PENYANYI Black Hanifah mendedahkan tuduhan kononnya memiliki kapal mewah hasil 'cuci duit' atau pengubahan wang haram memberi kesan mendalam kepada kehidupannya.
Menurut Black, meskipun tuduhan itu tidak menyebabkannya mengalami kerugian dalam perniagaan, namun dia telah kehilangan kepercayaan oleh orang terdekat.
"Kesan daripada tuduhan jahat ini mahal. Saya tidak mengalami kerugian dalam perniagaan kerana isu ini.
"Cuma saya kehilangan kepercayaan oleh orang terdekat seperti keluarga dan rakan-rakan.
"Dari seorang yang mereka sangkakan saya transparent dan jujur, terpaksalah menghabiskan minggu ini dengan menjawab beratus panggilan telefon, beribu mesej Whatsapp hanya untuk menjelaskan perkara sebenar," luahnya.
Penyanyi lagu Hanyut itu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi hantaran berkenaan dia memuat naik video tentang sedikit sedutan penjelasannya yang turut dimuat naik di laman Telegram.
Katanya, disebabkan fitnah berkenaan dia berhadapan dengan banyak masalah termasuk masalah kesihatan mental.
"Disebabkan fitnah itu, banyak masalah yang berlaku termasuk saya mengalami anxiety yang teruk sehingga saya terpaksa berjumpa dengan doktor pakar.
"Memang benar saya ada villa dan yatch di Langkawi...Sebenarnya Melayu sahaja yang suka tengok orang Melayu jatuh...tidak semua, tetapi segelintir," katanya dalam video berkenaan.
Difahamkan penjelasan penuh itu dimuat naik di aplikasi Telegram khas buat peminat mengenalinya lebih dekat.
"Full video di Telegram channel. Link disediakan di Bio. To all my fans, ini adalah proses untuk kenal Black dengan lebih rapat," ujarnya.
Terdahulu, tular di media sosial sebuah video yang mendakwa pelantun lagu Teman Pengganti itu memiliki sebuah kapal mewah di Pulau Langkawi.
Dakwaan tersebut turut mempersoalkan kemampuan Black untuk membeli aset itu sehingga tercetus spekulasi dia terlibat dengan sindiket pengubahan wang haram.
Artikel disiarkan di Gempak
Gempak
Mon May 22 2023

Menurut Black, disebabkan fitnah berkenaan dia berhadapan dengan banyak masalah termasuk masalah kesihatan mental. - Gempak
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

PRN: Penyanyi Black Hanifah bantu kempen calon BN Sungai Air Tawar
Kempen PRN di kerusi DUN Sungai Air Tawar dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi popular Black Hanifah bagi membantu kempen calon Barisan Nasional Datuk Rizam Ismail.

Gara-gara tuduhan 'cuci duit', Black Hanifah hilang kepercayaan orang terdekat
Penyanyi Black Hanifah mendedahkan tuduhan kononnya memiliki kapal mewah hasil 'cuci duit' atau menggubah wang haram memberi kesan mendalam kepada kehidupannya.

'Percayalah kebolehan anak Melayu' - Black Hanifah jawab dakwaan miliki kapal mewah hasil cuci duit
Isu berkenaan kecoh di media sosial sejak awal minggu ini dan Black akhirnya tampil memberi kenyataan.

Nak bergimik boleh tapi jangan rendahkan martabat anak seni - Black
Untuk mencari bakat baharu bukanlah satu perkara yang sukar memandangkan masih ramai orang di luar sana yang mencari tempat untuk menyinar.

'Ni bukan comel tau, ni cantik' - komen netizen selepas Black dedah wajah anak kedua
Secantik namanya baby girl Black ni.

Achey menggelabah bila isteri hilang dalam gua
Pengalaman itu dilalui sendiri Achey yang tidak tahu ke mana isterinya menghilangkan diri dalam sekelip mata.

Lalui detik cemas kerana durian, Black cuak bayi dalam kandungan tak bergerak
Black Hanifah melalui detik cemas apabila bayi dalam kandungan isterinya tidak bergerak seperti biasa.