini didapati memusnahkan tanaman penduduk seperti pokok pisang di Kampung Perah sejak beberapa bulan lalu dan berkeliaran di kawasan-kawasan utama," katanya.
Beliau berkata sekiranya ternampak gajah berkeliaran di kawasan kampung, penduduk dinasihatkan supaya tidak membuat tindakan sendiri, sebaliknya melaporkannya kepada pihak Perhilitan untuk tindakan lanjut.
"Penduduk kampung anggap haiwan ini jinak dan membuat tindakan sendiri. Apabila membuat tindakan sendiri haiwan ini akan rasa terancam dan bertindak balas, ia membahayakan penduduk kampung," katanya.
Dalam pada itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Temengor Salbiah Mohamed menyarankan supaya kerajaan negeri mengambil langkah yang sewajarnya termasuk menambah pagar elekrik di sekitar kampung bagi mengekang gajar liar berkeliaran dan mengancam keselamatan penduduk.
Selain itu, katanya kerajaan negeri diminta melihat semula cadangan untuk mewujudkan Pusat Santuari Gajah di kawasan Lebuh Raya Timur Barat, Gerik-Jeli untuk menempatkan haiwan itu.
"Selain dapat menyelesaikan isu gajah yang dibangkitkan oleh penduduk, pusat ini juga dapat dijadikan sebagai (lokasi) eko pelancongan," katanya.
Bernama
Mon Jul 25 2016

Seekor gajah jantan (kiri) 'dipujuk' dua ekor gajah denak yang dikenali sebagai 'Kala dan Rambai' di Kampung Perah yang terletak kira-kira dua kilometer dari Bandar Gerik hari ini. -Bernama

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Gajah jantan liar dipindah ke Hutan Simpan Royal Belum
Gajah yang dinamakan 'Awang Perah' itu dipindahkan selepas diberi ubat pelali dan diapit keluar dari Kampung Perah di sini bersama dua ekor gajah denak betina.