GARA-GARA malu ditegur, seorang lelaki, 24, menikam bapa kandungnya pada leher menggunakan pisau sehingga mati dalam kejadian di Jakarta Barat.
Ketua Polis Cengkareng, Komisioner H. Khoiri berkata kejadian tersebut berlaku apabila tertuduh membantu rakannya membaiki televisyen di sebuah rumah sambil meminum minuman keras.
Pada masa yang sama, bapanya yang melintasi lokasi tersebut lalu menegur perbuatan itu lalu mengarahkannya pulang ke rumah.
“Akibat rasa malu, suspek akhirnya membuat keputusan untuk pulang,” katanya.
Susulan itu, suspek bertikam lidah dengan bapanya kerana tidak dapat menerima teguran yang diberikan lelaki itu.
Perasaan kesal yang ditambah pengaruh alkohol menyebabkan suspek naik berang lalu mengambil pisau dan menikam bapanya pada leher.
Akibat kecederaan parah mangsa dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia.
Suspek kemudian ditahan pihak polis bagi membantu siasatan kes bunuh.
Agensi
Fri Feb 01 2019

Perasaan kesal yang ditambah pengaruh alkohol, pesalah naik berang lalu mengambil pisau dari dapur dan menikam ayahnya pada lehernya. - jakarta.tribunnews.com
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Tikam anak sehingga maut hanya kerana rosakkan motosikal
Suspek dipercayai hilang kawalan selepas mendapati motosikalnya rosak selepas dijatuhkan secara tidak sengaja oleh mangsa.

'Hadiah paling bermakna' - Lelaki derma buah pinggang buat bapa
Pemindahan buah pinggang untuk ayahnya merupakan hadiah paling bermakna dan berharga yang pernah dia berikan kepada insan istimewa ini.

Walau garang sekalipun, anak lelaki tetap cari idolanya
Sebagai ayah, layanlah anak lelaki dan ajar mereka aktiviti yang boleh merapatkan hubungan kasih sayang. Jadilah idola buat anak-anak lelaki.

Elakkan marah dengan emosi, dalam keadaan tidak tenteram jauhkan diri daripada anak
Bukan untuk anak-anak sahaja, kita sendiri kalau kena marah dengan kata-kata penuh emosi, turut sama akan menjauh hati.

Afdlin Shauki kehilangan ayah, catatan di Instagram undang sebak
Catatan Afdlin mengenai pemergian bapanya undang rasa sebak.

Gara-gara malu ditegur, anak tergamak tikam bapa kandung hingga mati
GARA-gara malu ditegur, seorang lelaki, 24, menikam ayah kandungnya pada leher menggunakan pisau bebentuk melengkung sehingga mati.

Ayah keluar awal dari biasa, bertugas iring kertas SPM - anak anggota polis
Khairul Nizam Roslan, anak kedua Allahyarham Sarjan Mejar Roslan Maon, berkata ketika itu baru sahaja 4 pagi menyebabkan dia hairan mengapa ayahnya bersiap terlalu awal untuk pergi bekerja.

'Kalau ayah boleh cakap dan berjalan...' Aizat dedah cerita sebenar single baharu untuk PM
Lagu bertajuk Harapan Jadi Nyata itu bercerita tentang perjuangan mencapai impian, ia diangkat dari puisi bapanya yang didedikasikan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Ayah letak gambar I dalam dompet, dapat tahu masa ayah jatuh sakit"
Penyanyi Isma tersentuh hati apabila mengetahui bapanya sentiasa menyimpan gambarnya sehingga beliau jatuh sakit.

'Ayah babi' - netizen serang insta Dua Lipa
Instagram Dua Lipa kemudiannya diserang oleh netizen dari Malaysia yang mempersendakan penggunaan perkataan itu.