KOTA KINABALU: Kira-kira 600 penduduk rumah pangsa Seri Indah di Sepanggar, dekat sini, meminta Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) bertindak segera dalam mengatasi masalah bekalan air bersih dihadapi mereka yang sudah berlarutan sejak enam bulan lepas.
Penduduk yang tinggal di rumah pangsa empat tingkat itu turut menyuarakan rasa tertekan akibat gangguan bekalan air bersih, selain kesal kerana tiada sebarang langkah proaktif diambil oleh pihak berkuasa untuk menyelesaikan masalah tersebut meskipun sudah banyak kali membuat aduan.
Seorang penduduk Osman Awang, 65, yang juga pesara kerajaan berkata penduduk terpaksa turun naik tangga mengangkat air memandangkan rumah pangsa berkenaan tiada kemudahan lif, malah lebih memeritkan keadaan sehingga ada yang terpaksa mengeluarkan kos membeli air mineral untuk kegunaan harian.
"Bayangkan macam mana hidup kami yang boleh dikatakan rata-rata penduduk di sini golongan B40 dan miskin tegar. Ada yang berkongsi duit membeli air. Saya sendiri ada dua orang kurang upaya (OKU) di rumah yang memerlukan penjagaan rapi dan memerlukan air yang banyak.
"Pili bomba pun tiada air langsung. Jika berlaku musibah (kebakaran) di sini, bagaimana mahu dapatkan air? Justeru, saya mohon kepada pihak berwajib untuk datang dan melihat keadaan kami di sini seterusnya menyelesaikan masalah ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Seorang lagi penduduk Noraina Robin, 23, yang juga ibu dua anak berkata gangguan bekalan air bersih turut memberi kesan kepada kehidupan mereka sekeluarga dan menjejaskan punca pendapatannya sebagai penjual kuih, selain terpaksa mengeluarkan perbelanjaan bagi membeli air dan tisu untuk kegunaan harian.
DAPATKAN SEMUA BERHUBUNG TRAGEDI BANJIR 2022 DI SINI
"Air langsung tiada. Saya tertekan kerana semua terpaksa menggunakan duit untuk membeli air dan keperluan lain. Suami bekerja sebagai mekanik dan pendapatan tidak menentu. Jualan kuih saya pun terjejas. Jika sebelum ini saya boleh dapat RM100 sehari tetapi sekarang hanya RM40 sahaja," katanya.
Bagi Dougin Kurun, 48, masalah gangguan bekalan air berlaku ketika ini adalah paling buruk yang pernah dialaminya sejak mendiami flat berkenaan.
"Saya tinggal di sini sejak tahun 2000an. Ini adalah kali pertama berlaku gangguan bekalan air selama enam bulan. Sebelum ini ada (masalah air) tetapi tidak seteruk apa yang kami alami sekarang. Saya sangat penat. Selepas balik kerja, sambung lagi mengangkat air ke rumah di tingkat empat.
"(Sebelum ini) saya setiap bulan bayar bil air, tetapi sekarang ini, kalau ada bil datang siapa yang mahu bayar sebab tiada air. Jadi, saya berharap pihak berkuasa bertindak segera mengatasi masalah ini supaya bekalan air boleh disalurkan seperti sedia kala," katanya.
Sementara itu, Ahli Komuniti Sepanggar Hafizul Andie, yang memberi sumbangan air mineral sebagai inisiatif membantu penduduk di rumah pangsa berkenaan berharap lebih ramai badan bukan kerajaan (NGO) tampil menyalurkan bantuan sama kepada penduduk terbabit bagi meringankan beban ditanggung mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 21 2022

Penduduk taman mengambil bekalan air bersih daripada tangki statik yang disediakan oleh Jabatan Bekalan Air (JBA) Labuan ketika ditemui di Taman Perumahan Sungai Bedaun hari ini. - Gambar/ Bernama

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Sabah sasar penurunan kadar air tidak berhasil kepada 54 peratus hujung tahun ini
Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) menyasarkan penurunan kadar air tidak berhasil (NRW) kepada 54 peratus menjelang akhir tahun ini.

DUN Sabah: Shahelemy akui kelemahan pengurusan Jabatan Air, jamin tambah baik kekurangan
DUN Sabah: Shahelemy akui kelemahan pengurusan Jabatan Air, jamin tambah baik kekurangan

Gangguan bekalan air sejak 6 bulan, penduduk mohon tindakan penyelesaian
Kira-kira 600 penduduk rumah pangsa Seri Indah di Sepanggar meminta JANS bertindak segera dalam mengatasi masalah bekalan air bersih dihadapi mereka yang sudah berlarutan sejak 6 bulan lepas.

Tutup bekalan air lebih seminggu, lebih 10,000 penduduk terjejas
Alasan bersifat sambil lewa itu juga telah menyukarkan penduduk terutama ketika berhadapan situasi kecemasan yang berlaku di kawasan berkenaan.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Sabah akan diwujud selesai masalah bekalan air - Bung Moktar
Pindaan terhadap Enakmen Bekalan Air Sabah perlu dibuat di DUN terlebih dahulu sebelum suruhanjaya itu dapat diwujudkan.

22 loji rawatan air di Sabah bermasalah, perlu ditangani segera - Bung Moktar
Sebanyak 22 loji rawatan air di Sabah mengalami masalah dan perlu diatasi segera bagi memastikan penduduk negeri itu menerima bekalan air bersih.

Skandal air Sabah: Perbicaraan serentak mulai 4 April
Tiga tertuduh yang akan dibicarakan serentak bersama Teo ialah bekas Pengarah JANS Awang Tahir Mohd Talib, isterinya Fauziah Piut serta bekas timbalan jabatan itu, Lim Lam Beng.

Indeks Persepsi Rasuah 2017: Tindakan agresif SPRM bantu skor CPI Malaysia
Datuk Akhbar Satar berkata tindakan agresif itu termasuk tangkapan dan mengemukakan tertuduh ke muka pengadilan.

SPRM nafi kes JANS tiada kaitan rasuah
Kenyataan dibuat selepas khabar angin itu mula tular di media sosial yang dibimbangi boleh mengelirukan orang ramai.

23 individu dipanggil bantu siasatan salah guna kuasa Jabatan Air Negeri Sabah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengambil keterangan 23 individu susulan penahanan pengarah dan timbalan pengarah Jabatan Air Negeri Sabah.