KUALA LUMPUR: Sumber tenaga seperti gas asli masih menjadi antara pilihan paling berdaya maju bagi memenuhi permintaan di masa depan, kata Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Tenaga Baharu Petroliam Nasional Bhd (Petronas) Adnan Zainal Abidin.
Menurutnya, keperluan memenuhi jurang permintaan pasaran itu juga disebabkan terdapat segelintir negara yang terpaksa bergelut dengan kenaikan harga tenaga berikutan pembukaan semula lebih banyak sektor ekonomi serta operasi ke tahap menyamai sebelum pandemik COVID-19.
Beliau berkata, gas asli juga dapat mengimbangi kemampanan, kemampuan dan jaminan permintaan tenaga masa depan ketika peralihan kepada karbon rendah di masa akan datang.
"Gas asli dan gas asli cecair (LNG) yang juga bahan api fosil paling bersih, dijangka terus berkembang dan menyumbang sebahagian besar dalam campuran tenaga utama," katanya dalam ucapan perasmian pada acara Simposium Gas Malaysia (MyGAS 2021) secara maya di sini.
Malah, Adnan berkata gas asli dan LNG juga merupakan sumber tenaga paling serba boleh berikutan kegunaannya bagi tujuan penjanaan tenaga, industri, pemanasan, komersial serta pengangkutan.
Beliau turut memetik satu kajian oleh firma perunding, McKinsey, yang menyifatkan bahawa permintaan gas dijangka kekal berdaya tahan sehingga 2050 walaupun dalam senario lonjakan peralihan tenaga bagi memenuhi sasaran perubahan iklim global.
Selain itu, Jabatan Tenaga Amerika Syarikat turut mengunjurkan peningkatan penggunaan global sebanyak 40-45 peratus manakala Unjuran Tenaga Dunia oleh Agensi Tenaga juga menjangkakan gas mewakili satu perempat daripada campuran utama menjelang 2040, katanya.
Sehubungan itu, Adnan menjangkakan fosil akan terus memainkan peranan penting dalam campuran tenaga global bagi tahun-tahun akan datang.
"Peranan tenaga boleh baharu akan berkembang, namun ada kekangannya. Bekalan tenaga solar dan sumber angin yang tidak bersambung atau berterusan kerana memerlukan penyelesaian penyimpanan tenaga yang masih mahal ketika ini.
"Sumber tenaga boleh baharu lain seperti hidrogen hijau pula masih di peringkat awal dan melibatkan kos pengeluaran lebih tinggi berbanding bahan api fosil," katanya.
Di Malaysia, gas asli juga terbukti berperanan penting dalam menjana ekonomi negara sejak berdekad lamanya menerusi penemuan di Miri, Sarawak pada 1960-an dan luar pesisir Sememanjung Malaysia pada 1980-an.
Adnan berkata, akses ke atas gas asli telah menggalakkan alternatif tenaga negara kepada sumber lebih bersih, meningkatkan keselamatan atau jaminan tenaga, melonjakkan perindustrian dan menyediakan berjuta-juta pekerjaan selain memberi hasil pendapatan mencecah berbilion ringgit untuk Malaysia.
"Namun, sebagaimana yang kita tahu, gas asli dan sumber asli adalah terhad. Pada masa ini, adalah mencabar untuk membawa sumber gas ini pada volum serta kos di tahap seperti sebelumnya.
"Oleh itu, langkah melanjutkan serta meningkatkan bekalan gas menjadi strategi utama untuk Petronas menangani permintaan tinggi terhadap gas.
