DUNGUN:Gara-gara cuba mengelak seekor ular, seorang peneroka bersama anaknya maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda.
Kemalangan itu berlaku di kilometer 61 Jalan Jerangau-Jabor pada kira-kira jam 10 pagi Khamis.
Nahas itu menyebabkan mangsa, Mohamed Jenal, 61 tahun dan anak perempuannya Mardiah Mohamed, 26 tahun maut di tempat kejadian.
Ketika kejadian, kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari kediamannya di Felda Jerangau Barat menuju ke bandar Dungun.
Sejurus tiba di lokasi kejadian, kereta jenis Proton Gen 2 yang dipandu Mohamed dikatakan cuba mengelak seekor ular sawa yang sedang melintas jalan menyebabkan kereta tersebut memasuki laluan bertentangan.
Akibat dari itu kereta yang dinaiki mangsa dikatakan telah bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitshubishi Triton yang dipandu oleh seorang lelaki.
Impak dari pelanggaran tersebut, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan kejadian tersebut.
Katanya mayat kedua beranak itu dibawa ke unit forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera turut menerima rawatan di hospital yang sama.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Astro Awani
Thu Oct 22 2020

Nahas itu menyebabkan kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Gara-gara elak ular, dua beranak maut kemalangan dengan kenderaan 4x4
Gara-gara cuba mengelak seekor ular, seorang peneroka bersama anaknya maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda.