BATU KAWAN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedia menaikkan gaji penjawat awam di negeri itu selaras keputusan kerajaan Persekutuan berhubung pelaksanaan Skim Saraan Perkhidmatan Awam yang baharu bermula Disember ini.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kenaikan gaji itu akan diselaraskan seperti mana di peringkat pusat, namun menurutnya ia masih memerlukan penelitian lanjut sebelum dilaksanakan.
"Kita akan ikut garis panduan ditetapkan (kerajaan persekutuan), sebab Perdana Menteri dalam ucapan tempoh hari pun ada meletakkan syarat bahawa kenaikan gaji bagi setiap penjawat awam tidak sama, ada penilaian dalam menentukan kadar (kenaikan).
"... jadi kita akan ikut (garis panduan itu)," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Peluncuran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kuang Yu di sini, hari ini.
Pada 1 Mei lepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Skim Saraan Perkhidmatan Awam yang baharu akan membabitkan kenaikan gaji lebih 13 peratus bermula 1 Dis tahun ini, iaitu antara kadar kenaikan tertinggi dan terbaik dalam sejarah negara.
Sementara itu Chow berkata pembinaan SJKC Kuang Yu adalah bagi memindahkan sekolah lama yang terletak di Penaga, memandangkan ketika ini sekolah terbabit yang sudah berusia 90 tahun hanya menerima sekitar 27 orang murid.
"Keputusan untuk memindahkan sekolah ini telah dibuat sejak beberapa tahun lepas dan kebetulan tanah di sini (Batu Kawan) dikhaskan untuk tujuan pembangunan sekolah maka Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan kerajaan negeri telah menawarkan tapak seluas enam ekar (2.4ha) bagi tujuan penempatan semula," katanya.
Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tambun Goh Choon Aik berkata kos membina bangunan sekolah dua tingkat itu menelan belanja sekitar RM22 juta dan sehingga kini RM15 juta sudah berjaya dikumpulkan.
Beliau berkata pihaknya akan memohon bantuan daripada kerajaan negeri dan pusat bagi membiayai perbelanjaan kos pembinaan sekolah itu memandangkan ia sekolah bantuan modal, supaya dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan.
"Hari ini pemasangan cerucuk dilakukan menandakan bermulanya pembinaan sekolah, dan ia dijangka siap pertengahan 2026. Kita harap ia dapat dibuka pada sesi persekolahan 2027 nanti," katanya.
Sekolah itu nanti mampu memuatkan maksimum 3,000 murid tahun satu hingga enam dan berkonsepkan sekolah pintar berikutan kedudukannya yang berhampiran dengan kawasan perindustrian Bukit Minyak dan Penang Science Park.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 11 2024

Chow berkata kenaikan gaji itu akan diselaraskan seperti mana di peringkat pusat, namun menurutnya ia masih memerlukan penelitian lanjut sebelum dilaksanakan. - Gambar fail/Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Gangguan bekalan air, harga tanah perindustrian antara cabaran kerajaan Pulau Pinang
Kekerapan gangguan bekalan air, harga tanah perindustrian yang tinggi dan kekurangan bakat antara cabaran dihadapi kerajaan negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Lembah Silikon Timur.

Pulau Pinang sedang kaji prospek penubuhan Zon Kewangan Khas
Kerajaan negeri sedang mengkaji prospek penubuhan Zon Kewangan Khas di Pulau Pinang sebagai enjin pertumbuhan.

Gaji penjawat awam: Pulau Pinang selaras kenaikan gaji ikut kerajaan Persekutuan
Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedia menaikkan gaji penjawat awam di negeri itu selaras keputusan kerajaan Persekutuan.

Pembinaan Kereta Kabel Bukit Bendera bermula sebulan lagi - Exco
Kerja-kerja pembinaan Kereta Kabel Bukit Bendera di sini dijangka bermula pada penghujung Mei atau awal Jun ini.

P. Pinang teruskan Pas Mutiara dengan peruntukan RM7.5 juta
Semua perkhidmatan pengangkutan awam di bawah seliaan bas Rapid Penang akan kekal percuma di seluruh negeri dengan penggunaan pas tersebut.

Lantikan Exco Negeri Sembilan akan dibuat secepat mungkin - MB
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun akan berusaha memuktamadkan senarai anggota Exco negeri dalam minggu ini juga.

Tiada sebarang perbincangan berhubung jawatan kerajaan negeri - Reezal Merican
Reezal Merican berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti dan Kerajaan Perpaduan untuk memutuskan perkara berkenaan.

Bandar pintar Bertam dijangka berpotensi kurangkan 69.7 peratus tenaga dan pelepasan karbon
UKM dengan kerjasama Jinko Solar Technology Sdn Bhd mengorak langkah dalam membangunkan bandar pintar tenaga ini.

Pusat COVID-19 risiko rendah: Pulau Pinang cadang tapak Pesta
Kerajaan Negeri Pulau Pinang mencadangkan tapak Pesta Pulau Pinang sebagai pusat risiko rendah COVID-19 yang baharu kerana pusat sedia ada di negeri itu kini hampir mencapai had maksimanya.

Akta 342 terpakai untuk semua negeri kecuali Sarawak
Negeri-negeri lain tidak ada pilihan selain turut melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) setelah kerajaan Persekutuan mengumumkan pelaksanaannya.