KUALA LUMPUR: Pemain beregu lelaki negara, Man Wei Chong optimis gelaran Terbuka Taiwan 2023 baru-baru ini bersama gandingannya, Tee Kai Wun adalah penyuntik semangat bagi mereka untuk melakar kejayaan lebih besar dalam kejohanan peringkat lebih tinggi dalam masa terdekat.
Memandangkan mereka tidak pernah memenangi kejohanan Super 500 dan peringkat lebih tinggi sebelum ini, Wei Chong berkata adalah penting bagi mereka untuk mengekalkan momentum agar terus menyinar dalam kejohanan gred lebih tinggi bermula Terbuka Korea 2023 (Super 500) dari 18-23 Julai.
"Selepas ini ada tiga kejohanan besar, Terbuka Korea, Terbuka Jepun 2023 (Super 750) dan Terbuka Australia 2023 (Super 500), kita belum ada kejayaan dalam kejohanan besar lagi.
"Kami harap dapat kekal momentum sekarang dan beraksi dengan cemerlang untuk kejohanan akan datang," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di sini pada Jumaat.
Terbuka Jepun 2023 akan diadakan dari 25-30 Julai manakala Terbuka Australia 2023 akan berlangung 1-6 Ogos.
Pada perlawanan Ahad lepas, gandingan nombor 23 dunia, Wei Chong-Kai Wun terpaksa bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan pasangan tuan rumah, Lu Ching Yao-Yang Po Han, ranking ke-13 dunia, 20-22, 21-17, 21-14 untuk mempertahankan gelaran mereka dalam perlawanan final Super 300.
Pemain Malaysia itu hampir meraih gelaran sulung Super 500 mereka sebelum tewas di tangan pasangan Korea, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae, 15-21, 24-22, 19-21, pada final Masters Malaysia 2023 bulan lepas.
Kini mereka mempunyai peluang untuk membalas dendam kekalahan mereka yang akan berdepan Min Hyuk-Seung Jae pada pusingan pembukaan Terbuka Korea 2023, Wei Chong berkata mereka hanya perlu memastikan berada dalam prestasi terbaik untuk menumbangkan pasangan tuan rumah itu.
Dalam pada itu, pemain berusia 23 tahun dari Melaka itu berharap dapat melonjakkan ranking di kedudukan 10 atau 15 terbaik dunia menjelang akhir tahun ini.
"Kami perlu layak ke suku akhir atau separuh akhir dalam setiap kejohanan yang kami sertai (untuk memperbaiki kedudukan) tidak bagus jika kita hanya setakat pusingan pertama atau kedua," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 30 2023

Pemain berusia 23 tahun dari Melaka itu berharap dapat melonjakkan ranking di kedudukan 10 atau 15 terbaik dunia menjelang akhir tahun ini. - Gambar fail/Bernama

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Dakwaan RUU PSB hapus Melayu, golongan M40, B40 tidak benar - KP PLANMalaysia
Alias berkata kerajaan memegang teguh 10 prinsip bagi memastikan ketelusan pentadbiran dan menjamin hak pemilik hartanah berdaftar.
"Keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan sangat buruk " - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan Hamas pada sabtu berada pada tahap yang buruk.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
Dua rakyat Israel yang baru dibebaskan, Avera Mengistu dan Hisham Al-Sayed, tiba dalam keadaan fizikal yang secara keseluruhannya baik.
Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
Tahap kesihatan pemimpin gereja katolik dan Kota Vatican, Pope Francis dilaporkan semakin merosot dalam tempoh 24 jam terakhir.

Wei Chong buru ranking 10 terbaik dunia
Wei Chong mengimpikan hasrat itu dengan mengambil kira kemasukan Herry Iman Pierngadi selaku ketua jurulatih lelaki baharu negara.

Wei Chong-Kai Wun juara Masters Indonesia
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun, mencipta kejutan apabila menewaskan pasangan pilihan tuan rumah Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto untuk merangkul gelaran juara Masters Indonesia.

Terbuka Malaysia: Impian wakil tunggal negara di final tidak kesampaian
Pemain Malaysia terakhir yang berjaya melangkah ke final dan memenangi Terbuka Malaysia adalah Datuk Lee Chong Wei pada 2018.

Badminton Terbuka Artik : Wei Chong-Kai Wun hampiri raih gelaran kedua tahun ini
Pasangan beregu badminton lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun layak ke final badminton Terbuka Artik 2023 di Vantaa, Finland.

Gelaran Terbuka Taiwan suntikan untuk kejayaan lebih besar - Wei Chong
Pemain Malaysia itu hampir meraih gelaran sulung Super 500 mereka sebelum tewas di tangan pasangan Korea, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae, pada final Masters Malaysia 2023 bulan lepas.

Wei Chong-Kai Wun pertahan kejuaraan Terbuka Taiwan
Pasangan beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun mempertahankan kejuaran Terbuka Taiwan dua tahun berturut-berturut selepas menewaskan beregu tuan rumah, Lu Ching Yao-Yang Po Han hari ini.

Terbuka Taiwan: Man Wei Chong-Tee Kai Wun harumkan nama Malaysia
Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, memecah dominasi wakil tuan rumah apabila meraih gelaran Kejohanan Terbuka Taiwan.

Tiga wakil negara julang gelaran Terbuka Sepanyol
Ia mungkin hanya kejohanan di peringkat keempat tetapi tetapi ia tidak menghalang Malaysia untuk mendominasi.