Sejak Perintah Kawalan Pergerakan PKP berkuatkuasa 18 Mac lalu warga media sosial semakin kreatif menghasilkan pelbagai cabaran atau challenge .
Daripada cabaran tik-tok, cabaran buat lagu berkaitan COVID-19, cabaran hasilkan muzik latar ucapan perdana menteri sehinggalah cabaran memasak.
Di Sarawak tidak terkecuali dan antara yang paling mendapat perhatian adalah Penyaram Challenge. Penyaram adalah sejenis kuih tradisional yang turut dikenali sebagai cucur jawa di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.
Bezanya cucur jawa menggunakan gula melaka sebagai bahan utama tetapi bagi penyaram gula apong pelengkap rasa.
Gula apong atau gula nipah amat terkenal sebagai bahan pemanis juadah tradisi Sarawak.
Kerana sambutan terhadap Penyaram Challenge, gula apong semakin sukar didapati di pasaran sekitar Kuching.
Astro AWANI ke Saribas bagi bertemu Hambali Amin, penjawat awam yang mengusahakan perniagaan gula apong sebagai pendapatan sampingan.
Jelas Hambali, berbeza dengan gula melaka, tekstur gula apong lebih lembut.
Proses pembuatannya pula mengambil masa dan perlukan kesabaran.
"Prosesnya bermula pada sebelah petang yang mana nira pokok nipah akan dikumpul ke dalam buluh.
"Keesokan harinya baru hasilnya diambil sebelum dimasak menggunakan kawah besar lebih kurang enam hingga lapan jam sampai masak dan likat," jelas Hambali.
Menurutnya nya lagi berbanding gula pasir atau gula tebu, gula apong adalah lebih baik kerana ia dihasilkan 100 peratus daripada nira nipah.
"Air nira dimasak tanpa tambahan bahan lain.
"Saya sendiri menggunakan gula apong sebagai pemanis kopi sebagai pengganti gula putih," tambahnya.
Hambali yang terlibat dalam perniagaan gula apong sejak 30 tahun lalu mengerti jika mahu perniagaannya lebih maju, kaedah pemasarannya perlu mengikut peredaran zaman.
Sejak lima tahun lalu dia sudah aktif menjual gula apong menerusi media sosial.
Bahkan Hambali turut membantu orang kampung untuk memasarkan produk mereka menerusi dalam talian.
"Saya melihat orang kampung ini pandai berniaga tapi untuk memasarkan produk hingga ke Semenanjung, Sabah dan Brunei mereka tidak tahu caranya.
"Jadi saya ambil inisiatif untuk memasarkan gula apong ini," ujar Hambali.
Bagi Hambali 'Penyaram Challenge' telah membantu melariskan perniagaannya.
Pada masa sama dia juga mahu generasi baharu mempelajari resepi tradisi lain yang berasaskan gula apong antaranya selorot, kuih bongkol, nasi manis, nasi kering, dan kuih deram.
Tidak ketinggalan pencuci mulut viral iaitu aiskrim gula apong.
Astro Awani
Sat Apr 11 2020

Penyaram antara juadah tradisi nusantara yang dihasilkan menggunakan gula apong di Sarawak. - Foto Facebook @ilovesarawak

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes

Agong berangkat tiba di Brunei sempena lawatan khas
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berangkat tiba di Bandar Seri Begawan, Brunei sempena lawatan khas hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

ASEAN 2025: Malaysia, Thailand dan Brunei kongsi kebimbangan situasi di Myanmar
Kementerian Luar Negeri berkata situasi di Myanmar menjadi antara isu yang berbangkit dalam kedua-dua mesyuarat bilateral melibatkan Malaysia hari ini.

Malaysia, Brunei terus perkukuh hubungan dan kerjasama
Malaysia dan Brunei terus memperkukuh hubungan serta kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.

Warga asing didenda seludup minuman beralkohol di Brunei
Pegawai kastam Brunei telah menahan sebuah kenderaan untuk pemeriksaan pada Rabu dan menemukan 192 tin minuman beralkohol.

Festival Makanan Malaysia 2024 tawar hidangan pelbagai rasa, diplomasi budaya ke Brunei
Festival Makanan bertujuan untuk mempromosikan masakan Malaysia kepada masyarakat Brunei dan mengukuhkan diplomasi budaya.

Agong, Permaisuri tiba di tanah air dari Brunei
Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat dinaiki Seri Paduka Baginda berdua selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bharu.

Agong, Raja Permaisuri berkenan bertemu rakyat Malaysia di Brunei
Kira-kira 300 diaspora Malaysia hadir dalam majlis berkenaan antaranya ahli perniagaan, Persatuan Warganegara Malaysia dan Persatuan Kebajikan Melayu Se-Malaysia.

Agong tiba di Brunei untuk lawatan negara tiga hari
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat tiba di Bandar Seri Begawan bagi memulakan lawatan negara ke Brunei selama tiga hari bermula hari ini.

Agong, Permaisuri berangkat ke Brunei untuk lawatan negara
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda berdua berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 9.30 pagi.