KUCHING: Kerajaan diminta memperhalusi lagi pelaksanaan gaji minimum RM1,500 yang berkuat kuasa 1 Mei ini agar perkara itu tidak terlalu membebankan syarikat serta usahawan industri kecil dan sederhana di negara ini.
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Willie Mongin berkata perkara itu perlu dipertimbang termasuk mengambil kira bebanan yang mungkin dihadapi segelintir syarikat atau usahawan terutama yang baharu memulakan perniagaan.
"Saya harap kerajaan dapat memperhalusi pelaksanaan skim gaji minimum ini kerana kita tidak mahu melihat usahawan yang baharu mengembangkan perniagaan dan baharu berjinak-jinak di alam perniagaan terkesan kerana ia mungkin membebankan," katanya selepas merasmikan pejabat Persatuan Segu Bunuk Penrinssen (PSBP) di Kampung Bunuk, Jalan Puncak Borneo di sini hari ini.
Beliau juga berharap skim gaji minimum akan dilaksana dengan formula situasi menang-menang dan tidak terlalu menekan usahawan.
"Jika mereka ada 1,000 pekerja, mereka perlu bayar gaji minimum RM1,500 dan ini amat membebankan kerana bukan sahaja perlu bayar gaji pokok tetapi juga melihat penambahan caruman PERKESO dan KWSP," katanya.
Willie berkata selain itu, selepas dua tahun berhadapan pandemik COVID-19 dan dalam situasi negara baru membangunkan semula ekonominya, langkah ini akan menambahkan lagi cabaran bagi mereka untuk mematuhi arahan gaji minimum.
Ditanya sama ada pelaksanaan gaji minimum boleh ditangguhkan, beliau berkata perkara itu terpulang kepada keputusan pimpinan tertinggi dan Kabinet kerajaan serta Kementerian Sumber Manusia.
"Secara peribadi, saya mohon supaya mereka pertimbangkan dahulu perkara ini kerana bagi saya, kita hendaklah mengenal pasti apakah masalah pengusaha," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 16 2022
Datuk Willie Mongin berkata perkara itu perlu dipertimbang termasuk mengambil kira bebanan yang mungkin dihadapi segelintir syarikat atau usahawan terutama yang baharu memulakan perniagaan. - Gambar fail/BERNAMA
Skuad hoki dalam dewan berdepan kumpulan maut di Piala Dunia
Skuad hoki dalam dewan lelaki berdepan tugas getir pada penampilan sulung Piala Dunia 2025 di Porec, Croatia, dari 3 hingga 9 Februari depan.
Nigeria sertai BRICS sebagai negara rakan - Kementerian Luar Brazil
Nigeria kini secara rasmi menjadi negara kesembilan yang menyertai BRICS sebagai negara rakan, menurut kenyataan Kementerian Luar Brazil.
Fokus Minggu Depan: ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau
Bersama Siti Nuraqila Omar membincangkan tentang ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau.
ASEAN 2025: Malaysia, Thailand dan Brunei kongsi kebimbangan situasi di Myanmar
Kementerian Luar Negeri berkata situasi di Myanmar menjadi antara isu yang berbangkit dalam kedua-dua mesyuarat bilateral melibatkan Malaysia hari ini.
JIM Terengganu tahan 15 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 15 pendatang tanpa izin dalam Operasi Sapu dan Selera di sekitar tapak pembinaan kawasan industri Kertih, Kemaman semalam.
Jurulatih selam wanita rugi lebih RM300,000 terperdaya pelaburan saham di Facebook
Seorang jurulatih selam di sini kerugian RM304,422 setelah terperdaya dengan pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.
Suspek lari dari IPD Tangkak ditahan semula
Polis menahan semula penjenayah yang melarikan diri dari tahanan IPD Tangkak, di sebuah rumah di Kluang pagi tadi.
Polis tembak mati 3 suspek jenayah samun, curi kenderaan
Polis menembak mati tiga individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, Selangor pada Sabtu.
Penduduk masih belum dibenarkan pulang
Puluhan ribu penduduk Los Angeles yang terpaksa berpindah akibat kebakaran dahsyat, masih tidak dibenarkan pulang ke kediaman mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu.
Rasionalisasi subsidi diesel, petrol bantu negara kurangkan defisit fiskal – Profesor Ulung
Rasionalisasi subsidi diesel yang telah dilaksanakan dan petrol RON95 yang akan dilaksanakan pada tahun 2025 akan membantu negara mencapai sasaran defisit fiskal 3.8 peratus.
'Kenaikan gaji minimum tahun depan dijangka rangsang sektor pengguna'
UOBKH Research berkata, kenaikan gaji seharusnya menampan perbelanjaan pengguna, lebih daripada mengimbangi kos rasionalisasi subsidi.
KUSKOP, MoF dan KESUMA perinci penyelarasan kenaikan gaji minimum bagi PMKS - Ewon
KUSKOP bersedia mengadakan perbincangan lanjut dengan MoF dan KESUMA mengenai penyelarasan gaji minimum bagi PMKS.
Gaji premium dapat halang anak muda bekerja di Singapura
Azhar berkata, usaha kerajaan berkaitan gaji premium juga memberi lebih banyak pilihan pekerjaan kepada anak muda di Johor.
MIDF sasar sedia inisiatif pembiayaan sedia masa depan RM200 juta untuk PKS
Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) mahu menyediakan RM200 juta kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui inisiatif Pembiayaan Sedia Masa Hadapan (FRF) yang baru dilancarkan.
Naikkan gaji minimum tindakan berani, cermin tekad Kerajaan Perpaduan - PM Anwar
Tindakan menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,700 mencerminkan tekad politik Kerajaan Perpaduan yang jelas.
PM ambil maklum kebimbangan cadangan gaji minimum, caruman KWSP wajib - Fahmi
Fahmi berkata isu berkenaan turut dibangkitkan pada mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Anwar hari ini.
Belanjawan 2025: Beri insentif syarikat PMKS patuhi dasar gaji minimum
Katanya, walaupun kenaikan gaji minimum memberi manfaat kepada pekerja, ia juga bawa kesan dari sudut mikro dan makro ekonomi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 23 Oktober 2024.
Parlimen: Kenaikan gaji minimum harus disokong dengan dasar jelas, kawalan harga - Muhyiddin
Kenaikan gaji minimum mesti disokong dengan dasar dan tindakan kawalan harga yang jelas.