KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) melancarkan Galeri Khazanah pada Rabu, iaitu galeri seni maya yang menampilkan 57 karya seni yang dihasilkan 29 penggiat seni dan boleh dikunjungi peminat seni tempatan dan antarabangsa.
Galeri itu memilih tema 'Sejenak Bersama: Kembara Seni Merentasi Koleksi Khazanah' sempena bulan kemerdekaan, dengan menampilkan karya yang merakamkan kisah Malaysia melalui perjalanan masa sejak 1960-an sehingga kini.
Sempena pelancaran itu, Khazanah turut menganjurkan pameran seni mini selama 11 hari bermula esok, yang menampilkan 28 karya dihasilkan 27 penggiat seni di Slate @ The Row, di sini.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan pelancaran Galeri Khazanah dan pameran seni mini itu, hari ini.
Dalam titah ucapan perasmian, baginda menyifatkan karya seni yang dipersembahkan dalam galeri dan pameran seni mini itu sebagai jendela ke dalam jiwa negara, serta masa silam dan sejarah dan evolusi Malaysia sejak puluhan tahun lalu.
Baginda juga menyifatkan inisiatif galeri seni maya melalui Galeri Khazanah sebagai 'pendemokrasian seni', yang membolehkan karya seni diakses secara lebih berkesan, berbanding akses terhad pada karya yang ditempatkan di muzium, galeri, pejabat korporat dan kediaman peribadi pengumpul karya seni.
"Potensi pendemokrasian seni boleh terus dikembangkan. Kemajuan teknologi membolehkan lebih ramai individu bukan saja melihat karya seni secara dalam talian, malah mempersembahkan karya mereka kepada penonton yang lebih luas secara maya.
"Galeri maya seperti Galeri Khazanah, memudahkan pembabitan penggiat seni yang kurang ternama, serta penyumberan seni dari lokasi yang lebih pelbagai, sekali gus membantu menjadikan domain seni lebih inklusif dan mudah diakses.
"Pemilihan karya seni yang lebih meluas akan menyediakan pengajaran dan maklumat penting tentang sejarah kita, serta mengenai evolusi jiwa negara kita," titah baginda.
Sultan Nazrin turut menzahirkan penghormatan kepada beberapa penggiat seni negara, antaranya Pak Latiff Mohidin, Datuk Sharifah Fatimah, Yusof Ghani, Jalaini Abu Hassan dan Ahmad Zakii Anwar, yang mana karya dihasilkan mengisahkan sejarah dan evolusi negara.
Baginda turut meraikan kemunculan penggiat seni muda yang membawa perspektif segar interpretasi baharu dan gaya inovatif dalam karya masing-masing, yang turut menggambarkan evolusi jiwa negara.
Astro Awani
Wed Aug 24 2022

Sultan Nazrin turut meraikan kemunculan penggiat seni muda yang membawa perspektif segar interpretasi baharu dan gaya inovatif dalam karya masing-masing, yang turut menggambarkan evolusi jiwa negara. - Gambar fail/BERNAMA

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Pensyarah Kanan USAS dipilih Tokoh Maal Hijrah Perak 1446H
Profesor Madya Ahmad Husni Hassan, dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Perak sempena sambutan Maal Hijrah 1446H/2024M peringkat negeri itu.

Maal Hijrah: Ambil iktibar sifat sabar, gigih Rasulullah - Sultan Nazrin
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, perkara baharu perlu disampaikan melalui daya komunikasi dan penyampaian yang berkesan.

PM Anwar rafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Perak
Anwar mendoakan Sultan Nazrin, Raja Permaisuri dan seluruh kerabat diraja dianugerahkan keafiatan, sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayahNya.

Mufti Perak dahului senarai 238 penerima Darjah Kebesaran Perak
Wan Zahidi merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Dato' Seri Paduka Mahkota Perak yang membawa gelaran Datuk Seri.

Hari Kebangsaan: Sultan Nazrin santuni sembilan 'wira negara' bekas anggota keselamatan
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyantuni sembilan wira negara bekas anggota keselamatan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan.

Fahami falsafah pembinaan masjid, jangan jadikan ia monumen sepi - Sultan Nazrin
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memberi perkenan terhadap penubuhan Majlis Perundingan Masjid serta pelantikan terhadap 55 orang sebagai Ahli Majlis Perundingan Masjid Negeri Perak.

Datuk Lat syukur terima gelaran Seniman Diraja
Datuk Lat menjadi individu pertama di Perak yang mendapat gelaran Seniman Diraja daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Lebih 30,000 hadir Rumah Terbuka Malaysia Madani di Tambun
Majlis turut diserikan dengan persembahan artis jemputan antaranya Datuk Jamal Abdillah dan Ella.

Sultan Perak solat sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama-sama jemaah lain di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar.

Tindakan tegas, segera perlu diambil henti perbuatan racun fikiran rakyat isu kaum, agama - Sultan Perak
Pandangan ekstrim berunsur kaum dan agama berbentuk hasutan yang boleh menyemai rasa benci wajib dihentikan.