KOTA KINABALU: Kenaikan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah disifatkan wajar susulan ia merupakan antara yang terendah di Malaysia.
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Jeffrey Kitingan berkata, kenaikan kepada RM11,000 bagi setiap ADUN itu juga dilihat masih rendah berbanding negeri jiran Sarawak yang menetapkan RM15,000.
"Kita sudah ketinggalan, kita antara yang terendah dalam Malaysia. ADUN-ADUN kita pun kasihan juga macam mana mahu beroperasi kalau gaji RM7,000 sahaja.
"Sarawak sudah RM15,000, kita hanya setengah, jadi kita naik hanya RM11,000 sahaja. Syukurlah ada kenaikan sikit dan hanya menelan belanja RM5.6 juta," jelasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Buku Pelan Strategik Organisasi Jabatan Pengairan dan Saliran di Kota Kinabalu.
Mengulas lanjut, beliau yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan berkata, PSO oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah kini boleh membantu pelaksanaan dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan lebih kemas terutama dalam menguruskan sumber air Negeri Sabah.
Inisiatif PSO bagi tempoh 2021 hingga 2025 ini adalah yang pertama di Sabah dan ia juga menunjukkan JPS mempunyai perancangan jangka panjang dalam memastikan hala tuju Jabatan dapat tercapai seperti yang dirancang.
Menurutnya, Pengarah JPS yang juga dilantik sebagai Pengarah Sumber Air Sabah berfungsi dalam pengurusan kawasan tadahan air, pengurusan badan air serta pengurusan aktiviti-aktiviti air.
"JPS berjaya membangunkan tiga Pelan Pengurusan Tadahan Bersepadu bagi sungai Moyog, sungai Bandau, sungai Bongon dan sungai Kinabatangan. JPS turut menguatkuasakan peruntukan pengurusan rizab sungai, seperti sungai, tasik, perairan pantai, paya dan akuifer," katanya.
Tambah beliau, JPS juga sedang membangunkan mekanisme untuk menguatkuasakan peruntukan dalam Enakmen Sumber Air berkaitan kebenaran pengambilan air daripada badan air yang mana sekiranya dilaksanakan, kerajaan negeri akan mengutip hasil sebanyak RM17 juta setahun.
"Saya yakin perkara ini telah diambil perhatian dalam Pelan Strategik Organisasi JPS Sabah bagi tempoh 2021 hingga 2025 untuk memastikan tindakan perlu diambil untuk mengatasi sebarang masalah berlaku," katanya.
Mirlen Axtius
Fri Jul 22 2022

Kenaikan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah disifatkan wajar susulan ia merupakan antara yang terendah di Malaysia.
Agenda AWANI: Penubuhan Majlis Media Malaysia
Adakah penubuhan Majlis Media Malaysia dapat memastikan kebebasan media dalam konteks landskap politik yang semakin dinamik di Malaysia, antara mengimbangi keperluan untuk kawal selia dan risiko penapisan yang berlebihan dalam industri media? Diskusi 9 malam

Putera Mahkota Arab Saudi, Presiden Lubnan adakan perbincangan di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman mengadakan perbincangan rasmi dengan Presiden Lubnan Joseph Aoun di Riyadh pada Isnin malam.

Thailand terima 7 juta pelancong dua bulan pertama 2025
China kekal sebagai pasaran terbesar Thailand dengan 1.05 juta pelawat, diikuti Malaysia (879,864), dan Rusia (504,449).

Lebih 3,000 pemeriksaan menerusi Ops Pantau di seluruh negara - Fuziah
Lokasi tumpuan termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya dan kedai runcit.

Kadar zakat fitrah di Kedah RM7 dan RM14
Pengerusi LZNK Datuk Seri Norizan Khazali berkata kadar zakat fitrah yang ditetapkan adalah sebanyak RM7 dan RM14.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.

MWC 2025: EDOTCO komited percepat pelaksanaan 5G, luaskan ketersambungan luar bandar
Kumpulan EDOTCO terus memperkukuh komitmennya terhadap transformasi digital Malaysia dengan mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G.

Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik sedikit kepada 4.4635/4680 berbanding 4.4640/4680 ketika ditutup pada Isnin.
Sidang tergempar negara Arab bincang beberapa isu penting
Ia termasuk fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel, pembinaan semula Gaza, serta penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat.
KWSP Kekal Kukuh dengan Strategi Pelaburan Seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh melalui strategi pelaburan seimbang, memastikan pulangan kompetitif kepada pencarum meskipun dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

Gaji ADUN Sabah antara terendah di Malaysia - Jeffrey Kitingan
Kenaikan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah disifatkan wajar susulan ia merupakan antara yang terendah di Malaysia.