Kadar gaji minimum RM1,500 yang dijangka diwartakan pada bulan ini, mendapat reaksi berbeza daripada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF).
Presiden MTUC Datuk Abdul Halim Mansor berkata kongres itu menyokong penuh pelaksanaan kenaikan gaji minimum pekerja dalam tempoh lima tahun ini, namun dengan syarat tidak menekan mana-mana pihak terutama majikan.
"MTUC masih memperjuangkan kadar gaji minimum kepada pekerja ditetapkan tidak kurang daripada RM1,500. Pihak kami telah membuat keputusan mengenainya (kenaikan gaji minimum) menerusi hasil kaji selidik bersama Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara (JTPGN) dan perbincangan Persidangan Perwakilan MTUC.
"Ia merangkumi beberapa aspek iaitu, gaji minimum tersebut perlu dilaksanakan hanya kepada pekerja tempatan dalam semua sektor selain kadar gaji itu perlu efektif dan selari dengan tanggungjawab kerja," katanya ketika dihubungi.
Abdul Halim berkata penetapan gaji minimum ini perlu dikaji setiap dua tahun bukan hanya dirancang dalam satu jangka masa sahaja, mengikut peruntukan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN).
Rabu lalu, pada sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran berkata pewartaan kadar gaji minimum baharu itu selaras dengan janji Pakatan Harapan (PH) menerusi manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, dengan kajian setiap dua tahun.
Kula Segaran ketika menjawab soalan Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin) pada sesi itu, berharap had gaji minimum dapat dinaikkan sehingga RM1,500 menjelang satu penggal pentadbiran kerajaan PH.
BACA: Gaji minimum dijangka diumumkan Ogos ini
BACA: Gaji minimum sektor swasta diumum Ogos
Namun pandangan berbeza disuarakan Pengarah Eksekutif MEF Datuk Shamsuddin Bardan yang berpendapat bahawa tidak adil bagi majikan sekiranya kenaikan kadar gaji itu ditanggung sepenuhnya oleh majikan.
"Dalam manifesto PH pada PRU14, kerajaan PH berjanji membantu majikan dengan subsidi 50 peratus daripada apa jua nilai kenaikan gaji minimum, tetapi ketika ini kerajaan mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai dana untuk membayar subsidi itu.
"Persoalannya adakah ia sesuatu yang adil bagi majikan untuk menanggung 100 peratus kenaikan itu, sedangkan kerajaan sendiri sudah berjanji untuk beri subsidi," katanya.
Shamsuddin berkata majikan sudah berdepan dengan beban kenaikan kos pembayaran gaji pada awal Januari lepas, apabila levi bagi pekerja warga asing perlu ditanggung oleh majikan.
Mengulas lanjut, Shamsuddin berkata, kadar gaji minimum baharu itu turut dilihat lebih menguntungkan pekerja warga asing berbanding pekerja tempatan.
"Pekerja bergaji bawah RM1,200 di negara ini mencecah 1.9 juta orang dan hampir 95 peratus daripada jumlah itu adalah warga asing... apabila kadar baharu itu dilaksanakan, faedahnya akan lebih dinikmati pekerja warga asing berbanding warga tempatan sendiri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 03 2018

Presiden MTUC Datuk Abdul Halim Mansor berkata gaji minimum tersebut perlu dilaksanakan hanya kepada pekerja tempatan dalam semua sektor. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Boleh naikkan caruman Perkeso tetapi hanya syer majikan untuk pekerja - MTUC
MTUC bersetuju bahawa terdapat keperluan untuk menaikkan caruman Perkeso, namun kenaikan perlulah diletak di atas tanggungjawab majikan.

KWSP perlu diberi peluang melabur lebih giat di luar negara - MTUC
Datuk Abdul Halim Mansor berkata tabung persaraan itu telah mencatatkan pulangan daripada pelaburan di luar negara yang amat positif.