AMPANG: Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan polis selepas menumbuk bekas isterinya di sebuah rumah di Ampang pada Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, suspek ditahan di rumah bekas isterinya kira-kira jam 6.38 petang semalam.
"Pada 23 Julai 2022, lebih kurang jam 4.30 petang, semasa tiba di rumah pengadu iaitu seorang perempuan berumur 47 tahun mendapati pintu pagar rumah telah dicabutkan.
"Setelah pemeriksaan di dalam rumah dijalankan didapati rumah dalam keadaan berselerak," jelasnya dalam kenyataan pada Ahad.
Ujarnya, pengadu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Pandan pada hari yang sama sebelum pulang semula ke rumahnya.
Bagaimanapun, setibanya di rumah, berlaku pergaduhan di antara pengadu dan bekas suaminya sebelum pengadu ditumbuk.
"Semasa di Balai Polis Pandan Indah untuk membuat laporan polis, pengadu telah dimaklumkan oleh anaknya bahawa bekas suami berada di dalam rumah.
"Setelah pengadu pulang ke rumah, berlaku pergaduhan dan pengadu telah ditumbuk oleh suspek.
"Pengadu mengalami kecederaan sakit di bahagian rahang kanan, kepala dan tengkuk dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Ampang," jelas Mohamad Farouk lagi.
Tambahnya, hasil ujian air kencing dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis THC (11-Nor Delta 9 Tetra Hydrocannobil).
Turut ditemukan tiga paket plastik lutsinar disyaki dadah jenis ganja milik suspek.
Pemeriksaan lanjut mendapati suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah.
"Punca kejadian kerana tidak berpuas hati apabila suspek tidak dapat berjumpa dengan anak," kata Mohamad Farouk lagi.
Suspek kini direman selama empat hari sehingga 27 Julai depan bagi membantu siasatan.
Kes disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 6 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumahtangga 2012.
Fareez Azman
Sun Jul 24 2022

Mangsa mengalami kecederaan di bahagian rahang kanan, kepala dan tengkuk.- Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Suami pukul isteri gara-gara mahu pindah dari rumah mentua
Siasatan awal mendapati pelaku naik angin setelah mangsa mengajaknya tinggal di rumah sewa.

Lelaki mengaku pukul isteri guna bongkah kayu ukiran gajah
Dia dituduh di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama 326A kanun sama.

Pukul isteri dengan batang penyapu sawang, penghantar barang dipenjara lima tahun
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara daripada tarikh tangkap pada 21 Ogos lepas.

Suami mengaku salah tendang, pukul isteri dengan batang penyapu
Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul isterinya dengan batang penyapu sawang, menampar dan menendang wanita itu, empat hari lepas.

Mahkamah lepas tanpa bebas suami pukul isteri dengan batang mop, kayu besbol
Mahkamah Sesyen hari ini melepaskan tanpa membebaskan seorang lelaki atas pertuduhan memukul isterinya menggunakan batang mop dan kayu besbol serta membaling kerusi plastik ke atas wanita itu.

Video tular: Lelaki didakwa curang tak mengaku bersalah pukul isteri
Lelaki yang videonya tular kerana memukul isteri dalam satu kejadian didakwa berkaitan dengan perbuatan curangnya di sebuah hotel, dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada Selasa.

Polis siasat dakwaan suami pukul isteri di Port Dickson
Siasatan mendapati pergaduhan antara suami isteri itu berlaku pada 24 Mei lepas dan puncanya dipercayai akibat lelaki itu berlaku curang.

Suami mengaku salah pukul isteri dengan batang mop, kayu besbol
Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memukul isterinya menggunakan batang mop, kayu besbol dan membaling kerusi plastik terhadapnya.

Lelaki pukul isteri guna dumbel hingga maut direman seminggu
Perintah reman bermula Sabtu hingga Jumaat depan itu dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar Saidatul Akmar Suberi.

Penganggur dipenjara cederakan isteri
Seorang penganggur dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas pertuduhan mencederakan isterinya.