RAWANG:Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menawarkan ganjaran RM5,000 kepada mana-mana pihak yang dapat menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya pihak yang membuang bahan tercemar di Sungai Selangor.
Menurut Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, ganjaran itu diberikan selaras dengan komitmen kerajaan dalam Belanjawan 2021.
"Oleh yang demikian, KASA ingin menawarkan ganjaran sebanyak RM5,000.00 kepada mana-mana pihak yang dapat menyalurkan maklumat dan bukti sehingga tertangkapnya pihak yang melakukan pencemaran ini. Sebarang maklumat hendaklah disalurkan kepada [email protected] atau talian hotline JAS di 1-800-88-2727.
"Ganjaran yang diberikan ini adalah selaras dengan komitmen berterusan kerajaan di dalam Belanjawan 2021 yang akan menyediakan peruntukan khas kepada mana-mana yang dapat menyalurkan maklumat tentang sebarang salah laku dan pelanggaran undang-undang, termasuk isu pencemaran sungai," katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.
Ujarnya, KASA amat memandang serius mengenai insiden yang kini memasuki kali ketujuh sehingga Loji Rawatan Air (LRA) di Sungai Selangor dihentikan tugas.
BACA: 1,279 kawasan di Lembah Klang alami gangguan air bermula 6 petang ini
BACA: Bekalan air dijangka pulih esok jika nyah cemar dapat dibuat malam ini - Exco Alam Sekitar
BACA: Kerajaan negeri tidak tolak pencemaran bau Sungai Selangor akibat sabotaj
"Saya amat memandang serius mengenai perkara ini kerana tujuh (7) insiden henti tugas loji rawatan air di Selangor akibat pencemaran sungai pada tahun ini tidak sepatutnya berlaku.
"Selain daripada itu juga, cadangan YB Menteri Kewangan melalui peruntukan sebanyak RM40 juta dalam tempoh lima tahun bagi mengukuhkan aktiviti penguatkuasaan pemantauan kualiti alam sekitar, termasuk mewujudkan 30 stesen pemantauan di seluruh negara akan dapat mempertingkatkan operasi semua agensi di bawah KASA," katanya lagi.
Fareez Azman
Tue Nov 10 2020

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ganjaran itu diberikan selaras dengan komitmen kerajaan dalam Belanjawan 2021. - Gambar fail/BERNAMA
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Sebanyak 23 sungai tercemar di Malaysia, 13 sungai di Johor
Sebanyak 23 sungai di Malaysia disenaraikan tercemar sepanjang tahun lalu dengan 13 sungai daripada terletak di Johor.

Surat kelulusan untuk berunding, bukan lulus projek - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul jawab pendedahan Rafizi Ramli.

PBT, kementerian berkaitan digesa bersama-sama ambil langkah atasi banjir - Mansor
PBT dan kementerian berkaitan digesa ambil langkah jangka pendek dan panjang bagi menangani isu banjir yang berlaku di negeri masing-masing.

Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.

KASA kenal pasti langkah mitigasi banjir di seluruh negara
Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah mengenal pasti beberapa langkah mitigasi jangka panjang dan jangka pendek dalam usaha mengatasi masalah banjir di seluruh negara.

Kerajaan tidak berhasrat swastakan pengurusan, operasi dagangan karbon
Sebaliknya, kerajaan sedang membangunkan platform tunggal perdagangan karbon peringkat domestik.

Malaysia tuan rumah Mesyuarat MSC Mengenai Jerebu 2022
KASA dalam kenyataan memaklumkan mesyuarat itu dijangka diadakan pada Mei 2022 di Putrajaya namun tertakluk kepada situasi semasa pandemik COVID-19.

Keputusan dalam UNFCCC COP-26 penting untuk pelaksanaan Perjanjian Paris - Tuan Ibrahim
KASA mengalu-alukan keputusan yang dipersetujui di Persidangan Ke-26 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC COP-26).

Tuan Ibrahim ketuai delegasi ke COP26, meterai Deklarasi Pemimpin
Malaysia menandatangani Deklarasi Pemimpin mengenai Hutan dan Guna Tanah dan Ikrar Metana Global.

KASA komited jadikan Malaysia sebagai hab air serantau menjelang 2040
KASA juga komited dalam memastikan kecukupan sumber air dan jaminan bekalan air bersih kepada seluruh rakyat di negara ini menerusi Pelan Transformasi Sektor Air 2040.