Menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), terdapat masalah teknikal dan keselamatan melibatkan kerja pengalihan paip sementara di atas bahu jalan Lebuhraya SPRINT.
"Air Selangor mensasarkan kerja-kerja tersebut akan siap sepenuhnya pada jam 10 pagi ini, sejak dimulakan pada jam 12:30 tengah malam, 30 Dis, 2020.
"Bekalan air akan diagihkan setelah kerja-kerja pengalihan paip sementara ini siap," katanya dalam satu kenyataan pagi ini.
![Air Selangor mensasarkan kerja-kerja tersebut akan siap sepenuhnya pada jam 10.00 pagi ini, sejak dimulakan pada jam 12:30 tengah malam, 30 Disember 2020. - Air Selangor](https://img.astroawani.com/2020-12/81609373128_freesize.jpg)
Susulan pelanjutan kerja pembaikan itu, bekalan air yang dijangka pulih sepenuhnya pada jam 6 petang 1 Jan 2021, juga berkemungkinan akan lewat.
Semalam, Air Selangor memaklumkan, kerja pembaikan disebabkan tanah runtuh itu akan mengambil masa 30 jam dan dijangka siap jam 6 pagi ini.
Pengguna di 63 kawasan terjejas di wilayah Petaling dan Kuala Lumpur akan mula mendapat bekalan air secara berperingkat selepas kerja pembaikan siap.
Sumber Facebook airselangor