STESEN radio GEGAR meraikan pengantin baharu Sabri Yunus dan Angeline Tan dalam satu majlis resepsi yang diadakan pada Selasa.
Menurut Pengurus Kandungan GEGAR, Raja Nadia Salwana, majlis itu diadakan sebagai tanda penghargaan kepada Sabri Yunus yang popular dengan watak Pok Ya selaku penggiat seni budaya Pantai Timur yang juga sinonim dengan jenama radio GEGAR.
“Kita memang dah lama rancang untuk adakan kejutan buatnya, tapi tidak tahu bila.
"Cuma apabila sudah sah minggu lepas, abang Sabri pula adalah ikon Pantai Timur dan Kak Angeline semua orang sayang, sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu pula satu fenomena, jadi GEGAR nak raikan hari bahagia dia dan isteri,” katanya.
Pada masa sama, pasangan yang diraikan ini juga memanjatkan rasa syukur di atas majlis yang diadakan buat mereka berdua.
Menurut Sabri Yunus, beliau tiada perancangan untuk membuat majlis resepsi, namun apabila GEGAR mempelawa untuk mengadakan majlis tersebut untuknya dan isteri, dia menerima dengan hati yang terbuka.
“Kalau ikut kita rancang, memang kita tak nak ada semua ini, sebab kami nak buat simple sahaja.
“Tapi kita tak boleh menghalang orang nak meraikan kita, ini juga pengalaman pertama buat Angeline untuk merasai perkahwinan Melayu.
"Jadi kita setuju, tapi saya sangat terkejut apabila Datuk M.Nasir dan Datin Marlia Musa datang sebagai tetamu khas untuk meraikan kami,” katanya kepada media.
Majlis resepsi Sabri Yunus dan Angeline Tan dimeriahkan dengan kehadiran personaliti radio GEGAR termasuk Issey, Shah, Ucha, Ewan, Scha, dan Aswad yang berganding bahu selaku tuan rumah untuk mempersiapkan majlis tersebut.
Turut hadir meraikan perkahwinan tersebut adalah kawan baik pasangan iaitu penyanyi Datuk M.Nasir dan isterinya Datin Marlia Musa.
Selain M.Nasir dan Marlia Musa, turut hadir penyampai-penyampai Astro Radio antaranya Nabil Ahmad, Azad Jasmin, Radin, Mawi, Angah, Elizad, dan Jep.
Majlis tersebut juga ditayangkan secara langsung di Tiktok GEGAR.
Terdahulu, pasangan tersebut selamat dinikahkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza pada 14 Oktober lalu.
Asyraf Roslan
Tue Oct 17 2023
Pasangan pengantin baharu Sabri Yunus (kiri) dan Angeline Tan diraikan dalam satu majlis resepsi yang diadakan pada Selasa. -Astro AWANI/Asyraf Roslan
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
AWANI Ringkas: Kes kematian bayi dibawa ke mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.
Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB
GDA menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan MAHB telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya peraturan SC.
AWANI Ringkas: 2.6 juta kenderaan guna lebuh raya setiap hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Personaliti radio Gegar dendang 'Hari Ini Dah Raya'
Khas buat peminat dan pendengar saluran radio nombor satu di Pantai Timur itu, Gegar melancarkan lagu raya berjudul 'Hari Ini Dah Raya'.
Tiada wang ringgit bukan halangan untuk menderma di bulan Ramadan
Susu Goodday dengan kerjasama ERA dan GEGAR menyantuni golongan kurang bernasib baik & terjejas COVID-19 pada Ramadan tahun ini menerusi kempen 'Goodday Berkat Sepakat'.
Tokyo 2020: "Senyuman awak ada orang jaga?" Jawapan Nur Dhabitah buat ramai terkejut
"Maksudnya, senyuman itu, sudah ada yang special tak yang akan jaga senyuman tu?"
Beramal dan bantu komuniti memerlukan bersama #SkuadKebaikanMILO
Tradisi turun temurun oleh jenama minuman coklat malt itu merupakan misi dalam menyatukan komuniti terjejas secara dalam talian.
Gegar anjur Kayuhan Merdeka di Kelantan sempena bulan kemerdekaan
Menurut pengurus kandungan Gegar, Raja Nadia Salwana Raja Hisham, Kayuhan Merdeka kali ini disertai 63 pengayuh sempena angka 63 tahun kemerdekaan.
Gegar buat laporan SPRM dakwa penyelewengan dalam Mimos Berhad
Gegar menggesa SPRM menjalankan siasatan menyeluruh terhadap MIMOS termasuk individu dalam syarikat terbabit yang terlibat menguruskan perbelanjaan peruntukan kerajaan tersebut.
Amirul Agam dipilih sebagai Geng Baru Gegar!
Muhamad Amirul Agam Iryadi, 26 tahun, dari Ampang, Selangor menjadi pilihan juri dan pendengar radio Gegar sebagai penyampai baharu stesen Permata Pantai Timur.