IPOH: Pulau Pangkor masih belum bersedia ketika ini untuk menjadi salah satu destinasi gelembung pelancongan domestik kerana masih belum memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan.
Bagaimanapun, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya masih menyenaraikan pulau peranginan itu sebagai salah satu destinasi program tersebut.
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, kerajaan negeri sedang bekerjasama dengan kementerian berkenaan untuk memastikan syarat-syarat itu dipenuhi secepat mungkin.
"Antara syaratnya ialah persediaan pengusaha-pengusaha di Pulau Pangkor dan juga dari segi vaksinasi. Ini kerana kita mesti membuat persediaan daripada segi pintu masuk untuk mengelakkan masalah-masalah kesesakan dan juga masalah-masalah untuk check daripada segi saringan COVID-19 dan sebagainya dan juga penyelarasan daripada segi bilangan penduduk yang telah divaksin sedang dibuat pada waktu dan ketika ini dan belum lagi kita siap sedia lah dengan laporan.
Beliau ditemui selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh pada Rabu.
BACA: Tiga lagi destinasi pelancongan disasar dibuka semula 1 Oktober - Nancy
Menurutnya, kerajaan negeri akan berusaha untuk memenuhi syarat yang ditetapkan, lebih awal daripada tarikh yang disasarkan selewat-lewatnya 1 November depan.
Pada Selasa, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri mengumumkan selepas kejayaan pada fasa gelembung pelancongan di Pulau Langkawi, kerajaan bersetuju untuk membuka tiga lagi destinasi pelancongan bermula 1 Oktober ini.
Tiga destasi itu ialah Pulau Tioman, Genting Highland dan Melaka.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Sep 22 2021

Kerajaan negeri sedang bekerjasama dengan kementerian berkenaan untuk memastikan syarat-syarat itu dipenuhi secepat mungkin. - Gambar hiasan

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Kerajaan teruskan inisiatif LITB sehingga sempadan dibuka sepenuhnya - PM
Sehingga kini, tiada kluster berpunca dari LITB, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Buka sempadan: Melancong tanpa gelembung pelancongan perlu penelitian - Nancy
Penelitian dan persiapan termasuk mengadakan perbincangan bersama kementerian pelancongan negara lain sedang giat dilaksanakan.

118 bilik dikenal pasti sesuai sebagai lokasi kuarantin pelancong antarabangsa di Langkawi
Sebanyak 118 bilik daripada 20 hotel di sekitar Pulau Langkawi dikenal pasti sebagai lokasi yang sesuai untuk proses kuarantin dan pengasingan pelancong asing antarabangsa.

Gelembung pelancongan antarabangsa Langkawi jadi penanda aras buka sempadan
"Tidak mahu jadi seperti negara lain... selepas buka terpaksa tutup semula."

MOTAC cadang buka Langkawi kepada pelancong luar
Dari 16 Sept hingga 12 Okt, seramai 85,921 pengunjung telah tiba di Langkawi melalui pintu masuk udara dan pintu masuk laut.

Rentas negeri: Tiada lagi keperluan gelembung pelancongan - Hishammuddin
Tiada lagi keperluan untuk mewujudkan gelembung pelancongan di Langkawi selepas kerajaan membenarkan rentas negeri di seluruh negara.

Gelembung pelancongan Langkawi jana RM24.9 juta
Projek rintis gelembung pelancongan di Langkawi yang dilancarkan pada 16 Sept lepas memberi sinar baharu kepada industri pelancongan di pulau pelancongan itu.

Pelancongan di Pulau Pangkor diteruskan ikut SOP jika rentas negeri dibenarkan
Antara SOP sedia ada ialah pelancong yang lengkap divaksinasi dibenarkan melakukan aktiviti pelancongan.

Penularan COVID-19 di hotel terkemuka tidak jejaskan pelancongan Langkawi - Sanusi
Penularan COVID-19 di sebuah hotel terkemuka di Langkawi tidak menjejaskan aktiviti gelembung pelancongan di Pulau Langkawi.

Gelembung pelancongan Langkawi: 38,748 ketibaan pelancong direkodkan - Nancy
Projek rintis gelembung pelancongan di Pulau Langkawi, Kedah, mencapai kejayaan membanggakan selepas merekodkan ketibaan 38,748 pelancong dan menjana pendapatan lebih RM15 juta sejak dibuka pada 16 Se