PUTRAJAYA: Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 masih dalam semakan dan penelitian Jawatankuasa Khas Parlimen, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Dalam temubual khas bersama media pada Rabu, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, perbincangan berjalan lancar, dan ahli-ahli Jawatankuasa Khas Parlimen sedang meneliti pindaan yang dicadangkan.
Khairy berkata, RUU tersebut perlu dinilai semula selepas melihat cadangan pindaan yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Hal Ehwal Wanita dan Kanak-Kanak dan Pembangunan Sosial Parlimen,
“Alhamdulillah, setakat ini perbincangan berjalan lancar, dan ahli-ahli JKP Parlimen sedang meneliti pindaan yang dicadangkan. Sebagaimana dijanjikan, pihak KKM berharap Penyata Pindaan dalam Jawatankuasa itu akan dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat pada Oktober nanti,” katanya lagi.
Khairy berkata, demikian sewaktu ditemu bual media sempena setahun beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Kesihatan.
Pada Ogos lepas, Dewan Rakyat bersetuju mengemukakan usul yang dikenali sebagai Generational End Game (GEG) itu untuk dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) Parlimen.
Perkara itu diputuskan dan diluluskan oleh Ahli-ahli Parlimen selepas dibahas seterusnya digulung oleh Khairy.
Sementara itu, beliau berkata, RUU itu sangat penting memandangkan masalah penggunaan rokok elektronik atau vape telah menjadi semakin berleluasa terutama dalam kalangan kanak-kanak.
Jelasnya lagi, KKM telah memberi penjelasan kepada badan-badan profesional serta badan bukan kerajaan yang lain melalui beberapa siri libat urus tentang mengapa rokok elektronik atau vape perlu dikawal penjualannya sebagai produk tembakau.
Selain itu KKM turut memberi penerangan mengapa tidak dibuat larangan penuh sebagaimana dilaksanakan di negara-negara jiran seperti Thailand, Brunei dan Singapura.
“Melalui Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan yang dijalankan pada tahun 2019 seramai 1.2 juta pengguna rokok elektronik dikesan. Larangan penuh hanya akan menyukarkan kawalan serta bantuan rawatan.
“Pada masa yang sama, pihak KKM juga sedar bahawa masalah penggunaan rokok elektronik atau vape ini telah menular dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Menurut Adolescent Health Survey yang dijalankan pada tahun 2017 seramai 211,084 orang remaja berumur 13 hingga 17 tahun merokok rokok elektronik,” katanya lagi.
Bagi mengimbangi perkara tersebut, Khairy berkata, satu cadangan untuk melarang penjualan serta penggunaan sebarang bentuk bahan merokok termasuk rokok elektronik atau vape telah diputuskan kepada mereka yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya.
Larangan penjualan ini telah dimaklumkan kepada pihak industri dan pemegang taruh yang terlibat menerusi beberapa siri libat urus yang telah dijalankan.
“Apa yang jelas, perniagaan mereka tidak terjejas kerana mereka masih boleh menjalankan urusniaga dengan kawalan di bawah RUU ini kepada golongan selain dari yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya,” jelasnya lagi.
Firdaus Azil
Thu Sep 22 2022
Khairy berkata RUU itu sangat penting memandangkan masalah penggunaan rokok elektronik atau vape telah menjadi semakin berleluasa terutama dalam kalangan kanak-kanak. - BERNAMA
Apakah langkah kerajaan menangani krisis demografik? - Mohd Shahar
Ahli Parlimen Paya Besar berkongsi kebimbangan akan datang wujud krisis demografik disebabkan kesihatan mental wanita yang semakin merosot dan wujud golongan yang menyokong child-free.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Soon Huat-Shevon berlatih di ABM
Beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie akan menyertai kem latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM).
EPL: Asensio, Disasi ikut langkah Rashford ke Aston Villa
Aston Villa membawa masuk pemain tengah Paris Saint-Germain, Marco Asensio dan pertahanan Chelsea, Axel Disasi secara pinjaman.
Isu Harith Iskander, Cecilia: Polis akan hantar kertas siasatan ke DPP secepat mungkin - KPN
Kertas siasatan membabitkan pelawak Harith Iskander dan Cecilia Yap Song berhubung kes menghina Islam akan dihantar ke pihak pendakwa raya secepat mungkin.
Zambry sahkan terima surat peletakan jawatan Naib Canselor UKM
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Mohd Ekhwan Toriman.
Guru didakwa lakukan amang seksual terhadap pelajar lelaki
Seorang guru didakwa lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua pelajar lelakinya pada tahun 2023.
Zayn Rayyan: 25 Feb dengar hujah notis usul batal pertuduhan
Mahkamah Tinggi menetapkan 25 Feb ini bagi mendengar hujahan berhubung notis usul difailkan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin untuk membatalkan pertuduhan.
Agong terima menghadap Panglima Angkatan Tentera
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar di Istana Negara hari ini.
Thaipusam: Penumpang komuter Lembah Klang nikmati tambang percuma dua hari
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perkhidmatan tambang percuma selama dua hari sempena Thaipusam bermula 10 Feb.
Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.
Bajet 2023: KKM sasar dana RM3.4 bilion, 5 peratus dari KDNK - Khairy
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berharap agar permohonan mereka untuk dinaikkan kepada 5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), berbanding 2.10 peratus sebelum ini, dapat diluluskan.
Peralihan ke Fasa Endemik COVID-19 masih dalam pertimbangan - Khairy
Keputusan pengisytiharan endemik oleh WHO, kata Khairy, mengambil kira setiap aspek bagi pastikan kemaslahatan masyarakat secara menyeluruh.
GEG 2022 masih dalam semakan, harap dapat dibentang di Parlimen Oktober ini - Khairy
Ahli Parlimen Rembau itu berkata, perbincangan berjalan lancar, dan ahli-ahli Jawatankuasa Khas Parlimen sedang meneliti pindaan yang dicadangkan.