KUALA LUMPUR: Gaji minimum pegawai rendah polis wajar dinaikkan mengikut keperluan ekonomi semasa, kata Timbalan Presiden Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD) Sub Inspektor Abd Rashid Ali.
Beliau berkata ini berikutan gaji permulaan Konstabel (YA1) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula daripada RM1,441 dan pemberian elaun antara RM600 hingga RM700, bersifat tidak tetap serta mengikut lokasi penugasan.
"Gaji minimum pegawai rendah polis ketika ini sangat tidak setimpal dengan keperluan ekonomi semasa...jika ikut peredaran semasa perlu (dinaikkan) RM1,800, tetapi ikutkan ia masih tidak mencukupi dengan kos sara hidup ketika ini," katanya ketika dihubungi Bernama.
Abd Rashid berkata selain perbelanjaan untuk diri sendiri, anggota perlu menyara kehidupan ahli keluarga, perubatan dan persekolahan anak-anak yang semakin meningkat.
Beliau berkata, ada antara anggota yang berkhidmat di ibu negara terpaksa tinggal di luar kawasan Kuala Lumpur, kerana kos sewaan rumah lebih rendah.
"Kita harap kerajaan dapat menyambut baik cadangan kenaikan gaji minimum pegawai rendah polis, bagi meningkatkan semangat dan meringankan beban anggota yang terkesan dalam meneruskan kehidupan masing-masing," katanya.
Selain itu, Abd Rashid berkata pihaknya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan kenaikan gaji minimum RM1,500 bermula daripada Skim Perkhidmatan Orang Asli dan Sokongan, bagi membolehkan anggota terbabit mendapat gaji yang setimpal.
Beliau berkata terdapat tiga skim perkhidmatan PDRM iaitu, Skim Perkhidmatan Konstabel dengan gaji permulaan RM1,441; Skim Perkhidmatan Jawatan Konstabel Orang Asli RM1,334 dan Skim Perkhidmatan Konstabel Sokongan RM1,220.
"Ketika ini gaji skim perkhidmatan Orang Asli dan Sokongan kurang daripada RM1,441 atau sekitar RM1,200," katanya.
Abd Rashid berkata Skim Perkhidmatan PDRM dijadikan sebagai satu perkhidmatan istimewa, supaya kadar gaji dan pencen tidak mengikut kiraan penjawat awam lain, kerana membabitkan pasukan keselamatan yang berkhidmat untuk negara dan melibatkan keselamatan diri.
Sabtu lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mencadangkan kerajaan untuk penyelarasan tangga gaji anggota dan beberapa cadangan lain, khususnya bagi meningkatkan tahap integriti pasukan.
Antara cadangan tersebut ialah menyelaraskan skim gaji permulaan bagi Konstabel (YA1) sebanyak RM1,441 kepada kadar gaji minimum RM1,500 sebulan dan kenaikan penambahan 30 peratus daripada kadar kenaikan gaji tahunan (KGT), serta kenaikan satu KGT sekali beri bagi kumpulan pengurusan profesional kepada skim pegawai kanan polis iaitu YA13 hingga YA24A.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023

Ada anggota yang berkhidmat di ibu negara terpaksa tinggal di luar kawasan Kuala Lumpur, kerana kos sewaan rumah lebih rendah. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa

Isu kadar gaji polis, penggunaan teknologi solar antara tumpuan Dewan Rakyat
Sidang Dewan Rakyat membincangkan isu kadar gaji polis, status bantuan kerajaan Sabah dan penggunaan teknologi solar.

Imbuhan bersesuaian tingkat kualiti kerja PDRM
Gaji asas konstabel polis RM1,441 yang berada di bawah paras panduan gaji minimum RM1,500 diumumkan kerajaan wajar dikaji semula.

'Gaji minimum pegawai rendah polis wajar dinaikkan'
Gaji minimum pegawai rendah polis wajar dinaikkan mengikut keperluan ekonomi semasa, kata Timbalan Presiden Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD) Sub Inspektor Abd Rashid Ali.

Isu subsidi, gaji polis jadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini
Isu subsidi minyak masak dan subsidi di bawah kawal selia KPDNHEP antara persoalan yang akan dibangkitakn dalam persidangan Dewan Rakyat.

Gaji polis YA1 lebih tinggi berbanding penjawat awam Gred 19 - KPPA
Katanya, kelebihan gaji diterima polis itu mengambil kira faktor-faktor keselamatan.

Mohamad Sabu setuju gaji anggota tentera pangkat rendah dikaji
Kementerian Pertahanan berpendapat isu kenaikan gaji anggota tentera dan polis yang berjawatan rendah perlu dikaji dari semasa ke semasa.