ALOR SETAR: Projek rintis gelembung pelancongan di Langkawi yang dilancarkan pada 16 Sept lepas memberi sinar baharu kepada industri pelancongan di pulau pelancongan itu apabila berjaya menjana pendapatan sebanyak RM24.9 juta setakat 6 Okt lalu.
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata sejumlah 60,504 pelancong berkunjung ke Langkawi sehingga 6 Okt lepas dengan purata 16 penerbangan sehari ke pulau itu manakala bagi laluan laut pula terdapat dua trip feri ke Langkawi masing-masing dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis serta dua trip untuk perkhidmatan feri "RORO" ke Langkawi dari Kuala Perlis.
"Melihat jauh ke hadapan, Langkawi dijangka akan dibuka kepada pelancong antarabangsa sekitar November atau Disember 2021 tertakluk kepada keputusan Kerajaan Persekutuan. Saya difahamkan oleh pihak MAS (Malaysia Airlines) terdapat permintaan yang sangat tinggi dalam kalangan pelancong antarabangsa untuk masuk ke Langkawi melalui Malaysia Airlines," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan "Langkawi Great Sales 2021" (LGS) di Langkawi yang disiarkan secara maya hari ini. Turut serta dalam majlis perasmian itu ialah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.
Muhammad Sanusi meyakini yang Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) berusaha membuat persediaan terbaik bagi merealisasikan pelancongan Langkawi bermula dengan penyediaan Pensijilan Mysafe kepada pemain industri yang merangkumi industri penginapan, restoran, produk pelancongan dan premis perniagaan.
"Kemudiannya, LADA turut menyediakan talian hotline (utama) gelembung pelancongan dan terkini menyediakan platform Market Place serta LGS bagi membantu penggiat industri pelancongan Langkawi memulakan semula perniagaan," katanya.
Sementara itu, Menteri Besar Kedah itu berkata LGS 2021 mengetengahkan elemen promosi secara digital dan konvensional yang mampu menarik minat pelbagai lapisan masyarakat.
Katanya kemudahsampaian informasi melalui platform digital "Great Sale" itu akan membuka lebih peluang kepada pelancong untuk membuat perancangan awal bagi melancong ke Langkawi sekali gus memudahkan urusan mereka ketika melancong di pulau berkenaan.
"Dengan pengenalan kepada inisiatif baru ini, saya juga melihat nama Langkawi terus menjadi sebutan ramai...ini sekali gus akan melicinkan urusan-urusan pelancong semasa di Langkawi tanpa perlu menunggu giliran atau beratur di kaunter tiket bagi mendapatkan tiket-tiket masuk ke produk pelancongan Langkawi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 10 2021

Projek rintis gelembung pelancongan di Langkawi yang dilancarkan pada 16 Sept lepas memberi sinar baharu kepada industri pelancongan di pulau pelancongan itu apabila berjaya menjana pendapatan sebanyak RM24.9 juta setakat 6 Okt lalu. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kerajaan teruskan inisiatif LITB sehingga sempadan dibuka sepenuhnya - PM
Sehingga kini, tiada kluster berpunca dari LITB, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Buka sempadan: Melancong tanpa gelembung pelancongan perlu penelitian - Nancy
Penelitian dan persiapan termasuk mengadakan perbincangan bersama kementerian pelancongan negara lain sedang giat dilaksanakan.

118 bilik dikenal pasti sesuai sebagai lokasi kuarantin pelancong antarabangsa di Langkawi
Sebanyak 118 bilik daripada 20 hotel di sekitar Pulau Langkawi dikenal pasti sebagai lokasi yang sesuai untuk proses kuarantin dan pengasingan pelancong asing antarabangsa.

Gelembung pelancongan antarabangsa Langkawi jadi penanda aras buka sempadan
"Tidak mahu jadi seperti negara lain... selepas buka terpaksa tutup semula."

MOTAC cadang buka Langkawi kepada pelancong luar
Dari 16 Sept hingga 12 Okt, seramai 85,921 pengunjung telah tiba di Langkawi melalui pintu masuk udara dan pintu masuk laut.

Rentas negeri: Tiada lagi keperluan gelembung pelancongan - Hishammuddin
Tiada lagi keperluan untuk mewujudkan gelembung pelancongan di Langkawi selepas kerajaan membenarkan rentas negeri di seluruh negara.

Gelembung pelancongan Langkawi jana RM24.9 juta
Projek rintis gelembung pelancongan di Langkawi yang dilancarkan pada 16 Sept lepas memberi sinar baharu kepada industri pelancongan di pulau pelancongan itu.

Pelancongan di Pulau Pangkor diteruskan ikut SOP jika rentas negeri dibenarkan
Antara SOP sedia ada ialah pelancong yang lengkap divaksinasi dibenarkan melakukan aktiviti pelancongan.

Penularan COVID-19 di hotel terkemuka tidak jejaskan pelancongan Langkawi - Sanusi
Penularan COVID-19 di sebuah hotel terkemuka di Langkawi tidak menjejaskan aktiviti gelembung pelancongan di Pulau Langkawi.

Gelembung pelancongan Langkawi: 38,748 ketibaan pelancong direkodkan - Nancy
Projek rintis gelembung pelancongan di Pulau Langkawi, Kedah, mencapai kejayaan membanggakan selepas merekodkan ketibaan 38,748 pelancong dan menjana pendapatan lebih RM15 juta sejak dibuka pada 16 Se