KUALA TERENGGANU: Gangguan bekalan air yang melibatkan 28,700 akaun pengguna di sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu dijangka berlanjutan sehingga Sabtu ini (14 Ogos).
Mewakili Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU), Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri Dr Mamad Puteh memohon maaf kepada semua pengguna yang terjejas kerana gagal membekalkan air bersih pada waktu yang dijanjikan, hari ini.
"Waktu lebih lama diperlukan untuk kerja baik pulih paip yang pecah itu kerana faktor arus sungai yang terlalu deras dan penglihatan terhad akibat air di dasar sungai yang keruh sejak beberapa hari kebelakangan ini.
"Pihak kontraktor dan pasukan teknikal telah berusaha sehabis daya dan upaya bagi memastikan kerja-kerja pembaikan mengikut jadual, namun jangkaan terbaharu bekalan air bersih akan mula diagihkan pada Sabtu ini," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini semalam.
Turut hadir Ahli Lembaga Pengarah SATU Burhanuddin Helmi Mohamed, Pengarah Wilayah Timur Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara Azamy Abdul Aziz Abdul Aziz dan Pengarah Sumai Engineering Sdn Bhd Wan Hafizul Arsyad Wan Mahyuddin.
Krisis itu yang bermula 2 Ogos lepas, berpunca daripada pam bersaiz 1,200 milimeter pecah di dasar Sungai Terengganu.
Mamad berkata setakat ini kerja memasang 'anchor airbag' pada paip, pemasangan 'clamp' penjajaran paip dan kerja-kerja mencabut 'clamp' sedia ada telah selesai 100 peratus.
"Bermula esok (Rabu), kerja-kerja kimpalan untuk memperkukuh struktur paip akan dilakukan dan dijangka siap pada Jumaat, seterusnya bekalan air ke sistem akan pulih secara berperingkat pada Sabtu (14 Ogos), manakala semua pengguna terjejas akan mendapat bekalan air bersih sepenuhnya pada Isnin (16 Ogos)," katanya.
Beliau berkata bagi memastikan penduduk di kawasan terjejas mendapat bekalan air secukupnya, sebanyak 34 lori tangki yang beroperasi 24 jam sehari telah digerakkan, termasuk ke beberapa premis penting seperti pusat hemodialisis dan pusat kuarantin untuk pesakit COVID-19.
Selain itu, bagi menampung keperluan semasa dan memudahkan pengambilan air bersih, 151 tangki statik dan 86 pili paip telah disediakan di seluruh kawasan terlibat.
BACA: Bekalan air percuma selama dua bulan kepada penduduk terjejas - Ahmad Samsuri
Dalam pada itu, Mamad berkata kerajaan negeri telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyiasat kemungkinan krisis itu terjadi akibat aktiviti mengorek pasir.
"Jawatankuasa tersebut dipengerusikan Pengarah UPEN (Unit Perancang Ekonomi Negeri) dan dianggotai beberapa jabatan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Jabatan Bekalan Air, Jabatan Pengairan dan Saliran, SATU dan Pejabat Daerah Kuala Terengganu," katanya.
Ditanya tentang kos, Mamad berkata belum ada perincian namun dijangka lebih RM1 juta diperuntukkan bagi tujuan baik pulih itu, termasuk kos membekalkan air bersih kepada pengguna sepanjang krisis.
Untuk rekod, gangguan bekalan air kali ini adalah yang terburuk pernah berlaku di Terengganu melibatkan lima kawasan Dewan Undangan Negeri serta 104 Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) dan ia juga adalah kerosakan pam yang pertama berlaku di dasar sungai Terengganu.
Kawasan terlibat di Kuala Nerus ialah Bukit Jong, Maras, Gong Badak, Sungai Ikan, Bukit Berangan, Alur Jambu, Gemuroh, Batu Rakit, Tok Jembal, Ladang Sentosa, Alor Damak, Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Malaysia Terengganu, Bukit Sudu, Pagar Besi, Padang Nenas, Mengabang Telipot, Tepoh, Lingai, Mengabang Telong, Padang Hangus, Bukit Wan, Wakaf Tengah dan Pagar Ubi.
Di Kuala Terengganu pula, kawasan yang terjejas ialah Buluh Gading Masjid, Buluh Gading Dewan, sebahagian Banggol Peradong, Kampung Manir, Banggol Tuan Muda, Kampung Tualang, Petai Bubus, Kebor Air, Paya Datu, Teluk Menara dan Jeram.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 10 2021

Mamad (kiri) melihat gambar kerja-kerja baik pulih paip dasar Sungai Terengganu yang pecah pada sidang media di Ibu Pejabat SATU, Kuala Terengganu, 10 Ogos, 2021. --fotoBERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Jentera pulihkan Gaza disekat, 'jentera memusnahkan' pula dibenar masuk ke Israel - Penganalisis
Pelaksanaan gencatan senjata di Gaza ketika ini adalah tidak memuaskan berikutan kegagalan Israel melaksanakan sepenuhnya janji mereka yang melibatkan aspek penghantaran bantuan kemanusiaan.

Bekalan air dari LRA Bukit Temoh kembali pulih - LAP
Bagaimanapun, kerja tambakan tanah dan pemasangan paip baharu di kawasan kejadian tanah runtuh di Taman Bunga Raya, Tapah masih diteruskan.

LRA Bukit Temoh kini beroperasi pada kapasiti 75 peratus - LAP
Situasi bekalan air di kawasan mengalami gangguan akan terus menunjukkan pemulihan positif dan masih dipantau dari semasa ke semasa.

Penduduk utara Sydney diminta didih air sebelum digunakan selepas bakteria E. coli dikesan
Majlis Perbandaran Central Coast keluarkan amaran kepada penduduk di 10 kawasan, kira-kira 50km utara Sydney, bekalan air mereka berpotensi tercemar.

Pulau Pinang salur lebih RM134 juta kepada sekolah Cina sejak 2009 - Chow
Kerajaan Pulau Pinang telah menyalurkan lebih RM134.97 juta kepada sekolah Cina di seluruh negeri itu, sejak 2009.

Johor komited pastikan bekalan air bersih, stabil
Kerajaan negeri sentiasa komited dalam usaha memastikan bekalan air bersih yang stabil dapat dinikmati oleh rakyat.

Empat projek baik pulih di Pasar Siti Khadijah siap Disember lepas - Nik Nazmi
Empat projek baik pulih di Pasar Siti Khadijah dengan kos RM200,000 telah disiapkan pada 9 Dis lepas, kata Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan Nik Nazmi Nik Ahmad.

AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Ini membolehkan agenda nasional seperti Pelan Hala Tuju Transformasi Air dilaksanakan dengan lebih mudah dan bersepadu.

Israel sengaja potong bekalan air untuk hapuskan warga Palestin - HRW
Israel sedang melaksanakan pembasmian dan genosid dalam serangannya ke atas Gaza, khususnya dengan menyekat akses penduduk di sana kepada air.

Kerajaan Persekutuan fokus tingkat pelaksanaan projek pembangunan di Sabah tahun depan - Fadillah
Kerajaan Persekutuan akan memberi fokus kepada meningkatkan pelaksanaan projek pembangunan di Sabah tahun depan.