KOTA BHARU: Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin memaklumkan gangguan air di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini tidak kritikal.
Menurut beliau, pihaknya telah mengambil beberapa langkah dengan bantuan Pengarah Hospital bagi memastikan isu tersebut tidak mengganggu operasi di sini.
"Alhamdulillah setakat ini tidak ada lagi gangguan besar berkaitan air yang berlaku," katanya ketika diminta mengulas mengenai isu air yang pernah berlaku di HRPZII.
Sebelum itu beliau menyaksikan majlis memorandum persefahaman (MoU) diantara Pengerusi Yayasan Klinik Mata Lions Malaysia, Dr Kamalanathan dan Pengrah HRPZII, Datuk Dr Abdul Haris Muhammad di sini pada Ahad.
Sinar Harian pada 21 Mac 2021 lalu melaporkan, Pengarah HRPZ II, Datuk Dr Selasawati Ghazali memaklumkan hopsital berkenaan sudah berdepan masalah air sejak 10 tahun lalu sehingga memberi kesan kepada kakitangan, pesakit dan juga waris pesakit untuk melaksanakan tugas harian mereka.
Malah katanya, bekalan air hanya berada dicapaian baik menjelang malam namun kembali berkurangan apabila waktu kemuncak terutamanya tengah hari.
“Setiap hari penggunaan air di hospital kita agak tinggi sehingga mencecah 500 gelen iaitu bersamaan dengan 1,893 liter.
“Kapasiti pesakit pula hampir 1,000 orang dan jumlah kakitangan pula seramai 4,000 orang, ini tidak termasuk jumlah waris pesakit yang menjaga dan mengunjungi hospital,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Dr Zaini memberitahu, untuk tahun ini Kelantan telah mendapat peruntukan sebanyak RM9.3 juta bagi membina 38 buah klinik daif.
Ujarnya, setakat hari ini ia telah berjalan dengan lancar dan menjangkakan siap dalam Oktober bulan ini.
Dr Zaini memberitahu, projek tersebut sudah ada yang telah siap dan dalam proses pembinaan kerana perlu mengikut saiz.
Sinar Harian
Sun Oct 15 2023

Dr Zaini berkata, pihaknya telah mengambil beberapa langkah dengan bantuan Pengarah Hospital bagi memastikan isu tersebut tidak mengganggu operasi di sini. - Gambar fail

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

Gangguan air di HRPZII tidak kritikal
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin memaklumkan gangguan air di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini tidak kritikal.

Kos urus jenazah: HRPZII tidak kenakan bayaran guna fasiliti - Pengarah
Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) menegaskan tidak mengenakan sebarang bayaran untuk penggunaan fasiliti dan utiliti bagi urusan menyempurnakan jenazah pesakit COVID-19.

Masalah bekalan air Kelantan jejas operasi Hospital Raja Perempuan Zainab II
Beliau berkata setiap hari penggunaan air di hospital adalah tinggi sehingga mencecah 500 gelen bersamaan 1,893 liter.

Bapa ditetak anak kandung
Che Kob Hussin ditetak menggunakan sebilah parang oleh pelaku yang berusia 35 tahun, selepas dipercayai berlaku perselisihan faham.

Kanak-kanak enam tahun hidap kanser payudara
Pembedahan dilakukan untuk membuang biji tersebut dan kini pesakit tersebut perlu menjalani rawatan berkala pada setiap bulan.