"Bagi mencapai sasaran itu, kita memerlukan pasaran domestik dan kalangan pengguna akhir untuk mewujudkan ekosistem kondusif yang dapat meneruskan pelaburan huluan bagi pengeluaran gas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 22 2021
![Gas asli mampu tampung permintaan susulan kenaikan harga tenaga Gas asli mampu tampung permintaan susulan kenaikan harga tenaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71637616513_AdnanZainolAbidin.jpg)
Adnan berkata gas asli juga dapat mengimbangi kemampanan, kemampuan dan jaminan permintaan tenaga masa depan ketika peralihan kepada karbon rendah di masa akan datang. - Facebook Malaysian Gas Association
![Pempengaruh media sosial diingatkan tidak keterlaluan hasilkan kandungan - Fahmi Pempengaruh media sosial diingatkan tidak keterlaluan hasilkan kandungan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738991687_FahmiFadzil.jpg)
Pempengaruh media sosial diingatkan tidak keterlaluan hasilkan kandungan - Fahmi
Pempengaruh media sosial diingatkan untuk berpada-pada dan tidak keterlaluan dalam menghasilkan kandungan semata-mata bagi mendapatkan tontonan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
AWANI Ringkas: Uniform celoreng tentera selaras amalan negara lain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Cubaan curi dalam pesawat, lelaki warga asing ditahan Cubaan curi dalam pesawat, lelaki warga asing ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738991353_TBLAPANGAN.jpg)
Cubaan curi dalam pesawat, lelaki warga asing ditahan
Polis menahan seorang lelaki warga asing berumur 52 tahun kerana disyaki terlibat dalam cubaan mencuri di dalam pesawat, semalam.
![KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738994165_FadhlinaSidek.jpg)
KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina
KPM tidak pernah membenarkan mana-mana syarikat swasta atau sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan masuk ke sekolah-sekolah.
![Banjir Sabah, Sarawak: Baik pulih sekolah terjejas libatkan kos besar Banjir Sabah, Sarawak: Baik pulih sekolah terjejas libatkan kos besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738990621_FadhlinaSidek.jpg)
Banjir Sabah, Sarawak: Baik pulih sekolah terjejas libatkan kos besar
Kementerian Pendidikan (KPM) menjangkakan kos membaik pulih keseluruhan sekolah dan premis yang mengalami kerosakan akibat banjir di Sabah dan Sarawak melibatkan jumlah perbelanjaan yang sangat besar.
Agrobank sasar 80,000 penyertaan bagi Kempen Mega Million 2.0
Agrobank menyasarkan penyertaan 80,000 peserta bagi Kempen Mega Million 2.0 yang berlangsung dari 1 November, 2024 hingga 31 Oktober, 2025.
![Trump umum henti akses keselamatan dan taklimat risikan harian Biden Trump umum henti akses keselamatan dan taklimat risikan harian Biden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738989913_BidenTrump.jpg)
Trump umum henti akses keselamatan dan taklimat risikan harian Biden
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat mengumumkan bahawa beliau menghentikan akses keselamatan bekas presiden Joe Biden serta menamatkan taklimat risikan hariannya, lapor Xinhua.
![KDN kenakan perintah larangan tiga judul buku termasuk puisi masturbasi KDN kenakan perintah larangan tiga judul buku termasuk puisi masturbasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738990557_KDN.jpg)
KDN kenakan perintah larangan tiga judul buku termasuk puisi masturbasi
Kerajaan mengenakan Perintah Larangan ke atas tiga judul penerbitan buku, berikutan dikhuatiri memudaratkan kemoralan masyarakat Malaysia.
[TERKINI] KDN haramkan tiga buku
KDN memaklumkan perintah larangan tiga buku iaitu My Shadow Is Purple oleh Scott Stuart, Koleksi Puisi Masturbasi oleh Amir Hamzah bin Akal Ali (Benz Ali) dan All That’s Left In The World oleh Erik J. Brown.
![Penunggang motosikal maut langgar lori pancit tepi jalan Penunggang motosikal maut langgar lori pancit tepi jalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738987908_Penunggangmotosikal.jpg)
Penunggang motosikal maut langgar lori pancit tepi jalan
Penunggang motosikal maut selepas melanggar bahagian belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan akibat tayar pancit di Kilometer 222.4 Lebuhraya Utara-Selatan.
![Pendapatan Gas Malaysia susut disebabkan kelemahan dalam volum jualan gas asli Pendapatan Gas Malaysia susut disebabkan kelemahan dalam volum jualan gas asli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81608361418_GasMalaysiaBhd.jpg)
Pendapatan Gas Malaysia susut disebabkan kelemahan dalam volum jualan gas asli
Keuntungan bersih Gas Malaysia Bhd susut kepada RM383.40 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023 (TK2023) berbanding RM389.54 juta yang dicatatkan semasa tahun sebelumnya.
