CYBERJAYA: Setiap hujung minggu sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, sekawan burung kakaktua pelbagai warna akan 'berlibur' di pinggiran sebuah kawasan perumahan di Cyberjaya dengan ditemani pemilik masing-masing.
Pelbagai spesies burung kakaktua seperti jenis Macaw antaranya Hahn's Macaw dan Blue and Gold Macaw yang ketinggiannya hampir mencecah satu meter serta jenis Cockatoo akan terbang bebas dalam aktiviti 'free fly' yang dilakukan oleh pemilik burung.
Tidak ketinggalan menyertai aktiviti free fly itu adalah Coco iaitu burung jenis Blue and Gold Macaw dan Betto jenis Indian Ringneck milik Masri Mahmud, seorang jurutera teknologi maklumat yang begitu serius dengan dunia 'kakaktua' sejak 2018.
"Dulu masa kecil saya suka tengok gambar kakaktua atas kotak pensil warna dan di televisyen namun sumber untuk membela terhad," katanya kepada Bernama, yang kini membela 13 burung kakaktua termasuk Coco dan Betto.
Menyifatkan penjagaan burung kakaktua seperti menjaga bayi, bapa kepada tiga anak itu menjaga Coco dan Betto 'bagai menatang minyak yang penuh' kerana aspek kesihatan dan cara pemakanannya amat dititikberatkan kerana burung tersebut turut mempunyai pantang larangnya.
"Mungkin ramai tidak tahu burung kakaktua tidak boleh makan buah avokado kerana ia boleh mengakibatkan maut. Makanan atau minuman berasaskan susu dan juga coklat tidak boleh diberikan langsung," kata Masri yang menurutnya burung kakaktua mempunyai jangka hayat lingkungan 50 hingga 80 tahun jika dipelihara dengan baik.
Coco dan Betto memakan pelet burung, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran antaranya brokoli, sawi, labu, mangga, betik dan uniknya, burung kakaktua juga suka makan cili padi kerana tiada deria rasa yang sensitif terhadap makanan pedas seperti manusia, katanya.
Berkongsi mengenai aktiviti Coco dan Betto, Masri berkata burung juga mempunyai 'tekanan' yang tersendiri apabila terperap sahaja dalam sangkar atau tiada aktiviti sampingan dilakukan bersama burung berkenaan.
"Kalau mereka stres, mereka akan mula mencabut bulu menggunakan paruh. Itu indikasi mereka kebosanan dan kita perlu melayan dengan bermain atau bawa untuk free fly kerana burung kakaktua merupakan jenis aktif," katanya.
Masri berkata Coco dan Betto pandai 'berkata-kata' dengan perkataan yang seringkali diungkapkan ialah 'kakak' terutamanya ketika mahu makan, selain 'abah', hai dan helo.
Mengenai aspek kesihatan pula, Masri berkata seekor burung kakaktua dewasa seharusnya mempunyai berat lingkungan 900 gram hingga 1.2 kilogram sahaja dan sekiranya lebih, ia dikira obes.
"Pemeriksaan kesihatan berkala juga dibuat setiap enam bulan sekali bagi memastikan tiada jangkitan fungus, masalah penghadaman atau penyakit lain berpunca daripada salah makan," katanya.
Masri turut menyimpan hasrat untuk memiliki burung kakaktua jenis Green-Winged Macaw yang harganya mencecah RM20,000 atas sebab minat dan tertarik dengan warnanya.
Menurut Masri, pelaksanaan kawalan pergerakan dalam negara mengekang aktiviti terbang bebas burung kakaktua dan rakan-rakan pemilik burung kakaktua tinggal di daerah lain tidak dapat berkumpul seperti biasa.
"Kami juga mempunyai kumpulan sokongan Free Fly Parrot Malaysia dalam laman Facebook sebagai satu pasukan besar pemilik burung kakaktua dalam negara. Pelbagai tips dan perkongsian mengenai penjagaan burung boleh didapati daripada kumpulan itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 01 2021

Pelbagai spesies burung kakaktua seperti jenis Blue Macaw ini akan terbang bebas dalam aktiviti 'free fly'.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Sanggup tempuh perjalanan jauh demi 'menjaga' hati si kakaktua
Aktiviti 'freefly' merupakan riadah demi memastikan perasaan kakaktua sentiasa terjaga termasuk mengelak stres.

Kakaktua sebabkan pinggul doktor terkehel, pemilik diperintah bayar AS$91,350
Seorang lelaki di Taiwan diperintah membayar ganti rugi NT$3.04 juta (AS$91,350) kepada doktor yang mengalami kecederaan selepas diserang burung kakaktua peliharaan lelaki itu.

Buruh mengaku tidak bersalah curi burung kakaktua
Mahkamah menetapkan 15 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Gambar atas kotak pensil warna pupuk hobi bela burung kakaktua
Setiap hujung minggu sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, sekawan burung kakaktua pelbagai warna akan 'berlibur' di pinggiran sebuah kawasan perumahan di Cyberjaya dengan ditemani pemilik