KOTA BHARU: Kementerian Pendidikan (KPM) dijangka membentangkan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0 pada bulan ini, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin.
Beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) berkaitan garis panduan tersebut ketika ini di peringkat akhir perincian sebelum diumumkan.
"Kami mengambil kira semua pandangan termasuk daripada Kementerian Kesihatan (KKM) kerana ia penting supaya guru-guru dan murid sekolah berada dalam keadaan selamat dan terhindar daripada wabak COVID-19," katanya.
Beliau berkata demikian selepas meninjau hari pertama pengoperasian sekolah tanpa menggunakan sistem penggiliran di Sekolah Kebangsaan Seri Ketereh, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Radzi berkata SOP tersebut turut melibatkan aktiviti kokurikulum di sekolah yang sebelum ini hanya dibenarkan diadakan di kawasan sekolah sahaja.
"Selain itu, bagi pelajar tinggal di asrama yang mempunyai kontak rapat kepada pesakit positif COVID-19, namun tidak bergejala mereka tidak perlu menjalani kuarantin kendiri dan boleh hadir ke kelas seperti biasa.
"Kami harap semua masyarakat termasuk guru, ibu bapa dan pelajar sekolah supaya sentiasa mematuhi segala SOP yang ditetapkan kerajaan supaya pelajar ini dapat belajar secara bersemuka seperti biasa tanpa menggunakan sistem penggiliran lagi," katanya.
Seramai 130,177 pelajar dari Kumpulan A melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor memulakan sesi persekolahan hari ini secara bersemuka tanpa menggunakan sistem penggiliran.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 17 2022

Radzi (kanan) beramah mesra bersama murid Tahun Lima Khalish Rifaie Abdullah semasa beliau meninjau sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Seri Ketereh hari ini. -Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Bersatu Wilayah Persekutuan bentuk badan pimpinan baharu sebagai persiapan PRU16
Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Wilayah Persekutuan, Datuk Radzi Jidin telah memuktamadkan jawatankuasa BPN bagi penggal 2024-2027.

YB Putrajaya yang mansuh UPSR dan PT3, bukan saya - Fadhlina
Pihak yang mempertikai pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) perlu merujuk kepada bekas Menteri Pendidikan, Datuk Radzi Jidin.

PRK Nenggiri: Bersatu akui sukar pilih calon bertanding
Mohd Radzi berkata, setiap keputusan dilakukan dengan penuh cemerlang kerana Bersatu tidak mahu sejarah berulang kembali.

Urus niaga mencurigakan, tiada keperluan mendesak jual pegangan MAHB - Radzi Jidin
Beliau mempersoalkan tindakan kerajaan yang dilihat terlalu gelojoh untuk mengeluarkan MAHB daripada Bursa Malaysia.

'Saya tiada kuasa arah turunkan kandungan media sosial' - Fahmi
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tiada kuasa untuk mengarahkan penyedia platform media sosial termasuk TikTok menurunkan mana-mana kandungan.

Suhaili terima keputusan Bersatu gantikan beliau dengan Radzi
Datuk Suhaili Abdul Rahman menerima keputusan pucuk pimpinan Bersatu untuk menggantikan beliau dengan Datuk Radzi Jidin sebagai Ketua Bahagian Bersatu Wilayah Persekutuan dan Labuan.

Dakwaan rasuah, Radzi Jidin belum dipanggil - Azam Baki
SPRM belum memanggil bekas Menteri Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berhubung projek percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah.

"Tak dengar sepatah pun gaji progresif dalam Belanjawan 2024" - Radzi
Radzi menegaskan Belanjawan 2024 sepatutnya memberi gambaran yang jelas tentang hala serta dan dasar yang ingin dibawa oleh kerajaan.

Rasuah buku J-Qaf: Banyak bukti baharu dikumpulkan, kes masih disiasat - Azam Baki
Azam Baki berkata siasatan masih dijalankan ketika ini dan memerlukan masa untuk dilengkapkan.

SPRM tak tolak kemungkinan panggil Radzi Jidin - Azam
SPRM tidak menolak kemungkinan memanggil bekas Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md Jidin bagi membantu siasatan berkaitan projek percetakan buku bernilai kira-kira RM80 juta.