PUTRAJAYA: Syarikat automotif China, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) akan melabur RM30 bilion bagi pembangunan dan pengkomersialan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim, Perak.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, ia susulan lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China, baru-baru ini.
Menurutnya, ia juga bakal membuka lembaran baharu ekosistem penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia
"AHTV itu akan merangkumi rantaian nilai automotif dan mobiliti meluas, merangkumi pusat penyelidikan, pembangunan global berteknologi tinggi, perkhidmatan sokongan dan ekosistem berkaitan untuk industri kenderaan tenaga baharu di Malaysia," katanya pada pada sidang media mengenai hasil lawatan Anwar ke China, di sini pada Khamis.
Selain Geely, Li Kang berkata, dua lagi syarikat pengeluar EV akan datang melawat Malaysia pada Sabtu ini bagi menerokai peluang pelaburan.
Menurutnya, dua syarikat berkenaan tidak termasuk dalam komitmen pelaburan berjumlah RM170 bilion yang dipersetujui Malaysia-China dalam lawatan Perdana Menteri sebelum ini.
"Dua syarikat itu adalah China Harmony Auto Holding Limited dan GAC Aion New Energy Automobile Limited.
"Setakat ini tiada nilai pelaburan kerana kedua-dua syarikat itu datang bagi meneroka peluang perniagaan," katanya lagi.
Selain itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan menerima pelaburan berjumlah RM2.5 bilion dari DC-Sciences Co Ltd, syarikat dari China untuk pembangunan pusat data di Sedenak, Johor
Sebelum ini, Malaysia meraih komitmen pelaburan tertinggi dalam sejarah berjumlah RM170 bilion daripada pelabur China susulan lawatan Perdana Menteri ke China.
Ia hasil daripada 19 memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara syarikat Malaysia dan China.
Astro Awani
Thu Apr 06 2023
AHTV akan merangkumi rantaian nilai automotif dan mobiliti meluas, merangkumi pusat penyelidikan, pembangunan global berteknologi tinggi, perkhidmatan sokongan dan ekosistem berkaitan untuk industri kenderaan tenaga baharu. - Fail/FB
Filipina lancar komik perangi kempen maklumat palsu
'The Stories of Teacher Jun' menangkis kempen maklumat salah oleh China yang didakwa bertujuan mempertahankan tuntutan di Laut China Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [27 Januari 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham
1. Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan salam Israk dan Mikraj
2. Pembatalan WBB bukan keputusan bersifat 'flip flop' - Dr Dzulkefly
3. DBKL giat teliti pemberian lesen bazar Ramadan di ibu negara
1. Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan salam Israk dan Mikraj
2. Pembatalan WBB bukan keputusan bersifat 'flip flop' - Dr Dzulkefly
3. DBKL giat teliti pemberian lesen bazar Ramadan di ibu negara
Hanna Rauda meningkatkan seni warisan dalam fesyen moden
Hanna Rauda bermula pada tahun 2016 yang telah berkembang daripada hanya menerima tempahan baju kustom menjadi jenama fesyen terkenal dengan koleksi sulaman ready-to-wear.
Iran dedah dron baharu diberi nama 'Gaza'
Kewujudan dron itu berpotensi menjamin keselamatan di sempadan dan membendung ancaman pengganas.
Polis kesan suami tampar isteri
Suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga satu tahun, denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali.
Koridor Netzarim masih ditutup untuk penduduk Gaza
Keadaan sedemikian menyebabkan banyak keluarga terpaksa tidur dalam suhu sejuk beku sementara menunggu koridor berkenaan dibuka.
Masters Indonesia: Man Wei Chong-Tee Kai Wun ikrar terus perbaiki kelemahan
Wei Chong sebaliknya memilih untuk tidak terleka dengan kejayaan sulung mereka dalam kejohanan bertaraf super 500 semalam.
Larangan penjualan arak: Pas Selangor sokong cadangan MBI
Langkah itu menghormati sensitiviti masyarakat Islam dan membantu menangani gejala sosial yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaannya.
Peraduan Fotografi peringati Andrei Stenin dibuka
Peraduan Fotografi Akhbar Antarabangsa ke-11 untuk Jurugambar Muda, yang diadakan untuk memperingati jurufoto terkenal Andrei Stenin, mengalu-alukan penyertaan dan tawar hadiah wang tunai sehingga 700,000 Ruble
UMNO cadang had umur anggota sayap Puteri 40 tahun - Khaled Nordin
Cadangan berkenaan sudah dibawa ke peringkat negeri dan bahagian UMNO di seluruh negara untuk dibincang serta diperhalusi secara mendalam.
PM minta himpunan 1,000 pesawah di Putrajaya ditunda
Seramai 1,000 pesawah yang merancang untuk berhimpun di Putrajaya pada Isnin diminta untuk menunda ke satu tarikh lain.
Himpunan Rakyat Benci Rasuah kemuka tiga tuntutan
Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang diadakan di ibu negara pada Sabtu membuat tiga tuntutan kepada kerajaan.
Keterangkuman, kemampanan teras kebangkitan Malaysia dan ASEAN - PM Anwar
Keterangkuman dan kemampanan harus dijadikan teras dalam kebangkitan Malaysia dan ASEAN.
Moody's kekalkan penarafan kredit berdaulat Malaysia pada 'A3', tinjauan stabil
Pengesahan itu mencerminkan usaha berterusan kerajaan dalam memacu pertumbuhan ekonomi, serta kekal pada landasan pembaharuan fiskal.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
Dunia semakin tidak menentu, Malaysia perlu perkukuh kekuatan dalaman – PM Anwar
PM Anwar gesa rakyat untuk bangkit dan memberi fokus kepada bidang yang kritikal seperti ilmu dan kemahiran, keterampilan dan AI.
WEF 2025: Pelbagai sektor bakal raih sinergi, pulangan lumayan - PM Anwar
Anwar Ibrahim berkata WEF 2025 juga menjadi platform untuk memperkukuh hubungan bilateral serta kerjasama antara Malaysia dan pihak berkaitan.
Tol percuma musim perayaan: Kerajaan teliti mekanisme terbaik - PM
Subsidi tol tidak boleh terus diberikan kepada golongan berkemampuan sama seperti subsidi elektrik dan minyak.
WEF 2025: Konglomerat global nyata hasrat melabur di Malaysia - PM
Hasrat itu dinyatakan oleh peneraju MNC dalam beberapa siri mesyuarat perniagaan di luar Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025.
WEF 2025: Potensi besar ASEAN jadi tumpuan di pentas global - Anwar
ASEAN berpotensi sebagai rantau yang terus berkembang dengan pertumbuhan ekonomi lebih pesat.