![Untung bersih suku ketiga FGV susut kepada RM31.98 juta Untung bersih suku ketiga FGV susut kepada RM31.98 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81701248054_FGVQuaterAstro.jpg)
Untung bersih suku ketiga FGV susut kepada RM31.98 juta
Keuntungan bersih FGV Holdings Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2023 susut kepada RM31.98 juta daripada RM241.67 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.
![MyGAS 2023 bincang peranan penting gas asli dalam peralihan tenaga MyGAS 2023 bincang peranan penting gas asli dalam peralihan tenaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700128757_TBMYGASjpg.jpg)
MyGAS 2023 bincang peranan penting gas asli dalam peralihan tenaga
MyGAS 2023 menyediakan platform untuk penggubal dasar dan peneraju industri dari seluruh dunia membincangkan peranan gas dalam peralihan tenaga.
![Malaysia kekal pengeksport LNG kelima terbesar pada 2022 Malaysia kekal pengeksport LNG kelima terbesar pada 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61676001413_PetronasTwinTowers.jpg)
Malaysia kekal pengeksport LNG kelima terbesar pada 2022
Malaysia mengekalkan kedudukannya sebagai pengeksport gas asli cecair (LNG) kelima terbesar pada 2022 selepas Australia, Amerika Syarikat, Qatar dan Rusia.
![Semakan semula pelan pembangunan Blok Kasuri Genting dapat kelulusan dari Indonesia Semakan semula pelan pembangunan Blok Kasuri Genting dapat kelulusan dari Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676306871_OilRig.jpg)
Semakan semula pelan pembangunan Blok Kasuri Genting dapat kelulusan dari Indonesia
Semakan semula POD 1 bertujuan membekalkan 230 juta mmcfd gas asli ke loji FLNG selama tempoh 18 tahun.
![Iran rancang tambah pengeluaran gas dari Teluk Parsi Iran rancang tambah pengeluaran gas dari Teluk Parsi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670226950_TBiran.jpg)
Iran rancang tambah pengeluaran gas dari Teluk Parsi
Projek pembangunan itu akan meningkatkan pengeluaran gas Iran sehingga 56 juta meter padu sehari.
![Untung bersih Gas Malaysia melonjak kepada RM107.34 juta pada suku kedua Untung bersih Gas Malaysia melonjak kepada RM107.34 juta pada suku kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81608361418_GasMalaysiaBhd.jpg)
Untung bersih Gas Malaysia melonjak kepada RM107.34 juta pada suku kedua
Prestasi ini didorong terutama oleh keuntungan kasar dan pendapatan kewangan lebih tinggi serta kos kewangan lebih rendah.
![Korea Selatan bekalkan gas ke Eropah susulan krisis Ukraine Korea Selatan bekalkan gas ke Eropah susulan krisis Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-02/61487670734_SouthKoreaFLag.jpg)
Korea Selatan bekalkan gas ke Eropah susulan krisis Ukraine
Korea Selatan memutuskan untuk membekalkan sebahagian daripada gas LNGnya ke Eropah.
![Bank Dunia beri amaran kenaikan harga makanan, tenaga akibat konflik Rusia-Ukraine Bank Dunia beri amaran kenaikan harga makanan, tenaga akibat konflik Rusia-Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51651046761_pelantarminyaksaw.jpg)
Bank Dunia beri amaran kenaikan harga makanan, tenaga akibat konflik Rusia-Ukraine
Kenaikan kos tenaga dalam tempoh dua tahun lalu adalah yang tertinggi sejak 1973.
![Rusia hentikan bekalan gas asli ke Poland, Bulgaria Rusia hentikan bekalan gas asli ke Poland, Bulgaria](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41651032888_PolandsPrimeMinis.jpg)
Rusia hentikan bekalan gas asli ke Poland, Bulgaria
Perdana Menteri Poland Mateusz Morawiecki mengesahkan menerima notis daripada Gazprom untuk menggantung bekalan gas.