KOTA KINABALU: Gajah Borneo atau Elephas maximus borneensis diklasifikasikan sebagai 'Terancam' dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam (IUCN) disebabkan populasinya yang kecil dan semakin berkurangan.
Pakar gajah World Wide Fund for Nature Malaysia (WWF-Malaysia) Dr Cheryl Cheah berkata situasi ini menimbulkan risiko kepupusan yang sangat tinggi di habitat liar bagi gajah yang berasal dari Pulau Borneo khususnya Sabah ini.
"Mereka diklasifikasikan sebagai 'Terancam' menggariskan pentingnya tindakan pemuliharaan secara kolaboratif seperti pengurusan konflik antara manusia dan gajah serta mencegah kehilangan dan pemecahan habitat seterusnya.
"Kedua-duanya adalah penting untuk menjaga kewujudan mereka pada masa depan," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh WWF-Malaysia semalam.
Cheah berkata sebagai unit berkembang secara beransur-ansur yang signifikan, gajah Borneo berbeza secara morfologi dan genetik daripada gajah Asia di tanah besar, menjadikannya unik di Pulau Borneo dan sebahagian daripada warisan semula jadi kita.
Gajah Borneo yang juga dikenali sebagai gajah pygmy Borneo, subspesies kepada gajah Asia atau Elephas maximus, dibezakan melalui saiznya yang lebih kecil dengan gajah jantan membesar sehingga ketinggian kira-kira 2.5 meter berbanding 3 meter di tanah besar.
Gajah Asia itu diisytiharkan sebagai Terancam dalam Senarai Merah IUCN mengikut penilaian pada 18 Sept 2019 dan diterbitkan pada 2020; manakala subspesiesnya, gajah Borneo diisytiharkan sebagai Terancam dalam Senarai Merah IUCN menurut penilaian pada 17 Nov tahun lepas dan diterbitkan tahun ini.
Sementara itu, IUCN menyatakan bahawa terdapat 1,000 ekor jumlah keseluruhan populasi gajah Borneo, dengan kira-kira 400 darinya adalah dewasa yang boleh membiak.
"Kira-kira 60 peratus daripada habitat hutan gajah Borneo telah hilang sejak 40 tahun lalu, terutamanya disebabkan oleh pembalakan dan penanaman kelapa sawit secara komersial.
"Kedua-dua kerajaan, Malaysia dan Indonesia, mempunyai pelan tindakan untuk pemuliharaan gajah Borneo, tetapi mereka menghadapi banyak cabaran.
"Senarai Merah IUCN kini memberikan pengiktirafan antarabangsa terhadap gajah Borneo sebagai subspesies unik dan Terancam, memberikan sebab yang kuat untuk pemuliharaan mereka," kata kenyataan IUCN.
IUCN berkata untuk menjamin masa depan haiwan unik ini, adalah penting untuk melindungi dan mengembangkan habitat hutan mereka, menyokong komuniti tempatan dalam meminimumkan konflik dengan gajah dan menguatkuasakan langkah mencegah pemburuan haram.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 29 2024
Gajah Asia diisytiharkan sebagai Terancam dalam Senarai Merah IUCN mengikut penilaian pada 18 Sept 2019 manakala gajah Borneo diisytihar sebagai Terancam dalam Senarai Merah IUCN menurut penilaian pada 17 Nov 2023. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Gangguan seksual polis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Jangan bertelagah kerana sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa' - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah mengingatkan agar rakyat hidup dalam keadaan harmoni, bersatu dan tidak bertelagah kerana sebab-sebab kecil.
#Ringkas 8 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 8 Februari 2025
1️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
2️⃣ Polis sahkan terima laporan aktivis pelajar
3️⃣ Penjualan pelbagai aset bernilai AS$7.4 bilion
#awaniringkas
1️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
2️⃣ Polis sahkan terima laporan aktivis pelajar
3️⃣ Penjualan pelbagai aset bernilai AS$7.4 bilion
#awaniringkas
Polis siasat dakwaan wanita jadi mangsa gangguan seksual di IPD
Polis telah menerima satu laporan pengadu berkaitan ketidakpuasan hati di atas tingkah laku anggota polis.
Jemaah haji visa Furada disarankan gunakan PJH berlesen TH
Jemaah haji yang memperoleh visa Furada disarankan menggunakan perkhidmatan PJH berlesen Tabung Haji untuk memastikan kebajikan dan mengelakkan penipuan haji.
Pencarum PERKESO tidak perlu bayar rawatan di klinik panel mulai tahun ini
Pencarum PERKESO kini boleh mendapatkan rawatan di 1,400 klinik panel tanpa bayaran untuk kes kemalangan pekerjaan dan penyakit khidmat mulai tahun ini.
“Saya tidak pernah tinggal Pahang, my heart is always here..” - Sultan Pahang
Demikian titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika ditanya dalam temubual eksklusif bersama Astro AWANI berkaitan perancangan baginda tentang pembangunan negeri itu.
Jangan bertelagah kerana sebab-sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah mengingatkan agar rakyat hidup dalam keadaan harmoni, bersatu dan tidak bertelagah kerana sebab-sebab kecil.
Sebuah masjid ikonik dibina di KotaSAS, tarikan pelancongan terbaharu di Kuantan
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, selain produk pelancongan sedia ada, kerajaan negeri juga sedang berusaha untuk mempromosikan pantai-pantai ikonik di negeri itu.
67 pelatih PLKN 3.0 siri pertama jalani latihan menembak senjata ringan
Mereka yang terdiri daripada 40 lelaki dan 24 perempuan ini memulakan sesi latihan pada 9 pagi dengan pantauan jurulatih dari TDM dan TUDM.
Racun punca dua gajah Borneo mati
Bagaimanapun jenis racun berkenaan masih belum dapat dipastikan.
Itulah istimewanya gajah Borneo, banggalah rakyat Sabah - Dr Nurzhafarina
Dr Nurzhafarina Othman berkata ia memberi mesej bahawa haiwan ini sedang melalui proses penerimaan cara kehidupan manusia.