KUALA TERENGGANU: Gangguan bekalan air kali kedua melibatkan kira-kira 150,000 penduduk di sekitar Kuala Nerus dan sebahagian Kuala Terengganu yang bermula Isnin, dijangka pulih sepenuhnya 12 Sept depan.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri Dr Mamad Puteh berkata kerosakan paip di dasar Sungai Terengganu kali kedua ini, lebih teruk berbanding kejadian pertama pada 2 Ogos lepas.
"Hasil pemeriksaan yang dilakukan enam penyelam mendapati lokasi paip pecah yang baharu terletak 24 meter dari lokasi pertama.
"Buat masa ini, Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) masih dalam proses perbincangan untuk menentukan kaedah terbaik dan berkesan bagi memastikan masalah sama tidak berulang pada masa depan," katanya pada sidang media di sini semalam.
Gangguan bekalan air kali pertama yang melibatkan jumlah pengguna sama berlaku selama 12 hari bermula 2 Ogos disebabkan paip bersaiz 1.2 meter pecah di dasar Sungai Terengganu, namun bekalan air bersih berjaya dipulihkan secara berperingkat pada 13 Ogos.
Dr Mamad berkata siasatan awal mendapati kerosakan kali kedua itu disebabkan kejadian luar jangka sewaktu kerja-kerja pasca pembaikan paip dijalankan.
"Bagi memastikan pengguna yang terjejas mendapat bekalan air bersih, SATU telah menggerakkan 19 buah lori tangki, 200 tangki statik, 86 paip pili serta empat tanker jumbo berkapasiti 38,000 liter dan 30,000 liter.
"Saya mewakili kerajaan negeri dan SATU memohon maaf serta berdukacita atas kesulitan akibat krisis air ini yang telah membantutkan kegiatan ekonomi dan aktiviti rakyat," katanya.
Kawasan di Kuala Nerus yang terjejas ialah keseluruhan Gong Badak, kawasan perindustrian Gong Badak, Alor Jambu, Tok Jembal, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Turut terlibat ialah Tepoh, Padang Hangus, Pagar Ubi, Bukit Sudu, Bukit Jong, Sungai Ikan, Gemuruh, Ladang Sentosa, Padang Nenas, Lingai, Bukit Wan, Maras, Bukit Berangan, Batu Rakit, Alur Damak, Pagar Besi, Mengabang Telipot, Mengabang Telong dan Wakaf Tengah.
Bagi daerah Kuala Terengganu pula, 11 kawasan yang terlibat ialah Buluh Gading Masjid, Buluh Gading Dewan, Kampung Banggol Tuan Muda, Petai Bubus, Paya Datu, Jeram, sebahagian Banggol Peradong, Kampung Manir, Kampung Tualang, Kampung Kebor Air dan Kampung Telok Menara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 24 2021

Dr Mamad berkata, SATU memohon maaf serta berdukacita atas kesulitan akibat krisis air ini yang telah membantutkan kegiatan ekonomi dan aktiviti rakyat.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.

Sidang DUN: Kemajuan projek ECRL Terengganu lebih 40 peratus
Kerja-kerja pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu sudah mencapai kemajuan sebanyak 43.96 peratus setakat Oktober lepas.

66 menara telekomunikasi baharu di Terengganu
Dua syarikat telah dilantik oleh kerajaan Pusat untuk membina semua menara telekomunikasi tersebut di negeri ini.

Projek pembinaan Hospital Dungun kini siap 98.2 peratus - Exco
Hospital tersebut akan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan pada 28 Jan tahun depan.

Krisis bekalan air Terengganu: Berlaku hakisan sepanjang 80 meter di bawah paip
Dalam tempoh 10 tahun, 12 pengusaha pasir diberi kelulusan menjalankan aktiviti mengorek pasir pada jarak 5km daripada kawasan paip tersebut dipasang.

Gangguan bekalan air kali kedua dijangka pulih pada 12 Sept - Exco Terengganu
Kerosakan paip di dasar Sungai Terengganu kali kedua ini, lebih teruk berbanding kejadian pertama pada 2 Ogos lepas.

Gangguan bekalan air berlanjutan, dijangka pulih Sabtu ini
Dr Mamad Puteh memohon maaf kepada semua pengguna yang terjejas kerana gagal membekalkan air bersih pada waktu yang dijanjikan, hari ini.